Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

NOVEL BILA CINTA MILIK DIA karya SHARINA ELISA

Bila Cinta Milik Dia - Sharina Elisa KarnaDya Publishing Sdn Bhd Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016Harga: RM22 (EKSPO BUKU: RM17)  *** [Tawaran Istimewa Di Ekspo Buku Malaysia, PWTC. 14 Dis - 18 Dis 2016 (5hari sahaja)]Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahn…

NOVEL Bila Cinta Milik Dia

Bakal muncul di pesta buku disember nanti, Insyaallah. Di bawah terbitan siapa, biarlah rahsia dulu :p “Aucak!” usik Maliqi mengagah sebaik sahaja menguak daun pintu bilik Rania.
Terjerit kecil Rania dek terkejut. Mini skirt yang dipegang, tercampak ke atas lantai. Dia ketap gigi.
‘Inilah jadinya kalau terlupa nak kunci pintu. Iqi ni, memang suka betul aci sergah saja masuk ke dalam bilik! Tak beragak!’ monolognya tidak puas hati.
Terbuntang Maliqi melihat gadis itu sedang mengemaskan pakaian.
“Kau nak lari dari rumah ke?”
Rania berpeluk tubuh dengan matanya mencerlung tajam. Tanda tidak suka lelaki itu pakai main serbu sahaja.
“Boleh aku masuk?” tanya Maliqi meminta kebenaran.
“Reti pulak nak minta kebenaran?”
Maliqi ketawa kecil. Dia menyandarkan badannya ke muka pintu sambil berpeluk tubuh.
“Sorry.”
“Lain kali jangan serbu camtu. Mahunya aku menyeksi, kau pulak yang pengsan!”
Maliqi tepuk dahi. Perempuan bernama Rania ni bukan ke yang sepatutnya rasa malu?
“Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagas…

JOM DAPATKAN NOVEL COUPLE 3 SUKU!

Suraya Insyirah bukanlah gadis perfect idaman jejaka Malaya tapi perangai tiga sukunya dah menambat hati mamat putus fius tercabut wayar. Luaran memang dialah manusia paling ceria sebab ada je masalah menimpa, dia berlagak tak ada apa-apa. Biarkanlah berlalu begitu saja padahal, jalan yang dilalui  masih belum habis bercerita. Aril Izwan dah kemaruk sakan nak kahwin. Sampai habis diheboh semua orang, Suraya Insyirah bakal miliknya seorang. Kononya, mereka sudah bertunang. Nak dijadikan cerita, Suraya Insyirah terima saja lamaran Aril Izwan. Dalam tempoh 100 hari mereka bertunang. Bintang-bintang kecil menjadi saksi bilangan. Aril Izwan ni akal tak adalah panjang mana walau pegang jawatan besar dalam syarikat papanya. Boleh pula apabila digoda subuh-subuh buta, dia nak menyamar laki bini pula dengan Suraya Insyirah. Raba perut Suraya Insyirah sampai gadis tu mengamuk sakan. Kononnya, ada baby mereka di dalam. Aril Izwan ni memang dah gila agaknya? Suraya Insyirah pula masam mencuka. Difi…