Bab 7 Novel Couple 3 Suku




PULANG dari kerja macam ni, lepak di taman rekreasi bagus juga. Dapat hilangkan rasa penat. Tengok budak-budak bermain papan gelongsor, berkejar-kejaran dan macam-macam lagi memang boleh buat dia tersenyum sendiri.

Kakinya menolak tanah, menghayun buaian. Fikirannya menerawang jauh. Teringatkan Aimi dan Abang Mikail. Rindu pada mereka.

“You ingat I ni anak patung ke?”

Suara jerkahan seseorang membuatkan kepalanya automatik berpaling. Dia nampak kelibat seorang lelaki dan dua orang gadis seperti sedang mendekatinya.

“You dah silap, Haris. I dengan dia ni just kawan je. I pompuan dan dia pun pompuan. Takkan tergamak I!” Jerit gadis berbaju biru itu.

Gadis berbaju ungu diam membisu. Sesekali ekor mata mengerling tidak puas hati ke arah lelaki bernama Haris itu. Insyirah mengeluh. Tak tahu malu ke mereka ni? Kulit mukanya pula yang terasa tebal apabila budak-budak yang sedang seronok bermain tercengang mendengar pertengkaran yang berlaku. Kedudukan mereka bertiga itu yang terlalu hampir dengannya menyebabkan dirinya turut menjadi tontonan.

“Huh! Macam tak ada tempat lain nak bergaduh,” omel Insyirah kurang senang.

“Haris!” Panggil si baju biru apabila lelaki yang dipanggil Haris itu cuba berlalu.

“Haris!” Si baju ungu bersuara tegas membuatkan langkah si jejaka terhenti.

“Sudah! I dah muak dengan you berdua ni! Dasar lesbian! You ingat I ni apa? You pura-pura cintakan I walhal you dengan perempuan lesbian ni ada hubungan kat belakang I! You ingat I bodoh sangat ke?” jerkah si Haris lantang.

Insyirah bungkam. Hatinya berkira-kira mahu bangun berlalu dari situ.

“You jangan nak tuduh I!” Marah si baju ungu.

“I tak buta untuk menilai yang mana perempuan tulen. You kiss mulut dia kat tempat parkir sambil peluk-peluk dengan tangan merayap-rayap tu namanya apa? NAFSU SONGSANG!” Lantang amarah Haris.

Habis budak-budak yang bermain bertempiaran lari ketakutan. Insyirah yang mendengar terperanjat jadinya. Lidahnya terkedu. Padanlah lelaki itu menyinga. Insyirah beranikan diri angkat muka. Cuba meneliti raut wajah mereka bertiga seraya melangkah pergi. Si baju biru dan ungu kedua-duanya punya raup wajah yang menawan tapi andai benar apa yang dikatakan lelaki bernama Haris itu alangkah malangnya. Buat rugi saja miliki wajah yang comel tapi tidak digunakan di tempat yang selayaknya. Tangan kirinya terasa berat, bagaikan ditambat dengan sesuatu. Pantas kepalanya berpaling. Lelaki itu dengan sasa memaut lengannya.

‘Hoi! Tak guna punya lelaki. Berani dia menyentuh anak dara orang!’ Hati Insyirah membentak.

“Sayang, you nak pergi mana?” Lembut sekali nadanya.

Terbuntang mata Insyirah mendengar lelaki itu memangilnya ‘sayang’. Naik loya pula tekaknya mendengar. Dia mencerlung tajam ke mata Haris. Isyarat tak-retilepaskan-tangan-aku-ke? Huh! Sudahlah dia tak kenal pun makhluk tu dari planet mana. Alih-alih, suka hati secukup rasa dia je nak main pegang-pegang. Automatik, Haris melepaskan pegangan. Namun melalui silau mata mengharapkan pertolongan membuatkan Insyirah mengeluh dan kemudiannya, mengalah.

“I nak terkucillah. Kan kalau I ter ter ehem-ehem kan susah. Malulah I,” jawab Insyirah dengan suara sedikit manja.
 ‘Uwek! Nak muntah hijau aku!’ Dia sendiri geli dengan intonasi gediknya itu.

Kedua-dua perempuan tadi berdeham seraya memandang tajam ke arah Insyirah. Haris yang mendengar tahan tawa dalam hati. Bicara selamba minah di hadapannya itu menjentik hormonnya.

“Opss, sorry my love! Actually kan sayang, I nak kenalkan you dengan perempuan yang I ceritakan dekat you hari tu dan I nak kenalkan kat you berdua dengan tunang tersayang I!”

Terlopong mulut gadis bertiga itu. “Tunang???”

Wajah putih mulus Insyirah ralit diperhati si baju biru dan ungu. Seperti mahu menelannya hidup-hidup.

‘Hai, Ins! Apasal kau suka cari pasal?’ Marahnya pada diri sendiri.

Seram sejuk dia apabila kedua-dua orang perempuan itu memandang galak ke arahnya. Persis lelaki miang. Romanya meremang. Merasakan keselamatannya terancam, dia bergerak ke belakang Haris perlahan-lahan. Perempuan-perempuan ni, marahkan dia sebab jadi ‘tunang’ lelaki ni ke atau memang lesbian?

Makin berbulu mata Haris melihat. Sungguh luar alam perangai dua perempuan di hadapannya itu. Depan-depan macam ni pun, mereka tak malu nak tunjukkan perangai tak masuk akal? Akalnya terlintas sesuatu. Tindakannya melibatkan Insyirah bukanlah satu perbuatan yang bijak tetapi menempah masalah baru sebenarnya. Dia tersilap langkah!

“Sebelum aku bagi penampar kat pipi korang baik korang blah dari sini!”

Si baju ungu masih ralit memerhati tangan putih bersih Insyirah. Langsung tidak menghiraukan amaran Haris. Malah, semakin berani menghampiri Insyirah yang berkemeja sendat itu. Insyirah menggigil seram. Belum pernah dia menjumpai spesies hawa sebegitu teruk. Kenapa tidak ‘berselera’ melihat lelaki sasa di hadapannya ini? Benarlah kata Haris, perempuan berdua tu punya nafsu songsang.

“Awak, tolong saya,” bisik Insyirah di telinga Haris. Suaranya sudah terketar-ketar ketakutan. Waktu macam ni, tak ada ke hero-hero yang nak selamatkannnya? Si Haris ni boleh ke jadi hero?

“Berambus korang dari sini! Aku bilang sampai tiga.”

“Satu!” Ejek si baju biru.

“Dua.” Si baju ungu turut serta.

“Ti...”

Pang! Pang! Kuat. Berbekas lima jari di muka mereka.

“Lelaki jangan sesekali dicabar. Pantang bagi keturunan Syed Haris!” Tutur Haris tegas.

Si baju ungu naik berang. Perut Syed Haris ditumbuk kuat. Sampai senak perut lelaki itu. Si baju biru juga mengganas. Lengan Insyirah ditariknya kuat hinggakan terjelopok di atas tanah. Tudung Insyirah ditarik ke belakang.

Terpelanting kerongsang manik jurai. Mengurai panjang rambut lurus separuh pinggangnya. Nafsu si baju biru
berkocak hebat melihat alunan rambut dan bau wangi rambut Insyirah yang ditiup angin. Insyirah cuba melarikan diri.

“Hoi, jangan kau apa-apakan dia!” Jerit Haris kuat.

Si baju ungu bengang tindakannya dihalang. Perut Haris ditendang. Haris tidak sempat melawan. Pantas betul tendangan si baju ungu.

Perempuan berbaju biru rentap baju Insyirah dengan kuat seraya menghumban gadis bertubuh langsing itu kembali ke atas tanah. Menjerit Insyirah dihasut rasa sakit.

“Encik Aril! Encik Aril! Tolong saya!”

Bahu Insyirah terhinjut-hinjut. Air matanya merembes laju. Dia sendiri tidak tahu dan langsung tidak faham kenapa nama Aril yang dijeritnya. Yang pasti, dia amat mengharapkan lelaki itu datang menyelamatkan maruahnya.

Tangisannya mula teresak-esak. Akalnya mula buntu. Kenapa kaum hawa di hadapannya itu cuba memperkosanya? Badannya diengsot-engsotkan ke belakang. Jasadnya menggigil ketakutan. Apatah lagi, mendengar mereka menggilai mengalahkan pontianak melalak.

“Haris! Tolong saya!” Jerit Insyirah dalam sendu.

Haris cuba gagahkan diri untuk bangun. Dengan tenaga yang bersisa, si baju ungu ditumbuknya.

 ‘Kurang ajar betul perempuan lesbian ni!’ Desis Haris, berang.

Tajam mata si baju biru menjamah ke bahagian badan Insyirah yang terdedah akibat direntap tadi. Lekas-lekas, Insyirah menutup dengan kedua-dua telapak tangan.

Wajahnya pucat lesi ketakutan. Dalam hatinya, tidak putus berdoa. Mengharap seseorang datang menyelamatkan
maruahnya. Matanya memandang Haris yang sudah nyawa-nyawa ikan dibelasah oleh seorang perempuan lesbian. Mungkin dari segi luaran nampak kewanitaan, namun di dalam, mungkin jelmaan Hulk Hogan.

“Hoi!” Jerit Aril sambil berlari mendapatkan heroin cintanya.

Terkejut juga dia bila jumpa perempuan punya ‘keinginan’ terhadap perempuan lain. Lagi membuatkan dia terkejut apabila dirinya pula dibelasah kedua-dua orang gadis asing itu. Apa lagi, terus dia lawan tanpa endahkan apa yang orang nak cakap kalau dia belasah perempuan.

Tubuh mereka disepak tanpa perasaan. Dipukul-pukul hingga mereka itu tidak berdaya untuk bangun. Hatinya benar-benar geram. Kalau lelaki cuba perkosa perempuan, boleh jugak akal dia terima. Macam mana perempuan boleh tertarik dengan perempuan?

 “Aku tak kira lelaki atau perempuan. Kalau spesies tak ada agama ni, aku kira halal je pukul!” Tempik Aril dengan
dadanya berombak marah.

Si baju biru mengerang kesakitan. Kuat betul tendangan Aril. Lelaki itu menggila. Mengamuk tak ingat dunia.

“Suraya, awak okey?” soal Aril penuh rasa bimbang.

“Okeylah sangat macam ni kan,” cebik Insyirah geram.

“Kenapa awak lambat?” soalnya lagi dengan suara serak.

Aril dihurung rasa bersalah. Pertama kali melihat gadis yang sentiasa penuh dengan jenaka itu menangis sedemikian rupa.

“Kau ni mangkuk mana pulak?” bengang si baju biru yang masih punya kekuatan untuk melawan.

“Mangkuk, pinggan, cawanlah, cik adik! Daripada kau duk kacau awek aku, baik kau pi balik tolong mak kau basuh
mangkuk. Basuh sekali kepala otak kau yang dah biol tu.

Perempuan pun kau nak ngap ke? Kalau kau nak ngap aku ada juga logiknya. Musykil aku dengan jantina kau ni!”

“Kau jangan nak kurang ajar!” Beroktaf-oktaf suara si lesbian memetir.

“Eh, mana kurang ajar pulak! Dah lebih ajaran dah aku ni.”

Si baju biru ambil jarak seraya berlari menerkam bak singa lapar ke arah Aril. Sementara si baju ungu, bersungguh-sungguh cuba membelasah Haris dengan kayu yang entah dari mana datangnya.

Insyirah gugup. Segera nombor polis didail. Haris dan Aril cuba melawan kedua-dua perempuan yang semakin dicurigai jantinanya. Kuat mengalahkan jantan pula. Haris sudah kehabisan tenaga. Aril pula tercungap-cungap. Sementara si penyangak masih lagi bertenaga penuh sambil tersenyum kemenangan. Bibir masing-masing tersenyum jahat melihat bahagian tubuh Insyirah yang terdedah.

Aril yang baru menyedari pandangan mereka pantas menanggalkan kemejanya. Terus menyarung ke badan Insyirah. Gadis itu tampak trauma. Badan kecil itu menggigil ketakutan. Nasib hatinya tergerak untuk memakai t-shirt putih sebelum baju kemeja disarung tadi. Kalau tidak, tidak berpakaianlah dia. Silap gaya, orang cop dia gila pula.

Bunyi siren kuat kedengaran. Bergegas perempuan berdua itu melarikan diri. Kalau si A berlari, si B kejar dengan kereta, memanglah yang berkereta lagi menang. Pihak polis dengan senangnya menangkap perempuan tak serupa
perempuan itu.

“Maaflah encik berdua dan puan. Encik tak apa-apa? Mari saya hantarkan ke hospital buat laporan polis sekali. Nampak tangan encik berdarah tu. Mereka berdua ni banduan tahun lepas yang terlepas. Mujurlah dapat tangkap
balik. Dah puas saya cari mereka ni,” ujar salah seorang pegawai polis seraya ekor matanya melirik ke arah kedua-dua manusia yang asyik meronta-ronta enggan digari.

“Eh, tak apa! Saya boleh pergi sendiri.” Aril menolak pelawaan itu.

 “Kuat tenaga perempuan-perempuan tu ya, encik?” soal Haris seraya mengelap darah yang mengalir keluar dari
bibirnya.

“Perempuan apanya? Lelaki ni! Buat pembedahan plastik. Nak elak daripada kena kesan dengan kami. Tu pasal
payah nak cari!” Jelas pegawai polis itu lagi.

“Hah?”

Terperanjat sakan mereka bertiga. Padanlah gagah semacam je.

“Mana encik tahu ni penjenayah yang terlepas?”

“Saya ni polis, encik. Kami pun baru je terima maklumat yang mereka ni dah buat pembedahan plastik. Memang selama ni kami tak cam tapi bila dah dua kali terima aduan kes rogol, perempuan rogol perempuan, kami jadi pelik. Siasat punya siasat rupanya mereka ni buat pembedahan.”

“Tapi encik polis, yang ...”

“Yang sorang lagi tu dulunya mak nyah. Kalau nak diceritakan panjang kisahnya. Sehari suntuk belum tentu akan habis. Saya minta diri dulu. Kena uruskan mereka ni segera. Terima kasih. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”


Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u