Teaser secoet: Delina, Aku Antropomorfik
Alat pengimbas kod bar sebesar telapak tangan dipegang Cynthia dibawa kebelakang leher Delina. Automatik laptop-nya berjaya disambungkan dengan sistem pangkalan data Delina. Pada skrin komputer muncul imej Delina berwarna hijau dari kakihingga kepala. Ia merujuk kepada peratusan bateri Delina yang penuh. “Apa puan buat ni? Ni kawasan akademi!” “Kau risau?” Cynthia mengangkat kening. “Aku ini robot, puan. Mustahil aku risau!” Cynthia tertawa kecil. Dia tahu Delina tidak tahu membezakan emosi sendiri. Inputdata yang terhad membuatkan robotnya agak jauh untuk dikategorikan setaraf manusia. Dia mula mengeyakan kerisauan Tan Sri Ibrahim sekiranya terdapat sebarang lompongyang boleh menyebabkan kegagalan mencapai visi dan misi penubuhan MSRI. “Puan buat apa kat sini? “ Kau diamanahkan dengan misi yang besar, Delina. Jadi, kau tak boleh biarkanorang meragui kau. Manusia ni bila dia marah, riak muka dia lain. Bila dia dengar bendasedih, dia nangis. Bila dia dengar benda law...

Comments