Blurb Babby Batrisya karya terbaru Sharina Elisa


 ‘Kenapa mereka yang sepatutnya lindungi aku, maki aku? Fitnah aku?! Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain?’


BLURB


SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun itu di situ. Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya.


“Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu… dia bukan adik Esyah, kan?"


Dia bukan anak ayah, kan?” – AISYAH


Datin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan TrisyaBeauty lantas menghadiahkannya kepada cucu kesayangannya itu. Dan kerana itu, kematian tok wan dirancang. Tok wan mati dalam keadaan ngeri.


Setelah dua tahun kematian Datin Paduka Dahlia, sebuah wasiat telah membuatkan sebuah drama penipuan tercipta. Masing-masing inginkan bahagian dalam wasiat itu. Dan Trisya juga tidak mahu kalah. Haq, pengawal peribadinya turut diheret sama.


“Kami dah kahwin, Dua bulan lepas.”


“Ah, sudah! Habis wasiat semua ni macam mana?”


“Walau apapun alasan, kau berdua mesti bercerai. Trisya dan Pian mesti berkahwin!”


Trisya menanam dendam. Sungguhpun tok wan memaafkan kelakuan keji anak menantunya, Trisya takkan pejam mata. Dia merencana agenda untuk memusnahkan kehidupan anak-anak dan menantu tok wan selari dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.


Jangan silu untuk mendapatkan naskah ini di shopee #karyaseni 


Check out Karyaseni Novel Terbaru: BABY BATRISYA : Sharina Elisa at 17% off! RM25.00 only. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/257079836/19961380926?smtt=0.41815147-1668593445.3


#sharinaelisanovelist

#babbybatrisya


Jemput baca teaser di page FB Babby Batrisya sebuah karya Sharina Elisa <3

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH