Posts

Showing posts from March, 2017

Teaser: prolog (Nalar)

Image
“Mereka nak cip ni!” Prof. Amelia ketap gigi. Kenapa payah sangat suaminya nak faham? Memanglah mereka sama-sama usahakan tapi kalau boleh mengancam keselamatan, buat apa? “Tak, Lia! Abang tak mungkin sia-siakan usaha kita selama ni.” “Tapi mereka nakkan cip ni! Dah berapa ramai yang mereka bunuh sebab nakkan benda ni! Abang, sebelum semuanya terlambat, kita musnahkan je. Biar tak ada seorang pun yang dapat. Kalau mereka dapat, bukan sahaja Malaysia, tapi satu dunia boleh musnah!” Prof. Amelia gengam penumbuknya kuat. Kalaulah di hadapannya itu bukan suami, sudah lama dia layangkan penumbuk. Susah sangatkah mahu hadam  apa yang dia cakap? “Tak! Tak! Tak boleh! Kita kena fikirkan cara lain!” Prof. Farhan berkeras. Imanina duduk menghadap beberapa skrin komputer di hadapannya. Mengawal keadaan di sekeliling. Bimbang ada penceroboh. “Cara macam mana lagi?” Prof. Farhan pandang bayi yang sedang lena di dalam buaian. Pandangannya beralih kepada Imanina. Akal geniusnya

Teaser 2: NALAR - Biar dia rasa, harga sebuah dosa

Image
"Fel ni monster?" "Bukan, sayang." "Kenapa masukkan cip dalam otak Fel?" "Papa tak nak cerita banyak tapi Fel kena pastikan, perkara ni rahsia. Tak ada seorang pun boleh tahu! Walaupun sesiapapun takkan boleh tahu! Janji dengan papa, Fel." Fella angguk. "Fel janji." #nalar #biardiarasahargasebuahdosa #so publishing

Teaser novel NALAR

Image
A: baca novel? B: a'ah A: novel? Ceh, bosan! Tak habis-habis dengan kisah cinta! B: lol! Novel bukan genre cinta je. Cuba baca buku ni. A: buku apa? B: #Nalar #biardiarasahargasebuahdosa #sopublishing “Fel, kau buat apa kat sini?” tanya Fathul lalu memeluk anak kucing putih miliknya. “Ni rumah aku.” Fathul berundur beberapa langkah ke belakang. Kakinya menggigil. Dia lari ke pintu pagar. Imanina menggeleng apabila melihat Fathul terkial-kial hendak memanjat untuk keluar. Dia sentuh sesuatu pada jam di tangannya. Automatik, pintu pagar terbuka. Lintang-pukang Fathul lari. Imanina sentuh bahu Fella. Fella mendongak memandang papanya. “Kenapa dia lari, pa?” “Dia takut sebab orang-orang kampung cakap rumah ni berhantu.” “Berhantu? Hantu wujud kat dunia ni?” Imanina jungkit bahu. Baguslah kalau betul-betul hantu tu ada. Boleh dia buat uji kaji pasal kewujudan hantu. Kalau boleh dapat DNA hantu lagi bagus. “Rumah ni dah beratus-ratus tahun tak ada penghuni.” “