Posts

Showing posts from September, 2017

Novel Nalar di USM

Image
Yang berdekatan jangan lupa singgah di Pesta Buku Jelajah Kampus USM. Dapatkan promosi novel NALAR (Nalar sebuah karya Sharina Elisa) sempena promosi #kasikosongstor. Ulasan cik Nadirah Zainal Abidin: Novel Nalar memang mudah difahami jalan ceritanya bila dibaca, kalau dah baca susah nak berhenti... keseluruhan cerita ini memang best sangat-sangat. Tahniah kepada novelisnya, Sharina Elisa dan Buku SO. 3 Novel RM 50.00 3 Antologi RM 30.00 Pembelian online seperti biasa di www.bukuso.com atau 018-944 1662.

Ulasan novel Nalar oleh Pn Khairunnisa Hamzah

Image
Pagi sabtu, selesai sudah baca NALAR. Fuhhh... Sudah seminggu rasanya mommy disampuk NALAR. Bagaikan diri sendiri yang menjadi Fel. Bila semua serba serbi buat sendiri di rumah, mummy pun berangan jadi fel. Otak manusia sangat hebat. Otak manusia hebat yang mati sebelum ini dikatakan baru menggunakan 5% daripada kehebatan minda yang Allah kurniakan. Bayangkan jika manusia menggunakan keseluruhan otak yang Allah berikan? MasyaAllah! Jika kita tonton filem Edge of Tomorrow lakonan Tom Cruise, barulah kita tahu di hujung filem itu kenapa Maj.William Cage (Tom Cruise) alami hidup dan mati banyak kali. Setiap kali hidup kembali dia hidup di saat terakhir dia mati sebelum itu. Syaratnya perlu mati untuk hidup kembali. Rupanya, dia memang sudah musnah, namun otaknya masih hidup. Pihak tentera menyimpan otaknya untuk dapatkan cara penyelesaian menentang musuh dari planet lain yang menyerang bumi untuk ditawan. Begitulah NALAR. Segalanya ada tertanam di dalam otak. Nak tahu maksud NALAR?

Teaser Bila Cinta Milik Dia

Image
“Hujan macam ni, kau nak balik dengan motor?” soal Raqib terperanjat melihat Rania sudah siap memakai baju hujan. “Habis tu? Dah aku datang dengan motor. Memanglah balik dengan motor jugak! Macamlah aku boleh tahu hari ni nak hujan ke tak, kan?” “Dah-dah! Mari aku hantar.” “Eh, tak payahlah! Lagipun, rumah aku dekat je.” “Janganlah degil sangat. Orang nak tolong hantarkan pun susah ke?” “Aku tak nak susahkan kau.” “Memang menyusahkan akupun.” Rania ketap gigi. ‘Sampai hati betul mamat seorang ni sungguh berterus-terang! Tak perlulah nak jujur sangat jawapan tu!’ Dia hidupkan enjin motor. Raqib yang berpayung menghampiri motor Rania. Enjin motor dimatikan. Kunci motor ditarik keluar lalu, dimasukkan ke dalam poket seluarnya. “Dah! Naik kereta aku. Kau suka ke orang lain tengok badan gajah kau ni bila basah kena hujan?” perli Raqib sambil menjeling bentuk badan Rania. Rania bercekak pinggang. Lelaki seorang ni memang tak reti nak jaga mul

Contest Cerita Pengalaman Seram

Image
Eh, menang?  :p  terima kasih gempakz star ♡♡♡ KEPUTUSAN PENGALAMAN SERAM! Tahniah lah korang yang dah buat admin takut nak pergi tandas malam semalam sebab baca cerita korang ni  😬 1. Amanda Mia Mohd Fauzi  2. Erina Mohsin 3. Tg Elisa Balqis 4. Cik Bunga Matahari 5.  Sharina Elisa

Misi #bukuso Hendak Menggosongkan Stor

Image
Kawan-kawan meh support misi  # bukuso  hendak menggosongkan stor  ^_^ Ada novel Nalar ( karya saya letuuu  :p ) ada novel Fugitif karya kak  Maya Iris Novelis , novel Konspirasi Maharaja karya pak  Web Sutera , ada novel She karya bakal pengantin pn  Rusilla Ruslin  dengan bos  Shah Othman , ada karya acip dan maryam  Hasif Rayyan  D'Raksha, ada Hipotesis Lunar karya  Lokman Hakim , ada teroris  Syauqie MK  dan rakan-rakan penulis yang lain Mai-mai serbu  Cik SO  untuk tempahan ♡♡♡♡ ☆☆☆Blurb Novel Nalar ☆☆☆ Fella diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya. Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas kebolehan manusia. Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof. Amelia, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada ter

Pasar Buku Bangi!

Image
PASAR BUKU BANGI EDISI 12. Jangan lupa, 9hb September 2017. DI MANA? Di ruang parking Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi. MASA? 10 pagi hingga 5 petang. INGAT! Beli novel NALAR  :P Jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan acara.

Korang ingat novel Nalar cerita seram?

Korang ingat ni buku seram ke?  Ni fiksyen sains-thriller ringan ^_^ Fella, anak kecil empat tahun yang diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya. Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas kebolehan manusia.  Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof Imanina, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu walau dengan apa cara sekalipun. Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki. Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd Feldrick. Imanina yang gusar melihat perkembangan intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu mengeluarkan cip tersebut dari otak anak kecil itu. Namun, hasil kajian mendapati cip itu akan meletup sekiranya dikeluarkan. Fella yang mendapat tahu dia akan diserahkan

Lagi Review Novel NALAR

Image
01/09/2017 NALAR SHARINA ELISA SO PUBLISHING / 268 ms serius, sangat suka dengan idea cik puan penulis Sharina Elisa. sesuatu yang segar dan teruja dari awal sehingga akhir helaian. sikit jer la. pembahagian kisah agak tidak seimbang bagi akak. kan best bila fella dan fathul berumur 25 tahun itu kisahnya lebih banyak diaksikan dan dikomputerkan.. hehe... fella, bayi yang ditanam cip di dalam otak oleh kedua ibu bapanya punya kepintaran yang luar biasa. cip tersebut tidak boleh dikeluarkan. dia dibela oleh doktor imanina bila ibu bapanya dibunuh dan mereka berdua berlagak seperti lelaki kerana tidak mahu dikesan. fella, berumur 4 tahun tapi tidak seperti rakan sebayanya yang baru belajar mengenal huruf. selain dari kepintaran luar biasa yang ada, doktor imanina turut melengkapkan fella dalam keadaan sentiasa bersedia dengan segala bentuk seni mempertahankan diri termasuk menembak dan memanah. mereka juya tinggal dirumah yang fully computerised dengan segala bentuk keselamatan yang