Posts

Showing posts from July, 2020

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Image
07/02/2019 DELINA AKU ANTROPOMORFIK SHARINA ELISA MAGIC BEAN / 312 ms mula-mula akak cari, apa maksud antropomorfik. uuiii... sepanjang hidup, tak pernah jumpa perkataan tu. nak sebut pun tergagap tau. ok, bila dah tahu maksud baru best nak baca. dan memang akak tak salah duga, karya penulis muda Sharina Elisa memang tak pernah mengecewakan. korang yang suka baca kisah yang bukan biasa-biasa boleh cari karya penulis cantik ni. delina, diarahkan ke diamond academy kerana setiap minggu ada saja kematian yang berlaku. dia dapat mengesan tapi masih tidak dapat sabitkan kesalahan pada sesiapa. uniknya kisah ini, korang memang payah nak agak siapa dalang sebenar. boleh kata sama saja halimunan dengan penjenayah yang lakukan semua pembunuhan. suspek seperti sera, yang tak punya perasaan memang boleh dicurigai, tapi betul ke teman sebilik delina tu yang lakukan semua? tapi bagaimana, sebab pembunuhan tetap berlaku walaupun sera ada depan mata delina? cantik perjalanan kisah

Review Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Farhain

Ulasan:  Farhain Ismail Judul: Delina Aku Antropomorfik Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd, Cetakan pertama Januari 2019. Karya: Sharina Elisa ISBN: 978-967-478-867-4 Buku ini merupakan sebuah novel ringan, genre fiksyen sains. Novel ini dibahagikan kepada 14 bab, dan mempunyai 312 muka surat. Kisah bermula apabila watak utama iaitu seorang gadis berumur 17 tahun bernama Delina Nur Aisya dihantar bersekolah di Diamond Academy. Delina sebenarnya seorang manusia robot yang dicipta oleh Dr. Cynthia seorang pakar robotik di Malaysia Secret Robot Investigator (MSRI). Misi MSRI adalah untuk membantu menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara tanpa tentera manusia menjelang 2030 nanti. Delina dikehendaki menyiasat tentang jenayah yang berlaku di akademi tersebut. Hampir setiap malam Jumaat akan berlaku kematian mengejut melibatkan penghuni hostel. Setiap kali berlaku kematian, pembunuhnya tidak diketahui. Dikatakan juga akademi itu dihuni hantu yang membantu manusia untuk berb

Teaser secoet: Delina, Aku Antropomorfik

Image
Alat pengimbas kod bar sebesar telapak tangan dipegang Cynthia dibawa kebelakang leher Delina. Automatik laptop-nya berjaya disambungkan dengan sistem pangkalan data Delina. Pada skrin komputer muncul imej Delina berwarna hijau dari kakihingga kepala. Ia merujuk kepada peratusan bateri Delina yang penuh. “Apa puan buat ni? Ni kawasan akademi!” “Kau risau?” Cynthia mengangkat kening. “Aku ini robot, puan. Mustahil aku risau!”  Cynthia tertawa kecil. Dia tahu Delina tidak tahu membezakan emosi sendiri. Inputdata yang terhad membuatkan robotnya agak jauh untuk dikategorikan setaraf manusia. Dia mula mengeyakan kerisauan Tan Sri Ibrahim sekiranya terdapat sebarang lompongyang boleh menyebabkan kegagalan mencapai visi dan misi penubuhan MSRI. “Puan buat apa kat sini? “ Kau diamanahkan dengan misi yang besar, Delina. Jadi, kau tak boleh biarkanorang meragui kau. Manusia ni bila dia marah, riak muka dia lain. Bila dia dengar bendasedih, dia nangis. Bila dia dengar benda lawak,

Novel Mukbang Girl, naskah ke-11 (Bookiut imprin PTS)

Image
Lagi baby 😍😍😍 di bawah label Bookiut. baby ke-11, Alhamdulillah <3 p=""> Hanis aktif bermukbang. Identitinya menjadi misteri kerana dia sering kali muncul bertopeng menggunakan nama Mukbang Girl. Dia diminati ramai kerana sesi mukbangnya sering diselit nasihat dan kata-kata semangat kepada penontonnya. Ruby, Dahlia, dan Ayumi, tiga serangkai yang menjadi musuh Hanis di sekolah. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Hanis, yang mereka sangkakan seorang pelajar miskin sentiasa mengalahkan mereka dalam semua aspek, akademik dan juga sukan. Walaupun mencemburui Hanis, mereka bertiga sebenarnya adalah peminat tegar Mukbang Girl. Kehadiran surat misteri yang mengetahui identiti sebenar Hanis membuatkan hidupnya jadi tidak tentu arah. Dapatkah Hanis terus menyimpan rahsianya sebagai Mukbang Girl? Siapakah yang mengkhianati Hanis? #mukbanggirl #mukbang #bookiut #pts #pbakl

Apa kata puan editor tentang Novel Kekal Abadi?

Image
Editor:  Puan Syuhada Unsur 'cameo' dalam Novel Kekal Abadi Novel kedua Sharina Elisa suntingan saya di bawah Magic Bean Kadokawa Gempak Starz. Tiba sahaja manuskrip di tangan, satu hal terlintas di fikiran, inilah gaya asli Sharina Elisa - sangat berkebolehan membina 'pokok cerita tak logik dengan olahan jalan cerita yang logik'. Maklumat dijelaskan sangat rinci, tapi penulis mampu mengawal cara perinciannya hingga menjadikan genre fiksyen sains ini lebih ringan dan sesuai untuk bacaan remaja. Menariknya, ada unsur 'cameo' (watak dari novel/karya lain ditampilkan seketika) iaitu kemunculan robot AI bernama Delina, yang ditampilkan dalam novelnya sebelum ini. Namun, nampaknya kali ini Sharina berjaya buat saya menyampah dengan watak utamanya. Yang saya kira sengaja diberi karakter sebegitu (atau ia atas keputusan pembaca sendiri untuk menilainya). Mungkin ini juga boleh dianggap kelebihan penulis - mampu membina kepelbagaian watak. Tahniah Sharina

Review Novel My Best Buddy (Bookiut imprin PTS)

Image
#128/2020 17/05/2020 #PKPBBacaBuku Ulasan:  Kak ogy yaya. digelar arang atas sebab kulitnya yang hitam. sering dibuli dan dicerca. dia bertahan sekuatnya. baginya tak guna dilayan semua itu. azamnya mahu belajar ke peringkat tertinggi dan mahu perbaiki kehidupan keluarganya. oci. itik putih yang menjadi kesayangan yaya. mereka membesar bersama. tapi ada saja yang mahu membuat yaya kecewa. oci cedera dilastik. tak cukup dengan itu, oci dibunuh dengan kejam! kecewa lara yaya. dia kehilangan sahabat seumur hidupnya. walaupun oci haiwan, tapi itik itu sering menjadi tempat luahan hati dan sering ada dengan yaya. kemudian, kemunculan koci, pelajar lelaki baru di sekolah menjadi rebutan anak gadis. tapi anehnya koci lebih selesa memilih yaya untuk berkawan. adakah benar koci ikhlas atau hanya pergunakan kebaikan yaya? penulis Sharina Elisa tahu bagaimana mahu mengambil hati pembaca yang baru meningkat umur. kisah luar alam diselit celah-celah kehidupan manusia. bila ber

Review Novel Kekal Abadi (Siri Novel Ringan Magic Bean)

Image
#129/2020 18/05/2020 #PKPBBacaBuku Ulasan:  Kak Ogy pil untuk kehidupan kekal abadi? biar benar profesor anas. kenyataannya yang mahu mencipta pil tersebut supaya golongan cerdik pandai tidak terkubur bersama ilmu dipandang sebagai kerja gila. semua itu buatkan anaknya, yuna terkena tempias. yuna juga yang mewarisi kebijaksanaan ayahnya belajar di elegant academy teruk dikecam oleh rakan sekelas buatkan dia ambil keputusan untuk bercuti seketika dan pulang ke kediaman ibunya. penulis Sharina Elisa memang bijak mengolah susunan cerita buatkan pembaca tekun walaupun banyak istilah sains yang pelik-pelik. beb, memang cerita ni sangat mengujakan. terasa macam sama pandai jugaklah kiranya. bayangkan masuk rumah yang penuh dengan kebijak suaian dengan keperluan manusia. nak on komputer pun hanya guna dna. walaupun semua hebat di fantasi fikiran, tapi penulis letakkan fiksyennya di logik akal. yuna. bila ayahnya disahkan meninggal dalam letupan besar di rumahnya, dia mula me

Temubual bersama team MagicBean Jumaat 17 Julai 2020

Image
Selamat pagi semua. 😉 Jemput semua menonton sesi live saya bersama Magic Bean ya 😁