Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016
Siapa nak order novel BILA CINTA MILIK DIA, boleh PM saya ya. Saya nak order dengan penerbit ^_^ 
“Aku bimbang sebenarnya. Kalau aku balik, aku takut mama dengan papa dah tak bagi aku buat semua ni lagi.” “Baguslah tu kalau tak bagi. Akukan ada. Apa susah-susah nak cari calon suami lagi? Cuba kau bagitahu aku, apa yang kurang dengan aku ni?” seloroh Maliqi sambil matanya memandang lurus ke arah jalan. Rania mencebik. “Tak lawakpun. Nak gelakpun rasa malas. Kau ni, asal hujung minggu je datang jenguk aku. Kau tak rasa bosan ke?” “Taklah. Mana ada.” “Kalau macam tu, akulah yang bosan tengok kau.” “Hah? Ish, kau ni! Sampai hati betul cakap macam tu kat aku.” “Itu baru sampai hati, kalau sampai kaki, tak ke naya kau?” Maliqi tertawa kecil. ‘Rania! Rania! Macam manalah aku tak jatuh suka dekat kau?’ Maliqi senyum dalam hati. “Aku ada benda nak cakap dengan kau tapi nantilah aku bagitahu. Hmm.. sekarang ni, apa perkembangan misi kau?” “Aku buat deal dengan seorang doktor ni. Dia cakap dia hasi…

Jom Join Contest Selfie bersama karya Sharina Elisa

CONTEST BARU!! Pernah miliki novel-novel saya tak? Tak kisahlah, TENGGELAMNYA WARNA PELANGI ke BUKAN BISIKAN ke COUPLE 3 SUKU ke
just selfie je dengan salah satu, dua atau ketiga-tiga novel tu
Kalau malu nak ambil gambar sendiri, gambar nenek ke adik ke tok nyang ke semua boleh. Asalkan, ada novel dan manusia.

Nanti post kat WALL FACEBOOK masing-masing dan TAG Sharina Elisa ya ^_^
Jangan lupa HASHTAG #contestnovelBILACINTAMILIKDIA

-3 pemenang yang terpilih akan memenangi NOVEL BILA CINTA MILIK DIA terbitan Karnadya (akan diberikan bila stok sampai ke tangan saya)
-tarikh akhir penyertaan adalah 13.12.2016 jam 12 tengah malam Selamat bercontest
#sesiapasudibolehjoin
#karnadya
#novelcouple3suku
#novelbukanbisikan
#noveltenggelamnyawarnapelangi




NOVEL BILA CINTA MILIK DIA karya SHARINA ELISA

Bila Cinta Milik Dia - Sharina Elisa KarnaDya Publishing Sdn Bhd Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016Harga: RM22 (EKSPO BUKU: RM17)  *** [Tawaran Istimewa Di Ekspo Buku Malaysia, PWTC. 14 Dis - 18 Dis 2016 (5hari sahaja)]Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahn…

NOVEL Bila Cinta Milik Dia

Bakal muncul di pesta buku disember nanti, Insyaallah. Di bawah terbitan siapa, biarlah rahsia dulu :p “Aucak!” usik Maliqi mengagah sebaik sahaja menguak daun pintu bilik Rania.
Terjerit kecil Rania dek terkejut. Mini skirt yang dipegang, tercampak ke atas lantai. Dia ketap gigi.
‘Inilah jadinya kalau terlupa nak kunci pintu. Iqi ni, memang suka betul aci sergah saja masuk ke dalam bilik! Tak beragak!’ monolognya tidak puas hati.
Terbuntang Maliqi melihat gadis itu sedang mengemaskan pakaian.
“Kau nak lari dari rumah ke?”
Rania berpeluk tubuh dengan matanya mencerlung tajam. Tanda tidak suka lelaki itu pakai main serbu sahaja.
“Boleh aku masuk?” tanya Maliqi meminta kebenaran.
“Reti pulak nak minta kebenaran?”
Maliqi ketawa kecil. Dia menyandarkan badannya ke muka pintu sambil berpeluk tubuh.
“Sorry.”
“Lain kali jangan serbu camtu. Mahunya aku menyeksi, kau pulak yang pengsan!”
Maliqi tepuk dahi. Perempuan bernama Rania ni bukan ke yang sepatutnya rasa malu?
“Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagas…

JOM DAPATKAN NOVEL COUPLE 3 SUKU!

Suraya Insyirah bukanlah gadis perfect idaman jejaka Malaya tapi perangai tiga sukunya dah menambat hati mamat putus fius tercabut wayar. Luaran memang dialah manusia paling ceria sebab ada je masalah menimpa, dia berlagak tak ada apa-apa. Biarkanlah berlalu begitu saja padahal, jalan yang dilalui  masih belum habis bercerita. Aril Izwan dah kemaruk sakan nak kahwin. Sampai habis diheboh semua orang, Suraya Insyirah bakal miliknya seorang. Kononya, mereka sudah bertunang. Nak dijadikan cerita, Suraya Insyirah terima saja lamaran Aril Izwan. Dalam tempoh 100 hari mereka bertunang. Bintang-bintang kecil menjadi saksi bilangan. Aril Izwan ni akal tak adalah panjang mana walau pegang jawatan besar dalam syarikat papanya. Boleh pula apabila digoda subuh-subuh buta, dia nak menyamar laki bini pula dengan Suraya Insyirah. Raba perut Suraya Insyirah sampai gadis tu mengamuk sakan. Kononnya, ada baby mereka di dalam. Aril Izwan ni memang dah gila agaknya? Suraya Insyirah pula masam mencuka. Difi…

Couple 3 Suku

*2*

Hatinya rasa tenang tatkala usai membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Matanya dipejam rapat. Merasai kenikmatan sepi malam dalam keadaannya tangannya masih lagi memeluk kitab suci itu di dalam pelukan.
Kelopak matanya terbuka serta-merta apabila mendengar getaran telefon yang diletakkan di atas meja.
‘Cik Sepupu Aimi Suhana’ muncul di skrin telefon. Lekas sahaja, dia menjawab panggilan.
“Kau kena tolong aku, Ins!” suara Aimi Suhana dihujung talian kedengaran cemas.
Tanpa salam, terus menyergah. Aimi Suhana ni memang jenis tak menyempat macam tu.
“Waalaikummusalam. Kut ya pun ada hal penting, takkan tak sempat nak bagi salam?” perli Suraya Insyirah sambil bangun.
Meletakkan Al-Quran di atas rak.
“Yelah! Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam. Ada apa kau telefon aku malam-malam macam ni? Tak habis lagi ke rindu kau tu kat aku? Simpanlah sikit rindu tu untuk esok-esok. Nanti, habis rindu tu nak beli kat mana?”
Suraya Insyirah meloyar buruk sehingga Aimi Suhana mengetap gigi.
“Kau kena tolon…

Couple 3 Suku

Bakal terbit: Oktober 2016


*1*

Aimi Suhana mengetap bibirnya geram. Lagi bengang apabila melihat Suraya Insyirah yang sedang ketawa geli hati. Suka sangat bila dia tidak berjaya mengejar.
“Siap kalau aku dapat kau! Aku gigit telinga kau! Biar jadi sup!” ugut Aimi Suhana sambil bercekak pinggang.
Makin terkekeh Suraya Insyirah ketawa dibuatnya.
“Kalau telinga dijadikan sup, jadi sup telingalah? Kau dah makan sup telinga ke? Tahi telinga macam mana? Masak sekali ke?”
Sengaja Suraya Insyirah melayan sehingga kembang tekak Aimi Suhana membayangkan kuah sup yang dipenuhi dengan tahi-tahi telinga. Mahu termuntah dia.
“Uwekkk!”
Aimi Suhana tahan mulutnya dengan telapak tangan. Cuba menghalang muntahnya daripada terkeluar. Tergesa-gesa dia hendak ke tandas. Tersadung kakinya. Tersepak bantal kusyen yang bersepah di atas lantai. Tersemban pula ke badan sasa Mikail Haziq yang masih mamai.
“Suhana!” jerit Mikail Haziq terperanjat apabila habis basah bajunya dek muntah si tomboi itu.
Matanya dipic…