Bab 4 Novel Couple 3 Suku

SILAU cahaya matahari menembusi jendela bilik. Matanya dipicingkan. Lenanya terganggu. Mulutnya menguap luas. Masih mengantuk. Hujung minggu begini, tidurlah yang paling sedap. Comforter ditarik menutupi muka.  

“Ah, kacaulah! Orang nak tidur. Wahai tingkap, boleh tak kau tutup sendiri langsir tu? Silaulah!” Bebelnya dalam mamai.

Kelopak matanya dikatup semula. Lenanya disambung semula. Baru hendak terpejam, jam loceng pula menjerit nyaring. Mulanya, dia hendak pekakkan telinga dan biarkan jam itu berbunyi tapi telinganya pula tak kebal mana.

“Ah, tensionnya! Bising betullah jam ni! Asyik terpekik je dari tadi. Kang ada jugak jadi Mr.Bean nanti.. pagi-pagi, tembak jam loceng,” gumamnya panjang.  

Kepala yang tidak gatal, digaru-garu. Habis kusut masai rambut jadinya. Tangannya konon dipanjangkan, merabaraba jam loceng. Alarm dimatikan. Belum sempat terlena entah buat kali ke berapa, loceng pintu rumah pula bertempik.

“Haish lah! Malasnya nak bangun. Huaaa! Mengantuk!”

Tubuhnya dipaksa bangun. Matanya kuyu. Kakinya dihayun malas ke ruang tamu. 

“Arghh, pencabul!” Jeritnya sepenuh hati apabila tubuhnya tiba-tiba sahaja dipeluk. Serta-merta, kelopak matanya terbuka luas.

“Mommy? Daddy? Ya Allah, Ins rindu!” Jeritnya sambil membalas pelukan kedua orang tuanya itu. Hilang terus rasa mengantuknya. 

“Ish budak ni! Peluk kita ni kuat-kuat macam dah sepuluh tahun tak jumpa. Busuklah, sayang. Pergi mandi nun!”

“Ala! Tak nak. Ins tak mandi 10 hari pun still wangi macam Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum tau?”

“Tengok la anak abang ni. Pagi-pagi kepala dah miring.”

“Amboi-amboi, mommy! Tak sayang mulut nampak? Yelah-yelah! Ins naik atas… Ins mandi dulu. Nanti biar satu taman ni bau wangi, kan daddy?” ujarnya seraya mengenyitkan mata ke arah ayahnya.

Ketawa kecil Encik Yusri dengan telatah anaknya itu.

“Macam-macamlah anak dara abang sorang ni.”
 ~~~

“WHAT? Biar betul mommy? Beruk pun boleh terperanjat gorilla kalau macam ni. Tak nak lah!” Bangkang Insyirah benar-benar tidak mahu. Dia peluk tubuh sendiri. Sangkanya, ayah dan ibunya balik ke rumah kerana betul-betul rindukan dirinya tapi semata-semata kerana blind date ini. 

“Ala, Ins jumpa je dengan dia dulu. Lepas tu, kenalkenal…” Puan Yusra cuba memujuk.

“Takkan macam tu je? Mesti ada salad dalam burger. Takkan just jumpa untuk kenal-kenal je kan?” Insyirah muncungkan bibirnya.

“Tak naklah. Mommy and daddy tahukan yang Ins dah ada Adli.” Perit pula lidahnya nak menyebut nama Adli. Lelaki yang kononnya nak sehidup semati dengannya itu sampai sekarang langung tak menghubunginya. 

“Memang Ins ada Adli tapi sampai sekarang Adli tak pinang-pinang Ins lagi kan?” sindir Puan Yusra kurang berkenan.

“Adli sibuk. Banyak projek yang dia kena uruskan. Ins tak nak susahkan dia. Tak nak bebankan otak dia nak fikir pasal Ins. Nanti dia fikir pasal Ins banyak sangat, otak dia jadi berat sebelah, mulalah jalan senget-senget. Nanti mommy tengok, mommy cancel tak nak buat menantu pula.” Insyirah telan liurnya. Terasa pahit. Lawaknya terasa canggung sekali.

“Ish, budak ni! Orang cakap betul-betul dia bilang main-main pulak.”

“Uish, Ins tak bilang pun, Ins bercakap je. Kalau Ins bilang mesti dah ada nombor 1, 2 sampai la setengah juta ke 1 billion ke?” Sengaja dia berlagak seperti biasa. Mahu sahaja dia meraung. Cukuplah! Dia tidak mahu kenal dengan manamana lelaki lagi. Cukuplah cintanya dikhianati. Hidupnya bukan untuk disakiti. Dia juga punya hati untuk disayangi. Dia punya rasa untuk dicintai.

“Adoi la… Abang! Tengoklah anak abang ni! Peninglah saya. Sudah sudah! Malam ni, Ins kena jumpa dengan Naqib jugak! Muktamad!” Puan Yusra bersuara tegas.

“Daddy, please say something!”

“Dah perkataan muktamad tu terkeluar, so… no objection.” 

Insyirah tayang muncung empat belas incinya setelah mendengar jawapan ayahnya itu.

“Muncung-muncung, sangkut baju hujan baru tau!” Gerutu Puan Yusra.
 ~~~

RASA nak cungkil sahaja biji mata yang melilau itu. Asyik curi pandang je kat dia. Sudahlah gelisah macam orang buat salah.

Sekejap kacau minuman, sekejap ketuk-ketuk meja, sekejap resah semacam.

“Mata awak masuk semut ke?” soal Insyirah tak bertapis.

“Hah?” Melopong Naqib mendengar soalan pelik Insyirah itu.

“Saya tanya, mata awak tu dah berapa ekor semut masuk?”

Naqib tercengang. Hidungnya digaru.

“Dah saya tengok gelisah semacam je. Tengok sana, tengok sini. Nasib baik tak tengok atas sekali.”

 “Oh, saya berdebar tengok awak. Awak cantik sangat malam ni.”
 
Naqib tersenyum-senyum. Naik menyampah Insyirah yang mendengar.

“Gaya macamlah awak kenal saya sebelum ni kan?” cebik Insyirah tak berselindung.

“Saya tak kenal awak sebelum ni sebab saya nak awak kenal saya selepas ni.” Naqib mengatur ayat dalam gugup.

“Sebelum ke selepas ke, sama je. Kalau tak ada sebelum takkan ada selepas dan saya tak berminatlah nak kenal dengan awak. Dah ramai dah orang yang kenal dengan saya. Jadi, rasanya tak perlu lagilah kut. Saya tak suka kenal dengan orang yang terlebih minum gula ni. Nanti kena diabetes. Saya takut!”

“Sombongnya tutur awak ye, Cik Suraya?”  

“Saya tak suka awak.” Senada sahaja kata itu dilontarkan. Untuk apa memberi harapan kepada mamat gelisah di hadapannya itu kalau hatinya tak terlintas untuk memberi. Dia sukakan lelaki yang sentiasa tampil tenang macam Aril? 

Er!

Dia gigit lidah sendiri.

“Awak jangan cakap besar, Suraya.”

“Mana ada saya cakap besar atau kecil, Naqib. Saya just cakap saya tak suka awak. Saya tak suka sembunyisembunyi.”

“Sampai hati awak cakap direct kat saya macam tu. Awak ni tak ada hati dan perasaan ke? Awak tahu tak yang saya ni pun ada rasa malu dan maruah diri?” Naqib sudah mula teresak-esak.

Erk… cengengnya. Macam perempuan!

Mahu saja Insyirah menghambur tawa. Ada juga spesis lelaki begini, sangkanya tiada. 

Dia kerling sekeliling sepintas lalu. Malu pula kalau adegan ini jadi santapan mata-mata yang melihat. “Lelaki apa kalau menangis? Huh, tak gentle langsung,” ucapnya kemudian.

“Saya tak sangka perempuan yang saya gilakan sejak dulu rupanya terlalu tinggi egonya. Awak dah jauh berubah. Mana Suraya yang saya kenal dulu? Yang lemah lembut dan penuh ciri-ciri perempuan Melayu?”

“Sejak bila pula kita pernah jumpa ni? Saya rasa awak dah silap orang ni. Insyirah tak pernah nak jadi lemah gemalai tau. Dan Suraya yang berdepan dengan awak ni pun seorang yang kuat macam harimau.”

“Suraya, saya rindukan awak. Please, saya rayu pada awak. Tolong jadi Suraya saya. Tak boleh ke kalau awak gantikan arwah Suraya saya? Dia mirip awak. Cantik macam awak. Saya betul-betul merayu.” Naqib mengongoi. 

“Awak ni dah miring ke? Ingat saya ni anak tupai? Nak main ganti-ganti pulak? Awak kena terima hakikat yang Suraya awak dah tak ada.”

“Tapi… tapi saya rindu dia. Saya nampak dia dalam diri awak.”

“Jangan nak merepeklah! Saya tak ada masa nak memujuk-mujuk awak bagai. Awak muhasabah diri sendiri kat sini, saya nak balik. Lepas ni, jangan mengada-ngada ingat saya ni arwah Suraya awak lagi.” Tanpa membuang masa, terus Insyirah bangun seraya melangkah keluar.

“Mommy dengan daddy ni dah terdesak sangat ke nak tengok aku kahwin? Entah mamat miring mana, suruh aku jumpa!” Dia mendengus geram.
 ~~~

“INS, bangun!!!” 

“Gempa bumi ke?” tanya Insyirah terbangun separuh badan.

Teringat Puan Yusra berada di rumah, dia garu kepala. Kalau puan besar tu ada kat rumah, mana dia boleh nak memanjakan dirinya di atas katil lama-lama.

Sakit kepalanya akibat terjaga mengejut begitu. Agaknya, speaker apa yang Puan Yusra guna sehingga mampu buat dia bingkas bangun? 

Hujung jemarinya memicit dahi. Memang pantang kalau bangun mengejut seperti itu. Mulalah kepalanya buat hal.

“Umur dah 25 tahun tapi pukul 6.45 pagi pun tak retireti nak bangun ke? Nanti dah kahwin masa mananya nak memasak? Nak bersiap? Nak siapkan suami? Nak siapkan anak-anak? Nak mengemas? Semalam orang suruh pergi blind date dia balik membuta pulak!” Leter Puan Yusra. Kakinya menapak ke tingkat atas. Pintu bilik anak gadisnya itu diketuk. Macam nak tercabut pintu dibuatnya.

“Agaknya tidur tak berpintulah aku kalau lambat lagi bukak ni,” gumam Insyirah sambil menguap. Belakang tangannya menutup mulut.
“Opocot mak kau!” Latah Puan Yusra terperanjat. Mana tidaknya? Pontianak pun boleh terperanjat kalau nampak si Insyirah ini muncul tiba-tiba depan pintu dengan rambut berserabai menutupi seluruh muka. Macam orang tak pernah sikap rambut pula.

“Budak ni! Pengsan suami nanti kalau gaya bangun tidur macam ni.” Puan Yusra sudah bercekak pinggang.  

“Alahai, mengantuknya…” omel Insyirah sambil perlahan-lahan menutup kelopak matanya. Kepalanya terangguk-angguk macam burung belatuk.

“Ya Allah, budak ni! Aku pot-pet pot-pet, boleh pulak dia tidur kat sini? Ingatkan dengar apa yang aku cakap, terangguk-angguk rupanya tersengguk-sengguk! S.U.R.A.Y.A I.N.S.Y.I.R.AH! BANGUN!” 

“Mak kau! Bangun! Bangun!” Latah Insyirah terperanjat. Puan Yusra ni suka betul menjerit. 




Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku