Teaser secoet: Delina, Aku Antropomorfik


Alat pengimbas kod bar sebesar telapak tangan dipegang Cynthia dibawa kebelakang leher Delina. Automatik laptop-nya berjaya disambungkan dengan sistem pangkalan data Delina. Pada skrin komputer muncul imej Delina berwarna hijau dari kakihingga kepala. Ia merujuk kepada peratusan bateri Delina yang penuh.

“Apa puan buat ni? Ni kawasan akademi!”

“Kau risau?” Cynthia mengangkat kening.

“Aku ini robot, puan. Mustahil aku risau!”

 Cynthia tertawa kecil. Dia tahu Delina tidak tahu membezakan emosi sendiri. Inputdata yang terhad membuatkan robotnya agak jauh untuk dikategorikan setaraf manusia. Dia mula mengeyakan kerisauan Tan Sri Ibrahim sekiranya terdapat sebarang lompongyang boleh menyebabkan kegagalan mencapai visi dan misi penubuhan MSRI.

“Puan buat apa kat sini?

“ Kau diamanahkan dengan misi yang besar, Delina. Jadi, kau tak boleh biarkanorang meragui kau. Manusia ni bila dia marah, riak muka dia lain. Bila dia dengar bendasedih, dia nangis. Bila dia dengar benda lawak, dia gelak. Bukan keras kejung macam kau.”Delina memandang Cynthia seraya mengangguk-anggukkan kepala. Seolah-olah itu merupakan maklumat baru untuknya. Delina yang tiba-tiba teringat tingkah Sera seperti mempunyai dua versi. Satu versi sinis dan dingin serta satu lagi versi ceria. Cynthia sekali lagi tergelak kerana gadis robot itu tidak memahami maksud di
sebalik kata-katanya.

 “Jadi, apa yang puan buat dengan aku?”

“Aku muat naik lebih banyak data mengenai emosi pada sistem kau supaya tak ada siapa ragui kau. Faham?”

“Faham, puan.” Laju jari-jemari Cynthia berlari di dada papan kekunci sebelum akhirnya diamenekan Enter. Muncul satu kotak pop up memaparkan bahawa fail berjaya dihantar
dengan jayanya. Cynthia memutuskan sambungan.

“Jangan lupa caj diri kau!”

“Aku takkan lupa. Puan pula kenapa dengan pakaian akademi ni?”

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u