Buku SO di Butterworth, y'alls.
Nak tak jumpa kitorang?
Kalau nak, jangan lupa jenguk kami di Gudang Merah, Jalan Jeti Lama.
Hanya yang nak beli buku je kami alu-alukan. Nak ajak pi makan pasembor, kita bincang tepi naa...
Hehehe...
Sumber: fb Tuan Shah Othman
|
Fella diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya.
Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas
kebolehan manusia.
Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat
daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa
Prof. Farhan dan Prof. Amelia, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas
bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah
antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu
walau dengan apa cara sekalipun.
Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki.
Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd Feldrick. Imanina yang gusar melihat
perkembangan intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu
mengeluarkan cip tersebut dari otak anak kecil itu. Namun, hasil kajian
mendapati cip itu akan meletup sekiranya dikeluarkan. Fella yang
mendapat tahu dia akan diserahkan kepada pihak tentera mula melarikan
diri jauh ke dalam hutan dan menyahaktifkan sistem keselamatan rumah
mereka tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa.
~ ~ ~
Tapi penjahat tu masih ada dua orang. Mereka akan nampak kita. – Fella.
Memang papa nak mereka nampak kita. – Imanina.
Bagi Fel pistol tu papa. Fel boleh tembak mereka tanpa buka lampu. Fel boleh tahu kedudukan mereka. – Fella.
Tidak, sayang. Tangan kamu bukan untuk dikotori dengan darah. Papa
ajar kamu menembak bukan untuk membunuh. Kamu tak boleh jadi pembunuh.
Buka lampu dan pergi sejauh-jauhnya. – Imanina.
|
Comments