Posts

Showing posts from September, 2013

JOM BELI! KUMPULAN CERPEN FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU

Image
klik sini untuk order             “Nama awak, Awish ya?” Awish jungkit kening. Hairan.             “Mana kau tahu nama aku?”             “Papa awak, Pak Karim yang bagitahu. Dia yang suruh saya masak sedap-sedap untuk awak. Sambut awak ke sini,”             “Oh! Nama kau siapa?” soal Awish kekok hendak bersaya-awak. Seingat dia, zaman sekolah rendah dulu saja dia bersaya-awak bagai. Kata kawannya, awak-awak, macam biawak. Sejak itulah, dia beraku-kau. Awish jadi gerun apabila mata bundar gadis itu menikam tajam ke dalam bebola matanya.             “Nama saya Emma. Duduklah dulu. Saya siapkan air untuk awak,” pelawa Emma seraya berlalu ke dapur. Awish kibas t-shirtnya, kepanasan. Kalau di rumahnya, tentu sahaja dia memaksa Encik Karim memasang penghawa dingin. Kaki Awish berjalan menghala ke arah jendela-jendela yang tertutup rapat. Selak di jendela kayu itu ditolak ke tepi lalu, jendela itu ditolak keluar. Hembusan angin segar dari luar menyapa tubuhnya. Nyam

JOM BELI KUMPULAN CERPEN- FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU

Image
SESIAPA YANG NAK ORDER KUMPULAN CERPEN FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU bolehlah HUBUNGI SAYA HARGA: RM19.90+RM5(KOS PENGHANTARAN) KERIS SI IBLIS- SHARINA ELISA Jeritan Emma tiba-tiba lenyap. Awish kalih pandang ke arah Emma yang cepat-cepat menutupi badannya dengan kain yang terkoyak itu. Mahu sahaja Awish mendapatkan selimutnya tapi kakinya kaku untuk bergerak apabila pisau pemotong daging yang entah dari mana datangnya meluru pergi ke jemari halus Emma Badannya dicincang-cincang bagai orang tidak sedarkan diri. Bermula dari jari kaki kemudian, buku lali. Naik kepada betis, lutut, paha dan seterusnya. Emma memotong badannya sendiri seraya menjerit dan ketawa berselang-seli. KALAU DAH JODOH- NURHAYYU FITRAH Aku pandang jam di tanganku. Sudah semakin lewat petang. Cepat-cepat aku bergegas ke stesen bas. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menarik beg galasku. Aku menoleh. Beg galasku ditarik dengan kuat. Aku diragut. Aku cuba menarik beg galas yang berisi laptop dan barangan pe