Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Bab 9 Novel Couple 3 Suku

SUDAH tiga hari dia tidak menerima apa-apa perkhabaran daripada Insyirah. Gadis itu bagaikan menyepi terus. Telefon tak dijawab. SMS mahupun Whatsapp tak dibalas. Dia jadi walang. Kalaulah Aimi masih bekerja dengannya, bolehlah dibawa wanita itu temankan dia melawat Insyirah. Sekarang, wanita itu sudah berhenti kerja. Hendak dibawa staf wanita yang lain bimbang kecoh jadinya. Maklumlah, semuanya kaki kepoh. Asyik bergosip tak tahu hujung pangkal. ~~~

INSYIRAH terbaring lemah di atas katil. Badannya terasa sejuk amat. Kepala pening. Tekaknya mual. Hendak berdiri pun dia tidak larat. Apatah lagi hendak pergi bekerja. Insyirah mengeluh lemah. Kalaulah Encik Yusri dan Puan Yusra ada tentu tidak jadi masalah. Tentu dirinya dimanjai dan diberikan perhatian bagai anak kecil. Inilah yang selalu Nek Natipah risaukan. Bimbang dirinya ditinggalkan bersendirian. Kalaulah Nek Natipah mahupun Atuk Adnan dapat ahu dia sakit terlantar tanpa mommy dan daddy di sisi tentu teruk mereka membebel.
~~~