Posts

Showing posts from September, 2016

Couple 3 Suku

*2* Hatinya rasa tenang tatkala usai membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Matanya dipejam rapat. Merasai kenikmatan sepi malam dalam keadaannya tangannya masih lagi memeluk kitab suci itu di dalam pelukan. Kelopak matanya terbuka serta-merta apabila mendengar getaran telefon yang diletakkan di atas meja. ‘Cik Sepupu Aimi Suhana’ muncul di skrin telefon. Lekas sahaja, dia menjawab panggilan. “Kau kena tolong aku, Ins!” suara Aimi Suhana dihujung talian kedengaran cemas. Tanpa salam, terus menyergah. Aimi Suhana ni memang jenis tak menyempat macam tu. “Waalaikummusalam. Kut ya pun ada hal penting, takkan tak sempat nak bagi salam?” perli Suraya Insyirah sambil bangun. Meletakkan Al-Quran di atas rak. “Yelah! Assalamualaikum.” “Waalaikummusalam. Ada apa kau telefon aku malam-malam macam ni? Tak habis lagi ke rindu kau tu kat aku? Simpanlah sikit rindu tu untuk esok-esok. Nanti, habis rindu tu nak beli kat mana?” Suraya Insyirah meloyar buruk sehingga Aimi Suhana mengetap gigi. “K

Couple 3 Suku

Bakal terbit: Oktober 2016 *1* Aimi Suhana mengetap bibirnya geram. Lagi bengang apabila melihat Suraya Insyirah yang sedang ketawa geli hati. Suka sangat bila dia tidak berjaya mengejar. “Siap kalau aku dapat kau! Aku gigit telinga kau! Biar jadi sup!” ugut Aimi Suhana sambil bercekak pinggang. Makin terkekeh Suraya Insyirah ketawa dibuatnya. “Kalau telinga dijadikan sup, jadi sup telingalah? Kau dah makan sup telinga ke? Tahi telinga macam mana? Masak sekali ke?” Sengaja Suraya Insyirah melayan sehingga kembang tekak Aimi Suhana membayangkan kuah sup yang dipenuhi dengan tahi-tahi telinga. Mahu termuntah dia. “Uwekkk!” Aimi Suhana tahan mulutnya dengan telapak tangan. Cuba menghalang muntahnya daripada terkeluar. Tergesa-gesa dia hendak ke tandas. Tersadung kakinya. Tersepak bantal kusyen yang bersepah di atas lantai. Tersemban pula ke badan sasa Mikail Haziq yang masih mamai. “Suhana!” jerit Mikail Haziq terperanjat apabila habis basah bajunya dek muntah si tomboi itu.