Skip to main content

Bukan Bisikan 9 & 10

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi


*9*
CERAIKAN saya atau saya akan tuntut FASAKH

Terus button send ditekan.
Kali ini biar dia bertegas. Nampaknya cara berlembut langsung tidak mendatangkan kebaikan. Malah, harganya dirinya dilambung dipijak.
Irfad Hakimi yang sedang leka dengan kerja-kerjanya terperanjat apabila Sony Ericsonnya bergetar.

Whatt??
Gila!! Perempuan ni!!

Tombol pintu biliknya dipulas kasar. Sekali lagi dia terperanjat apabila kelibat bengis Aiman Haikal muncul di dalam biliknya.

Huh! Budak miskin ni nak apa lagi ni?
Terus dia bangun. Mendekati si jejaka yang membara mengalahkan panasnya gunung berapi.

“Kau datang sini, apahal?” terus disergahnya kasar.

Dicekak kasar kolar baju Irfad Hakimi. Kuat direntap semula oleh Irfad Hakimi. Diperbetulkan kedudukan bajunya.

“Kau datang sini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernah berurusan dengan orang macam kau! Orang miskin macam kau ni, tak layak nak pijak lantai pejabat aku ni! Buat kotor je!”

“Ya, aku miskin! Tapi lebih baik dari kau yang miskin segala-galanya! Miskin ilmu! Miskin budi bahasa! Miskin penglihatan pada kaca mata yang sebenar! Aku ada urusan dengan KAU!”

Dahi Irfad Hakimi ditunjal kuat.
Terundur kebelakang lelaki itu jadinya.

Lelaki lawannya lelaki! Apahal nak tunjuk jantan depan perempuan? Nak tunjuk hebat dengan perempuan?

“Urusan apa? Urusan nak ganggu wife aku lagi?”
Aiman Haikal pura-pura menghamburkan tawa.

Wife? Apa ke lawak wife! Layak ke kau panggil dia isteri kau?”
Ketawa mengejek.

Irfad Hakimi ‘panas’.

“Kau nak apa, hah?”

“Kau ni, bukan lelaki kau tau! Kau binatang!!” 

Perut Irfad Hakimi ditumbuk. Terjatuh lelaki itu ke atas sofa.
Irfad Hakimi mengerang kesakitan.

Kalau kau tak reti nak jaga Mia, ceraikan dia. Aku akan kahwin dengan dia. Jadikan isteri aku. Kalau dia tak mahu, jangan nak perkosa dia! Dia manusia! Lebih tepat lagi isteri kau!”

Dah pandai betina tu mengadu kat jantan lain! Siap kau aku balik nanti! Betina sial!

“Kurang ajar, kau!” diterkam Aiman Hakimi.

Bergelut mereka seketika.

Aiman Haikal geram. Terus dikunci pergerakan lelaki itu. Tidak berikan peluang lagi.

“Kalau kau tak mahu kena lagi, kau ambil laptop kau sekarang. Buka blog Mia aka bini kau kononnya tu ..,” arah Aiman Haikal lantang seraya melepaskan kasar badan Irfad Hakimi.

Auch! Sakit badan-badan aku!
Cepat-cepat, Irfad mencapai laptopnya. Seminit kemudian, mukanya didongakkan. Memandang tepat ke muka Aiman Haikal.

“Cepatlah!” Aiman menjerit.
Terketar-ketar jari Irfad Hakimi. Gerun dengan wajah bengis Aiman Haikal.

“Erk .. aku tak tahu link blog dia,”

Aiman membuntangkan matanya. “Macammana kau boleh jadi laki dia nih?”


“Dia keluar this blog is open to invited readers only .. If you are a reader of this blog, tell us who you are! Sign in using your Google Account,”

“Dah tu? Sign in jelah,”

Password?”

“Kau nikan!! Bikin aku panas je. Huh! Taip smile ..,”

“Kejap! Loading,”


*10*
Aiman Haikal mendengus kasar.

Diam je? No respon?

Reaksi daripada jejaka berkemeja putih kemas bertali leher coklat dikerlingnya tajam.

So?” soal Aiman Haikal sepatah.

Malas membuang masa.
Irfad Hakimi mengangkat mukanya. Memandang tepat ke muka Aiman Haikal yang sejak tadi menunggu bibirnya meluahkan bicara.
Bergenang mutiara jernih di tubir matanya.

“Aku tak tahu apa yang aku dah buat selama ni. Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah ... Aku bersalah dengan Mia .. aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyak lukakan hatinya ... aku .. aku .. aku layan dia macam .. macam perempuan murahan .. aku .. aku tak tahu .. kenapa aku tak pernah nak tanya dia kenapa?? Silap aku!! Semua silap aku .. tadi .. dia paksa .. dia paksa aku ceraikan dia,”

Menitis air mata si ego selama ini. Kalah pada kenyataan yang benar.
Senyuman sinis terukir dibibir Aiman Haikal. Tangan disilangkan ke dada lalu punggungnya dilabuhkan ke sofa. Automatik, kakinya disilangkan.

Lagak bos besar sahaja gayanya.

“Memang patutpun kau ceraikan dia,”
Dijeling jejaka yang masih lagi pegun dimeja pejabatnya sebelum menyambung bicara.

“Lepas kau ceraikan dia, aku akan hantar rombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kau tak layak untuk perempuan sebaik dan secantik dia,” sinis sahaja nada Aiman Haikal.

“Kau yang tak layak untuk dia!!” naik nada Irfad Hakimi seoktaf. Berani!

“Kau tahu tak taraf kau dengan dia ibarat langit dan bumi. Setakat kau, pemilik kedai mana layak dengan anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kau hanya tertarik pada paras rupanya,”

“Kau tahu? Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja dengan kemewahan tapi melayannya dengan kasar dan selalu lukakan hati dia. Kau buat macam tu, kau fikir kau layak untuk terus jadi suami dia? Aku tahu! Aku hanya ada sebuah kedai yang menampung hidup aku selama ini tapi aku rasa aku berganda-ganda lebih baik daripada kau yang bergunung-gunung hartanya .. and one more thing .. ya, aku jatuh cinta dengan dia kerana paras rupanya yang jelita .. tapi kau? Kau ikhlas cintakan dia??”

“Ya. Memang aku ikhlas cintakan dia!!”

“Hotak kau ikhlas!! Bila kau tahu yang dia bukannya anak dara kau layan dia macammana?? Kau dah lupa apa yang kau dah buat kat dia?? Kau tahu kau dah buat dia sudah tak percayakan cinta lagi. Kau tahu??”

Dihentak kuat meja kaca dihadapannya. Kuat. Berderai pecahnya.
Terbeliak mata Irfad Hakimi memandang. Geram bermaharajalela namun, dia hanya mampu mendiamkan diri. Tidak berani untuk terus bersuara. Bimbang dirinya dipukul lagi.

“Aku nak cari dia ! Aku nak minta maaf. Nak dia kembali disisi aku,” ujarnya antara dengar dan tidak. Semangatnya tiba-tiba menjadi lemah.

Aiman Haikal gelak jahat.

“Nak ke dia kembali kepada kau?” ujarnya seraya mengatur langkah keluar.

Tak guna!!
Gumam Irfad Hakimi bengang.




Comments

Aida Sherry said…
ermmm... baru kena....buku bertemu ruas..... patutpun si aiman tu pegi ajar si irfad yg berlagak tu...
(@,.@") aaa..tak larat nak habiskan...
sharina elisa said…
amboi, hazwan. ni baru 2 bab. klu satu novel? berapa hari agaknya awak perlu ambil untuk habiskan :p
wahhh ,, best ar,, excited tgu smbgn ,, huhuhu :D

Popular posts from this blog

Bukan Bisikan 7 & 8

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

*7* Lebam mata bundar itu akibat menangis. Comforter tebal masih lagi membaluti tubuhnya. Sudah lama air mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama dia menahannya. Dipandang lelaki durjana yang lena beradu disebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri, dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah. Tersedu-sedan tangisannya. Terpisat-pisat Irfad Hakimi terjaga. Ketawa jahat memulakan bicara. 
“Tidurlah. Bosan aku dengar sejak semalam kau menangis,” Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab atau memberi tindak balas. Benci dia dengan lelaki itu. Jika benar wujud benci dihati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini. Untuk apa?



*8*
Apa malangnya hidup aku? Dirogol suami sendiri berkali-kali ..
Irfad Hakimi Taukah kau betapa diri ini bertambah benci .. Berhentilah dari menyakitiku lagi ..

Aiman Haikal muram sahaja. Dagunya di tongkat d…

Bukan Bisikan 6

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Perlukah aku diperlaku begini? Pulang dan keluar sesuka hati? Seumpama hotel, rumah ini ..
Walau diri ini kau sakiti .. Masih wujud sisa cinta bersemi .. Nun jauh disudut hati ..
Namun tegarkah aku? Terus bermukim didaerah sunyi .. Berenang di lautan sepi .. Tanpa sebarang melodi ..
Bunyi pintu dihempas kuat memeranjatkan Mia Adyla. Leka benar jemarinya menari didada ‘lappy’. Wanita itu mengeluh.
Dibuang segala rasa benci, marah, sedih dan segala berbaur jauh. Biar semuanya hilang selamanya.
“Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak boleh kahwin dengan awak,” Irfad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat ke arah si gadis yang disayangi sepenuh hati. “Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak. Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjang masa .. saya sayangkan awak ... percayalah .. Setiap kali j…

Bukan Bisikan 1, 2 & 3

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*1*
Bukan mudah untukku tafsir isi hatimu .. Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu .. Jika degupan jantungmu bukan lagi milik aku .. Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu?
Aku keliru .. benar-benar keliru .. Apa yang kau mahu dariku sebenarnya?
Laju jemarinya menari di dada keyboard. Button create post ditekan. Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan.

Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya?

Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya?

Bukan Bisikan 5

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Menyampah pula dengan suasana dunia. Bagai ketidakadilan menerjah hidupnya. Seakan bala memang ditakdir untuknya.
Astaghfirullah ! Apa aku merepek ni? Cepat-cepat diri beristighfar. Leka benar dihasut syaitan berbisik.
Pandangan dilempar ke arah jendela. Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut menghempas ke pipinya. Dingin.
Nafas dihela keluar sambil ekor matanya melirik kasar. Gajet canggih ditangan. Sesaat.
Naik lenguh jemarinya menekan redail. Panggilannya masih tidak disahut. Mia Adyla mengeluh. Dicampakkan badannya ke sofa.
Kelopak matanya cuba dipejam celik – dipejam celik.
Laptop Dell dihadapannya dipandang sepi. 20 tempahan gelang dan 30 tempahan keychain diterimanya. Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki yang diberikanNya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi, tetapi berkat usaha gigihnya, dia berjaya…

Bukan Bisikan 22, 23 & 24

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada Februari nanti dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi



*22*
Tercengang Tuan Fairus dan Puan Nadia melihat gelagat anak tunggal mereka. Sudahlah pulang awal ke rumah. Mata merah dan membengkak. Pulang sahaja ke rumah, terus mendaki anak-anak tangga. Laju. Langsung tak menoleh ke kiri dan ke kanan. Intan Safira dan Intan Dania yang melihat kehairanan. Didongak kepala mereka. Memandang ke arah atuk dan nenek mereka.  “Kenapa mata mama merah, atuk?” Intan Safira menyoal. “Mama nangis ke, nenek?” Intan Dania pula menyoal. Tuan Fairus dan Puan Nadia saling memandang. “Tak adalah. Mata mama masuk habuk masa drive tadi tu kut,” “Masuk habuk? Macammana nak masuk habuk, nek? Kan mama selalu tutup cermin tingkap kereta mama tu. Habuk nak masuk dari mana lagi?” soal bibir cilik itu pantas. “Aa .. mama tak suka buka tingkap. Mama kata, nanti tudung mama senget angin tiup,” si adik menambah. Tuan Fairus cuit lengan isterinya.  “P…

Bukan Bisikan 11, 12 & 13

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*11*
Lima tahun berlalu .. Mia Adyla tarik nafas. Dalam. “Kembali juga aku disini,” bisik hati kecilnya. Tudung dikepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya dipandang. Kasihan budak-budak ni! “Mama ... adik penat ... adik nak tidur .. adik letih ..,” rintih si kecil empat tahun itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia. “Adik ni, nantilah. Nanti, bila kita dah sama rumah nenek nanti, kita berehatlah,” si kakak pula memujuk. Mia Adyla memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia dengan keletah anak-anaknya. “Oklah, I minta diri dulu. Ye la, ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah, I ajak kahwin, you tak mahu,” Mia Adyla tertawa. 
You ni suka main-main macam ni. Oklah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni,” Digosok-gosok k…