JOM BELI KUMPULAN CERPEN- FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU

SESIAPA YANG NAK ORDER KUMPULAN CERPEN FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU bolehlah HUBUNGI SAYA
HARGA: RM19.90+RM5(KOS PENGHANTARAN)


KERIS SI IBLIS- SHARINA ELISA
Jeritan Emma tiba-tiba lenyap. Awish kalih pandang ke arah Emma yang cepat-cepat menutupi badannya dengan kain yang terkoyak itu. Mahu sahaja Awish mendapatkan selimutnya tapi kakinya kaku untuk bergerak apabila pisau pemotong daging yang entah dari mana datangnya meluru pergi ke jemari halus Emma
Badannya dicincang-cincang bagai orang tidak sedarkan diri. Bermula dari jari kaki kemudian, buku lali. Naik kepada betis, lutut, paha dan seterusnya. Emma memotong badannya sendiri seraya menjerit dan ketawa berselang-seli.


KALAU DAH JODOH- NURHAYYU FITRAH
Aku pandang jam di tanganku. Sudah semakin lewat petang. Cepat-cepat aku bergegas ke stesen bas. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menarik beg galasku. Aku menoleh. Beg galasku ditarik dengan kuat.
Aku diragut.
Aku cuba menarik beg galas yang berisi laptop dan barangan peribadi. Aku tersungkur jatuh akibat rentapan kuat daripada peragut tersebut. Aku cuma dapat melihat bayangan seorang lelaki sedang bergelut dan berlari sebelum aku pengsan.


KERAS- NURHAYATI ISHAK
Aku jadi pelik. Bila masa pulak kakak ini sempat perhatikan aku lena ataupun tidak? Aku rasa, dia tidur mengerekot sambil beralih ke arah sana. Siap tarik langsir untuk menghadang katil kami berdua. Sebab itu aku tidak boleh pejamkan mata. Oleh sebab itu jugalah aku sudah tidak ada semangat untuk menemani ketakutanku.
“Kenapa kak?”
“Semalam kau jegil sampai terbeliak kat akak, langsung tak terkejip biji mata. Naik takut akak, tahu tak? Kau nampak apa?”


MATI- LILY PUTIH
Ya Allah! Jelas terpampang perbuatan jahat lelaki itu. Aku sudah tidak sanggup melihatnya lantas aku memejamkan mata seerat-eratnya.
Walaupun mata sudah terpejam rapat, namun jeritan kesakitan budak perempuan itu tidak mampu aku usir dari pendengaran. Jeritan kesakitan dan tangisan budak perempuan itu semakin kuat, membuatkan aku seperti mahu berlari ke arah mereka dan membunuh mereka.


NAMA AKU NAMI- NENSIRATI SUPAHAN
Aku terus menukar baju, mengambil kunci kereta, bergegas ke kereta Proton Sagaku dan terus memandu ke arah rumah arwah Ilya. Dalam perjalanan ke rumah Ilya, tanpa aku sedari air mata aku meleleh. Hati aku menangis sekali. Tempat aku bergantung sudah hilang. Aku bersendirian dalam dunia ini.
Sampai sahaja di rumah arwah Ilya, aku nampak jenazah arwah di ruang tamu. Aku pergi ke arah jenazah Ilya, menyelak kain batik yang menutupi seluruh tubuh kaki itu dan menatap wajah Ilya.


MAKNA HIDUP- MAIMUN ABDULLAH HADI
Dia simpulkan yang agama beri harapan pada manusia yang mati bukan mati. Cuma tidur. Yang juga saya imani mengikut kitab saya. Imani- itu perkataan yang saya guna. Kalau benar saya imani idea itu, tentu sahaja saya tidak gentar pada mati.
Namun kalau diatnya, “Kalau awak dilanggar kereta, hilang berliter-liter darah dan ruh cuma seinci lagi dari anak tekak awak, awak mahu dihantar ke hospital?” Saya akan jawab ‘ya’.


MENCARI AKHIR- ORKID
Pada hari pernikahan mereka, wajah Dina pucat saat menyalami emak Idin. Tangannya mengigil, nampak jelas wajah dan perilakunya seperti takutkan sesuatu.
Idin mengerti. Emaknya pula, menganggap keadaan Dina itu sesuatu yang biasa bagi menantu baru lagipun pertama kali emaknya menerima menantu perempuan. Belum dapat menyesuaikan diri, fikirnya.
Hari pertama di rumah Idin, Dina tidak banyak bercakap. Wajahnya pucat, tiada seri pengantin.


AKU BERSAMAMU- MUHAMMAD FATRIM
Kelihatan dua orang lelaki sedang memandikan mayat. Aku dan Ira berjalan perlahan-lahan mendekati mereka. Seorang daripada mereka adalah Rajis yang memang bertugas menjaga bilik mayat sementara seorang lagi adalah ustaz yang ditugaskan.
“Sekejap lagi ya. Masih dimandikan lagi. Tadi doktor dah jahit balik semua anggota badan mayat ni,” Rajis memberitahu.
Terkedu aku apabila Rajis cakap sedemikian.
“Dia mati sebab apa?” tanya Ira selamba.


BILIK F-0131-4- FAIZAL SULAIMAN
“Tolong!”
Jeritannya bergema. Malang tiada siapa mendengar.
“Somebody please?”
Sama seperti percubaan pertama, suaranya gagal telus di telinga sesiapa. Dia cuba turun dari kerusi duduknya lalu mula merangkak dalam gelap itu. Keadaan bilik yang diyakininya sempit menyukarkan Azlan mencari jalan keluar.


MUSUH YANG NYATA- ELLIYYAH
Ikut saya. La ilaha illallah. Muhammadurrasulullah.
Saat itu, lidah Selly bagai dikunci mati. Dia langsung tidak punya kekuatan untuk mengucap. Matanya terkebil-kebil. Diputarnya penglihatan ke segenap penjuru. Tiada lagi bunyi pendengaran. Selly tuli.
Di atas kepalanya, kelihatan satu susuk lembaga sedang berdiri terkangkang. Lembaga itu tersenyum. “Kau dahaga? Kalau dahaga, angguk tanda aku Tuhan kau,” kata lembaga itu. Mulut Selly dibuka luas. Setitis air mengalir dari betis lembaga itu lalu menitis ke dalam mulutnya.


TELEFON BERBUNYI- HIDAYATUS
“Oit, Fahmi! Angkatlah telefon. Dah naik bernanah telinga aku ni,” Sham bingkas dari baringnya. Dia yang sedang bermalas-malas di atas sofa, sudah mula rimas dengan situasi tersebut.
“Hoi!” bunyi jerkahan itu membuatkan Sham berpaling ke muka pintu masuk rumah. Sesusuk tubuh tegak berdiri di situ. Wajah menyinga teman serumahnya, Syafiq, jelas kelihatan.
“Apa hal ni?” tanya Syafiq. Kasar.


SENJA OH SENJA- AZRIN FAUZI
Lelaki yang berdiri di hadapan aku itu sedang menggengam sepucuk revolver. Snub-Nosed kaliber 38 barangkali. Dan yang celakanya, revolver itu dihala tepat ke arahku.
Mata kami bertentang. Aku semakin runsing. Semakin keliru. Aku juga dapat lihat raut-raut kerunsingan dan kekeliruan pada wajahnya. Dan lagi satu, wajahnya mirip wajah aku!
Aku ditembak sebelum segalanya menjadi gelap. Ya, dua das tembakan sudah lebih daripada cukup untuk membuatkan segalanya menjadi gelap.


KOMPLOT- DAYANG NOOR
Lelaki itu mencapai sepasang pengepit kecil dan beberapa cebisan kapas. Kapas itu ditekankan sedikit di tepi kawasan bisul yang merening. Wanita yang terbaring di katil bergerak-gerak sedikit dan mengerang kesakitan.
Lelaki berpakaian doktor memicit sedikit kawasan yang memerah dah kelihatan beberapa ekor larva keluar menguit-nguit daripada lubang-lubang kecil pada bisul itu. Seekor demi seekor larva berwarna kekuningan dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk keluli.


PERMAINAN- AMIRUL JOHARI
Kedengaran perlahan kekecewaan Dochi ditelan bunyi-bunyian awal pagi tanpa harmoni yang khusus, anjing menyalak berbalas bersama serangga berdecit-decit. Dibuka sahaja konsol permainan itu bagi hilang kekecewaannya tadi.
Terus keluar intro permainan yang teringin sangat untuk main. Rupanya cakera itu memang sudah berada dalam konsol. Dochi teruja lalu tersengih seorang diri, tidak sialah dia terbangun pada awal pagi. Dia melihat sekeliling dahulu bagi memastikan bahawa hanya dia sahaja yang sedar pada ketika itu.


PANGGIL AKU ALGOJO- ATTOKZ DIKULGAI
“Kata seorang pujangga, kebahagian tidak membawa pengertian jika apa-apa yang menjadi milik tuhan tanpa segan dan tidak malu-malu kau kangkangi menjadi milikmu sendiri. Apakah lagi yang boleh manusia tafsirkan atas kekuasaan tuhan?
Lihat sahaja hempasan tsunami pada Disember dua ribu empat dahulu. Tetapi malangnya manusia cepat sekali lupa.”


PATUNG- NORHANISAMILA
“Tisya!” jerit suara itu lebih kuat. Tisya yang sed
ang leka terjerit sedikit. Dia menoleh dari mana datang arah suara itu? Derapan tapak kaki semakin jelas kedengaran di cuping telinga. Semakin lama semakin jelas bunyi. Bermakna orang itu semakin hampir dengan bilik. Hati berdebar.
“Tisya sayang,” suara itu betul-betul jelas kedengaran di balik pintu. Tisya pantas naik ke atas katil selimut ditarik menutupi seluruh tubuh kecil.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u