Posts

Showing posts from January, 2021

Novel Soul OFFICIAL COVER

Image
“Kau duduk dalam penjara tu belajar apa, hah? Belajar dengan orang jahat sampai… .” “Kalau bukan kerana mak cik, saya tak meringkuk ke dalam sana! Sekarang, mak cik cakap! Mana mak?” “Aku cakap mak kau dah mampus! Kau pekak ke?” Tanpa sedar, laju tangan Elva menampar pipi Katrina hingga tersembam di atas lantai. “Mak cik! Elva!” Bergegas Aida mendapatkan tubuh tua itu. “Anak derhaka!” Katrina mengigil takut. Nampaknya, dia perlu lakukan sesuatu sebelum Elva menguasai segalanya. Dia tidak boleh biarkan Elva bebas di rumah itu. Orang asing seperti Elva tidak berhak mendiami rumah pusaka milik arwah suaminya itu. #soul #fantasi #sharinaelisa #kejoubook #novelmelayu

SOUL & LIFE AFTER DEATH

Image
  PRE ORDER KINI DI BUKA KEJOU BOOK & RC PUBLICATION GABUNGANMANTAP ) Free Gift 200 orang terawal (pembelian terus menerusi kejouPenerbitan Kejou Book LIVE AFTER DEATH - Adhara syakil Pernah kau rasa diri kau diperhatikan sedangkan kau berseorangan dalam bilik? Pernah kau bayangkan dunia yang mempunyai tujuh dimensi ini bersatu dengan hanya pandangan mata? ​Mungkin kau fikir ini cerita hantu, tetapi kau silap. Memang mataaku istimewa tapi ada yang lebih istimewa dari mata aku. Dia, gadis yang aku tak tahu muncul dari mana, tetapi sekali pandang, terus menyelinap pada saraf hati. ​Hadirnya dia melekakan aku, dia bimbing aku keluar dari realiti dan masuk ke fantasi dia dan aku. Siapa dia? Itu yang sedang aku cari. Di sebalik kewujudan dia dalam hidup aku, aku tahu dia perlukan aku. Untuk apa, aku tak pasti. ​Tanpa aku sedar, niat aku bukan sekadar menolongnya. Niat aku untuk mendekatinya kerana aku suka jantung aku mengepam darah laju. Otot pipi pula akan suka buat senaman senyum

Novel SOUL - Coming Soon Januari 2021

Image
  COMING SOON COVER BELUM OFFICIAL LAGI TAU SOUL SHARINA ELISA “Mesti kau ingat kau ni manusia, kan?” Elva terperanjat. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. "Kau ni siapa? Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa?” Adam ketawa lagi. “Serius kau ingat kau manusia?” Elva mahu pergi. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lelaki seperti Adam mesti seorang yang gila. Kalau dia bukan manusia, habis dia golongan apa? Hantu syaitan? Elva, puteri bunian yang dibesarkan oleh manusia. Kerana satu insiden, dia telah dihumban ke dalam penjara. Adam, si panglima bunian yang telah lama memerhati. Hadirnya dia demi satu amanah yang besar. Dia telah ditugaskan untuk membawa Elva kembali ke dunia asal. Kalau kita bukan manusia, kita ni apa? – Elva Bunian - Adam Akan datang januari ini.. 10 Tokmad Tujuh, Saifull Ismail and 8 others 8 comments 2 shares Like Comment Share