Posts

Showing posts from February, 2019

Hanya Aku!

Image
Cukuplah kalau aku perkenal diri aku sebagai Riz. Hidup aku tak best macam orang lain. Tanyalah pada sesapapun, takkan ada yang sanggup hidup sebagai aku. Sumpah! Aku rela mati daripada terus bernyawa. Suka hati kau nak cakap aku ni iman cetek ke tak de iman. Kau ingat, aku heran? Aku bukan kera sumbang tapi aku sebatang kera! Ceiit, sebatang kara. Typo! Ye... Aku tak de sesapa kat dunia aku. Hanya aku je walaupun aku sebenarnya ada abang. Tapi dia ada dengan tak de, same je. Sebab dia dah lama buang aku. Gila kau? Aku habis je SPM, aku balik rumah, aku tengok barang-barang aku dia campak kat luar rumah? Aku ingat dia bergurau. Kau tahu? Dia heret aku sampai ke luar pagar? Allah! Abang ke apa ni? Dia buang aku dalam hidup dia tanpa sedikit pun belas. Umur 17 tahun macam ni, apa je yang aku boleh buat? Kau tak tahu apa yang aku dah lalui selama ni. Kau takkan pernah faham penderitaan aku.  Mujur ada Mai dan Sara. Kalau mereka tak de, sape nak teman hidup aku? Ah, malaslah aku n

Layari laman facebook page Hanya Aku

Sesapa yang nak baca 10 bab awal novel Hanya Aku, boleh follow page Hanya Aku sebuah karya Sharina Elisa Sehari secoet teaser. Salam sayang kepada semua yang sudi memberikan sokongan kepada saya selama ini

Order Hanya Aku sudah dibuka!

Image
ORDER SUDAHPUN DIBUKA 🔥 DISKAUN RM3 🔥 FREE POSTAGE 🔥 . Tajuk: Hanya Aku Penulis: Sharina Elisa Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-78-6 Halaman : 576 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2019 PEMBELIAN MELALUI SENANGPAY (ONLINE BANKING) Sila klik link di bawah mengikut kawasan anda⤵️ . 🐝SEMENANJUNG https://app.senangpay.my/payment/155105879991 . 🐝SABAH & SARAWAK https://app.senangpay.my/payment/155105880557 . KLIK link di bawah untuk sebarang pertanyaan ⤵️ Makcik Karyaseni m.me/karyaseni.my ****************** RIZ… Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge

Hanya Aku, bakal di pasaran!

Image
“Adik, jangan degillah! Along dah cukup rendahkan ego along. Tak boleh ke kau campak ego kau tu?” Telinga Jae merah dek marah.  Airiz mematikan langkah. Terasa mahu meletup dadanya mendengar tuduhan Jae. “Aku dah lupa ego tu macam mana bila aku pernah selongkar tong sampah di tepi kedai-kedai makan semata-mata untuk mengisi perut. Along, pernah tak kau fikir walau sekali aje pun, macam mana aku ni...” Airiz menekan dadanya menahan rasa sakit dalam hati. “Macam mana aku ni hidup selepas kematian arwah angah? Pernah tak kau fikir, kat mana aku tinggal? Kau tak fikir pun semua tu, along! Kau tak peduli pun soal aku! Aku tahu la! Yang kau memang dah buang aku lama daripada hidup kau. Jadi, aku ni tak naklah bebankan hidup kau dengan memaksa kau terima aku. Relakslah, aku bukannya budak kecik macam dulu lagi.” Airiz senyum melihat riak terperanjat kedua-dua lelaki itu. “Tak payah terkejut sangat. Tu tak struggle lagi. Kau tak ada masa aku hampir-hampir ‘dijual’ bila mana aku

Terbitan Februari!

Image
TEASER NOVEL FEBRUARI 🔥 . "One of the happiest moments ever is when you find the courage to let go of what you can't change." . Nantikan sebuah kisah suka duka yang bertemakan perjuangan wanita dalam melupakan kisah-kisah lampau yang kadang-kadang mampu menewaskan kewarasan akal. . #karyaseni #penulisan2u #novelfebruari #roadtoPBAKL #akandatang

Dapatkan novel Hanya Aku!

Image
“Maafkan abang berkasar tapi abang rasa abang perlu bimbing kau ke jalan yang benar.”  “Jalan benar apa pula ni? Kau ingat aku pakai macam ni, aku dah murtad ke?” Airiz membulatkan matanya.  Luke menggosok-gosokkan belakang kepalanya dengan hujung lampu suluh.  “Tak apalah. Abang tumpangkan kau di rumah abang. Lepas kau bersihkan diri, lepas kau makan, kau boleh pergi.”  Airiz menjeling kurang senang.  “Kau nak aku bogel kat sini ke apa? Baru kau nak faham bila aku cakap aku ni perempuan?”  “Gila! Apa malang nasib aku jumpa lelaki ni kat  sini?” gerutu Airiz seraya bergerak meninggalkan lelaki itu.  “Kau yang dah gila, Airiz!” Suara Jae membuatkan langkah  Airiz membeku. Luke pantas berpaling.  “Kau kenal dia, Jae?” Luke terlopong. Jae mara mendekati Airiz dan melepasi gadis itu.  “Ikut along!”  “Ke mana?” Riz dingin.  “Balik rumah.”  Airiz ketawa sinis. “Airiz dah mati. Tak tahu ke?”  “Adik!” #hanyaaku #psikoromance

Baby ke-8

Image
Baby ke-8 Sebuah karya dengan genre psiko romance “Betul kata along, angah. Adik tak layak lawat kubur mama. Tak layak datang tahlil mama. Adik ni pembunuh.” “Dah tau kau tu pembunuh, hadap lagi kau ke sini setiap tahun?” Suara garau mencelah dari belakang. Kaki Airiz pegun. Dia tidak mampu memusingkan kepalanya ke belakang. Dia tahu, itu suara Jae. “Adik pergi dulu, ngah. Assalamualaikum.” Airiz tidak berani memandang ke wajah Jae. Sambil memandang ke arah lain, dia melintasi lelaki itu. Jae menyambar tangan Airiz. Terjatuh jaket kulit dari kepala gadis itu. “Adik!” Jae tergamam. Sebelum ini, setiap kali terserempak di lokasi yang sama saban tahun, gadis itu akan datang dengan baju kurung dan kain selendang di kepala tetapi hari ini... Airiz memberanikan diri menentang mata si abang. Sepatah kata tidak diungkap. “Airiz!” Riz senyum sinis. Kalau tidak kerana Jae, dia tidak akan membenci diri sendiri sebegini. Dia membuka langkah. Meninggalkan Jae yang sedang terc

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u

Image
NOVEL TERBARU BULAN FEBRUARI 🔥🔥🔥 . TAHNIAH Sharina Elisa ATAS TERBITAN SULUNG BERSAMA KARYASENI 🎉 STAY TUNED GUYS... ORDER AKAN DIBUKA TAK LAMA LAGI. JOM BACA BLURB UNTUK WARMING UP 😉 *********************************** RIZ… Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge orang tak pakai mata. “Dunia makin hari makin maju. Macam tu juga dengan mekap. Kalau kau still nak kekal ilmu mekap yang lama tanpa pembaharuan, lingkuplah!” – RIZ MAI… Aku selalu ada masalah nak yakin dengan penampilan aku. Aku rasa aku gemuk padahal, aku cekeding. Aku… Anoreksia nervosa. Aku paling benci dengan makhluk nama lelaki. Sebab merekalah aku j