JOM BELI! KUMPULAN CERPEN FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU


            “Nama awak, Awish ya?”
Awish jungkit kening. Hairan.
            “Mana kau tahu nama aku?”
            “Papa awak, Pak Karim yang bagitahu. Dia yang suruh saya masak sedap-sedap untuk awak. Sambut awak ke sini,”
            “Oh! Nama kau siapa?” soal Awish kekok hendak bersaya-awak.
Seingat dia, zaman sekolah rendah dulu saja dia bersaya-awak bagai. Kata kawannya, awak-awak, macam biawak. Sejak itulah, dia beraku-kau.
Awish jadi gerun apabila mata bundar gadis itu menikam tajam ke dalam bebola matanya.
            “Nama saya Emma. Duduklah dulu. Saya siapkan air untuk awak,” pelawa Emma seraya berlalu ke dapur.
Awish kibas t-shirtnya, kepanasan. Kalau di rumahnya, tentu sahaja dia memaksa Encik Karim memasang penghawa dingin. Kaki Awish berjalan menghala ke arah jendela-jendela yang tertutup rapat. Selak di jendela kayu itu ditolak ke tepi lalu, jendela itu ditolak keluar. Hembusan angin segar dari luar menyapa tubuhnya.

Nyaman dan sejuk. Emma yang menatang dulang berisi air dan sedikit kuih tergamam melihat tindakan Awish membuka jendela rumah itu. Kakinya menggigil.
            “Tutup!” jerit Emma tanpa sedar.
Awish tercengang kehairanan.

            “Tutup apa?” Tanya Awish macam orang bodoh.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH