Apa kata puan editor tentang Novel Kekal Abadi?

Editor: Puan Syuhada



Unsur 'cameo' dalam Novel Kekal Abadi

Novel kedua Sharina Elisa suntingan saya di bawah Magic Bean Kadokawa Gempak Starz. Tiba sahaja manuskrip di tangan, satu hal terlintas di fikiran, inilah gaya asli Sharina Elisa - sangat berkebolehan membina 'pokok cerita tak logik dengan olahan jalan cerita yang logik'.

Maklumat dijelaskan sangat rinci, tapi penulis mampu mengawal cara perinciannya hingga menjadikan genre fiksyen sains ini lebih ringan dan sesuai untuk bacaan remaja. Menariknya, ada unsur 'cameo' (watak dari novel/karya lain ditampilkan seketika) iaitu kemunculan robot AI bernama Delina, yang ditampilkan dalam novelnya sebelum ini.

Namun, nampaknya kali ini Sharina berjaya buat saya menyampah dengan watak utamanya. Yang saya kira sengaja diberi karakter sebegitu (atau ia atas keputusan pembaca sendiri untuk menilainya). Mungkin ini juga boleh dianggap kelebihan penulis - mampu membina kepelbagaian watak.

Tahniah Sharina Elisa atas penerbitan buku terbaharu yang pastinya ditunggu-tunggu peminat karya saudari.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u