Bukan Bisikan 11, 12 & 13
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*11*
Lima tahun
berlalu ..
Mia Adyla tarik nafas. Dalam. “Kembali juga aku disini,” bisik hati
kecilnya. Tudung dikepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya
dipandang.
Kasihan
budak-budak ni!
“Mama ...
adik penat ... adik nak tidur .. adik letih ..,” rintih si kecil empat tahun
itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia.
“Adik ni,
nantilah. Nanti, bila kita dah sama rumah nenek nanti, kita berehatlah,” si
kakak pula memujuk.
Mia Adyla
memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia dengan keletah
anak-anaknya.
“Oklah, I minta diri dulu. Ye la, ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah, I
ajak kahwin, you tak mahu,”
Mia Adyla
tertawa.
“You ni suka main-main macam ni. Oklah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni,”
“You ni suka main-main macam ni. Oklah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni,”
Digosok-gosok
kepala si adik dan kakak yang masing-masing sudah keletihan.
Ikram Hafiz
senyum lagi. “I tak main-main. I serius,”
“Ok. Sebab you dah letih, otak youpun dah jadi mereng. Ha,ha,ha. Oklah, I nak cari my parents. I pergi dulu. Assalamualaikum,”
“
Waalaikummussalam,”
*12*
Terperanjat
sakan si orang tua tatkala bicara selamba meluncur laju dari bibir seksi wanita
itu. Lagaknya tiada yang memeritkan pernah berlaku.
Tabah benar
si anak menempuhi segala. Menitis air mata si tua yang melahirkannya. Langsung
tidak menyangka itu sebab sebenarnya pemergian si anak ke luar negara selama
lima tahun.
Lejuh lengan
baju Puan Nadia jadinya.
“Kenapa Mia
tak pernah nak cerita kat kami selama ni?” teresak-esak tangisan si ibu.
“Mia tak
nak susahkan daddy dengan masalah
Mia. Daddy sudahlah terpaksa fikir
tentang syarikat lagi. Tak sanggup rasanya nak bebankan mummy dan daddy lagi.
Cukuplah selama ni, Mia menyusahkan,”
“Mia
sayang, mummy dan daddy tak pernah anggap kamu macam
beban. Mialah jantung kami, nyawa kami dan juga pengukuh keluarga kita,
sayang,”
“Kalau daddy tahu, dah lama daddy paksa Irfad ceraikan Mia tau.
Sanggup dia buat anak daddy macam ni?Kurang ajar!” Tuan Fairus bersuara geram.
Akhbar
Berita Harian ditangannya digumpalnya kejam. Puan Nadia tersedu-sedan. Ekor
matanya memerhati wajah kedua-dua cucunya yang lahir tanpa dipinta.
“Jadi,
mereka ni ...,”
“Ya, mummy ... anak dia. Kami bercerai sebaik
sahaja budak-budak ni lahir ..,”
“Irfad tahu
yang budak-budak ni anak dia?”
Pantas
sahaja Mia Adyla menggeleng. “Mia tak pernah bagitahu kat dia Mia mengandung.
Mia dah sampai sana dua bulan, baru Mia tahu yang Mia mengandung. ..,”
“Sudahlah,
sayang. Naik atas. Mandi dan berehat. Tak perlulah nak fikir apa-apa lagi.
Kalau Irfad datang sini, taulah apa daddy
nak buat! Kesian daddy tengok
budak-budak ni. Tertidur sejak tadi,”
Senyuman
pahit diukir.
Tidak mahu
merungsingkan hati si anak lagi.
*13*
Berkejaran si kembar di ruang tamu. Riang. Puan Nadia senyum. “Gembiranya
hati mereka. Agaknya, macammana penerimaan mereka bila besar nanti ... kalau
mereka tahu .... macammana mereka boleh wujud di dunia ni?” hati Puan Nadia
berbisik.
Namun,
permainan mereka biasanya sekejap cuma. Si adik terlalu cepat letih. Cepat
benar wajahnya berubah lesu.
“Kakak!
Mana aci!” terdengar jeritan manja si adik.
Si kakak
ketawa mengekeh. Suka benar menyakat si adik.
“Adik,
kakak, mari sini. Ikut nenek dan atuk pergi pasar,”
“Pergi
pasar?” si adik menyoal.
“Aa.
Pasar,”
“Ada apa
kat pasar, nek?” soal si adik sambil kedua tangan mencekak pinggang. Muka
teruja dipamer.
“Ikan,
sayur, ayam, udang dan macam-macam lagilah,”
“Oo ..
macam best je, nek! Kakak nak ikut,”
“Nek, ramai
orang tak?”
“Ramailah.
Seronok tapi jangan nakal-nakal tau. Nanti susah nenek dan atuk nak cari adik
dan kakak,”
“Tak naklah
kalau ramai orang nek. Adik tak suka. Susah nak bernafas nanti,”
Puan Nadia
ketawa kecil.
Haih! Mia
ni, pandainya anak-anak kamu ni bercakap
“Kalau adik
tak nak ikut, kakak pun tak nak ikut,”
“Kalau
kakak nak ikut nenek tak apalah. Adik duduk kat rumah dengan mama,”
“Kakak nak
jaga adik. Kalau adik tak mahu pergi, kakak pun tak mahu pergi,”
Tuan Fairus
senyum. “ Pandai Mia didik anak-anak diakan, Ya,”
Puan Nadia
angguk. Senyuman suaminya dibalas.
Aku bahagia kini ..
Walau tanpa seorang insan bernama
suami disisi ..
Mummy .. daddy ..
Thanks kerana memahami ...
Ikram Hafiz ...
Terlalu banyak jasamu padaku ...
Aku tak betah mengaku mampu ..
Tanpa dirimu ..
Silamku lima tahun yang lalu ..
Zaman gelapku yang pilu ..
Saat kau sahkan aku berbadan dua ...
Aku merana ..
Bagaimana mampu aku berdiri ..
Tanpa kekuatan didalam diri ..
Aiman Haikal ...
Aku tak tahu dimana kau mendapat emailku ..
Kiriman email-emailmu ... menguatkan
aku ..
Andai kita dapat bertemu ..
Sejuta ucapan ingin kuungkap buatmu
...
Aiman Haikal ...
Bagaimana kau terlalu memahami aku ?
Bagaimana kau terlalu mengetahui tentang
aku ..
Setahuku ...
Diriku ini tidak pernah
memberitahumu ..
Apa-apa tentang diriku ...
Aku benar-benar keliru ..
Benar-benar tak memahami caramu ...
Aiman Haikal ..
Dirimu terlalu mengambil berat
tentang diriku ..
Kadang-kadang sikapmu itu buatku
gusar ..
Bimbang diri ini disayangimu ...
Aiman Haikal ... Ikram Hafiz ..
Aku terlalu takut .. andai cinta
menguasai kalian ..
Aku terlalu takut .. andai kalian
mempunyai alasan ..
Aku terlalu takut ... andai ...
Irfad Hakimi ...
Kau boleh jalan ..
Walau seribu kata maaf meniti
dibibirmu ..
Sebesar hama tak dapat kuterima ...
Kejamnya kau ... kasarnya kau ..
Cukup menyeksa hati kecilku ...
Comments