Posts

Showing posts from 2022

Blurb Babby Batrisya karya terbaru Sharina Elisa

Image
 ‘Kenapa mereka yang sepatutnya lindungi aku, maki aku? Fitnah aku?! Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain?’ BLURB SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun itu di situ. Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya. “Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu… dia bukan adik Esyah, kan?" Dia bukan anak ayah, kan?” – AISYAH Datin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dina