Couple 3 Suku

*2*

Hatinya rasa tenang tatkala usai membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Matanya dipejam rapat. Merasai kenikmatan sepi malam dalam keadaannya tangannya masih lagi memeluk kitab suci itu di dalam pelukan.
Kelopak matanya terbuka serta-merta apabila mendengar getaran telefon yang diletakkan di atas meja.
‘Cik Sepupu Aimi Suhana’ muncul di skrin telefon. Lekas sahaja, dia menjawab panggilan.
“Kau kena tolong aku, Ins!” suara Aimi Suhana dihujung talian kedengaran cemas.
Tanpa salam, terus menyergah. Aimi Suhana ni memang jenis tak menyempat macam tu.
“Waalaikummusalam. Kut ya pun ada hal penting, takkan tak sempat nak bagi salam?” perli Suraya Insyirah sambil bangun.
Meletakkan Al-Quran di atas rak.
“Yelah! Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam. Ada apa kau telefon aku malam-malam macam ni? Tak habis lagi ke rindu kau tu kat aku? Simpanlah sikit rindu tu untuk esok-esok. Nanti, habis rindu tu nak beli kat mana?”
Suraya Insyirah meloyar buruk sehingga Aimi Suhana mengetap gigi.
“Kau kena tolong aku! Please! Soal hidup mati aku ni!”
“Yang hidup pasti mati,” balasnya selamba.
“Ins! Cuba serius sikit!”
Aimi Suhana mendengus.
“Kalau dengan kau ni memang payah. Asyik nak main-main tak kira masa. Aku sekarang ni ada masalah besar. Jadi, kau boleh tak serius kejap?”
“Okey!Kejap je ye?”
Suraya Insyirah tarik sengih.
“Mereng otak aku layan kau! Agaknya masa mommy kau mengandung, makan apalah sampai jadi tak berapa nak betul macam ni?”
“Kalau mereng, masuk sajalah ke Tanjung Rambutan.”
 “Arghhh!” jerit Aimi Suhan stress.
Sebelah tangannya mencengkam rambut. Kalau dilayan mereng si Ins ni memang boleh jadi gila dia.
“Cukup! Ni semua, kau punya pasal, kau tahu tak? Ummi dah bagi kata muktamad! Dia nak kahwinkan aku dengan Abang Mikail! Dia kata aku dengan Abang Mikail ada feeling pink-pink!”
Terkial-kial Suraya Insyirah cuba mencerna kata-kata Aimi Suhana.
“Mikail mana pulak ni?” soalnya sebaik sahaja tidak pasti siapa yang dimaksudkan.
Dia berjalan ke jendela. Memerhati kesibukkan warga kota. Ralit betul dengan urusan masing-masing. Dia mendongak memandang langit. Tajam matanya menentang sinar rembulan. Tampak sedikit ego apabila dikelililingi kerlipan bintang.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” marah Aimi Suhana apabila di hujung taliannya sepi tanpa balasan. Rentak suaranya sudah bertukar oktaf.
“Aku dengar,” balas Suraya Insyirah dingin.
“Jadi, apa yang aku patut buat? Takkan aku nak redha je ummi kahwinkan aku dengan Abang Mikail tu?”
Suraya Insyirah jungkit bahu.
“Mungkin kau patut buat origami kapal terbang kertas. Kau pinjam la alat pengecil badan daripada doraemon. Lepas tu, kau naik atas kapal terbang tu. Kau pergi la mana-mana pun. Sampai ke awan ke kemudian, kau terjun ke bawah. Ha! Waktu, baru kau tahu bestnya hidup ni.”
Aimi Suhana mengengam penumbuk.
“Ish, budak Ins ni! Kalau dekat, dah melayang penumbuk dekat muka kau ni. Boleh tak kau tolong aku ni? Tolong serius! Aku tak ada masa nak melawak dengan kau ni. Kalau aku ada kawan lain selain kau, aku tak cari kau!”
Suraya Insyirah mencebikkan bibirnya.
“Gurau sikitpun nak marah. Relakslah. Kena kahwin je pun. Tak suka cerailah. Payah gak kalau nak tolong kau pun. Cuba kau bagitahu sikit kat aku ni. Mak Ngah tu ummi kau. Aku ni anak saudara dia. Takkanlah dia nak dengar cakap aku berbanding kau? Lagipun, hitam kata Mak Ngah tu, hitamlah jadinya. Kalau kau nak tukar kaler lain, kau bagilah crayon dekat ummi kau tu. Suruh dia cat colour lain!”
Aimi Suhana dah rasa macam nak hantar kepalanya dekat dinding.
“Abang Mikail tu dah macam abang kandung aku sendiri. Kami tak boleh kahwin!”
“Kenapa pulak? Siapa cakap kau tak boleh kahwin? Dia lelaki. Kau perempuan. Kalau kau tak nak kahwin dengan lelaki, kau nak kahwin dengan aku ke? Dengan perempuan?”
Suraya Insyirah sengih sendiri.
“Kau nikan, kalau bercakap boleh tak kalau tak pakai kepala lutut kambing?”
“Cantik bahasa cik adik?”
“Dah kau bagi pendapat terlebih bijak.”
Rambutnya yang panjang hingga ke pinggang dibelai. Kepalanya disandar ke bingkai jendela.
“Tak betul ke apa yang aku kata tu? Abang Mikail tukan anak angkat ummi kau. Jadi, tak berdosa kalau kau kahwin dengan dia. Aku tengok, Abang Mikail tu layan kau baik semacam je. Entah-entah, dia syokkan kau. Sebab tu, ummi kau suruh kau kahwin dengan dia.”
“Kau merepek apa ni? Kalau aku kata tak nak, tak nak la! Kau tolonglah pujuk ummi. Kau je harapan aku. Aku tak nak la macam dalam drama, dalam novel semua tu. Apa kahwin paksa ni? Hidup ni real la!”
“Ceh, dah keluar dah ayat poyo dia! Yelah-yelah, nanti aku pujuk Mak Ngah. Aku tahu ummi kau tu sayang bebenor dengan aku ni, hah.”
 “Masuk lif tekan sendiri.” Senyum Aimi Suhana melebar.
“Kalau aku masuk dengan kau, kau tolong tekan la,” jawab Suraya Insyirah. Ada sahaja jawapannya.


Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku