Teaser novel NALAR



A: baca novel?
B: a'ah
A: novel? Ceh, bosan! Tak habis-habis dengan kisah cinta!
B: lol! Novel bukan genre cinta je. Cuba baca buku ni.
A: buku apa?
B: #Nalar #biardiarasahargasebuahdosa #sopublishing

“Fel, kau buat apa kat sini?” tanya Fathul lalu memeluk anak kucing putih miliknya.

“Ni rumah aku.”

Fathul berundur beberapa langkah ke belakang. Kakinya menggigil. Dia lari ke pintu pagar. Imanina menggeleng apabila melihat Fathul terkial-kial hendak memanjat untuk keluar. Dia sentuh sesuatu pada jam di tangannya.
Automatik, pintu pagar terbuka. Lintang-pukang Fathul lari. Imanina sentuh bahu Fella. Fella mendongak memandang papanya.

“Kenapa dia lari, pa?”

“Dia takut sebab orang-orang kampung cakap rumah ni berhantu.”

“Berhantu? Hantu wujud kat dunia ni?”

Imanina jungkit bahu. Baguslah kalau betul-betul hantu tu ada. Boleh dia buat uji kaji pasal kewujudan hantu. Kalau boleh dapat DNA hantu lagi bagus.

“Rumah ni dah beratus-ratus tahun tak ada penghuni.”

“Hah? Papa biar betul? Jadi, rumah ni betul-betul ada hantu? Malam ni Fel tidur dengan papa, eh?”

♡♡♡ ini link untuk pembelian melalui website ♡♡♡

♤♤♤ atau whatsapp ke 018-944 1662 ♤♤♤
♤♤♤ atau whatsapp ke 018-944 1662 ♤♤♤
♤♤♤ atau whatsapp ke 018-944 1662 ♤♤♤

Fella diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya. Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas kebolehan manusia.

Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof. Amelia, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki. Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd Feldrick. Imanina yang gusar melihat perkembangan intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu mengeluarkan cip tersebut dari otak anak kecil itu. Namun, hasil kajian mendapati cip itu akan meletup sekiranya dikeluarkan. Fella yang mendapat tahu dia akan diserahkan kepada pihak tentera mula melarikan diri jauh ke dalam hutan dan menyahaktifkan sistem keselamatan rumah mereka tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa.

-------

#bukuso
#dahbacakebelum
#Nalar
#biardiarasahargasebuahdosa

http://www.bukuso.com/product/nalar-biar-dia-rasa-harga-sebuah-dosa/

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH