Bab 6 Novel Couple 3 Suku



JANGANLAH kau monyok macam ni. Aku yakin Abang Mikail tu memang sayangkan kau. Insya-Allah, kau akan bahagia,” pujuk Insyirah sambil merenung wajah sugul pengantin perempuan. Muka dah cantik disolek tapi tuan punya badan macam ayam berak kapur. Macam tak ada seri solek.

Aimi mengeluh perlahan-lahan. Kepalanya kemudian diangguk. Seperti mula reda dan pasrah.

“Pandailah kau cakap kat orang. Kau tu dengan Encik Aril tu ada apa-apa ke? Aku tengok kau dengan dia melekat je 24 jam?” tanyanya cuba menceriakan diri sendiri dengan suara serak dek asyik menangis sepanjang malam.

“Melekat? Wow! Sejak bila ada gam yang boleh lekatkan manusia ni?”

 “Gam cinta?” jungkit kening Aimi.

‘Erk!’ Telan liur Insyirah.

“Aku nak blah la kalau macam ni. Tak pe… tak pe… kau tengok la nasib kau malam ni macam mana. Wa blah dulu la beb!”

Laju kakinya diatur keluar. Menuju ke arah sanak saudara yang lain. Walhal, saja buat ayat touching macam tu.

“Ins! Sini jap,” panggil Puan Kasmah.

“Ada apa, Mak Ngah? Ins dah lapar ni. Dah lagu dangdut dah perut ni. Siap tarian poco-poco dah ni,” rengek Insyirah manja.

“Ish, budak ni kan, satu hari tak merepek tak sah!”

Puan Kasmah menggeleng-gelengkan kepalanya. Kepalanya dipicit-picit lagak pening.

“Merepek? Kerepek? Kerepek ubi? Atau kerepek pisang, Mak Ngah?”

“Tu bos kamu kat depan tu sejak tadi duk cari kamu.”

“Erk cari Ins, Mak Ngah? Asal tak suh dia cari kat Google Map je? Search nama Ins kat situ…” Terkekeh Insyirah ketawa.

Puan Kasmah kerut dahi seraya mencekak pinggang.

“Apa kebende budak bertuah ni cakap?”

~~~

INSYIRAH pejam mata sesaat sebelum mencelikkan semula matanya. Dia cuba hadirkan rasa gembira apabila melihat sepupu yang paling dikasihinya tersenyum manis di atas pelamin. Badannya disandarkan kepada dinding. Sebelah kaki seakan-akan menekan dinding dan kedua-dua belah tangan berpeluk tubuh. Nafasnya dihela perlahan.

‘Semoga kau bahagia, Aimi. Perkahwinan kau ni, ibarat satu pertaruhan tapi mungkin kau akan bahagia. Tiada siapa yang tahu apa akan jadi di masa depan,’ hati Insyirah berbisik.

Aril yang sedari tadi memerhati langkah lesu Insyirah, segera mendekati. Jiwanya meronta-ronta ingin menyapa gadis itu. Sehari tidak mendengar suara, jantungnya berteriak rindu.
“Apa perasaan awak bila tengok Aimi bersanding?” soalnya tiba-tiba. Soalan pembuka bicara. Dia mahu dengar suara gadis pujaan hatinya itu.

“Hmm Encik Aril ni ada pintu suka hati doraemon ke, boleh ke sana sini?” gumam Insyirah perlahan.

“Saya tak ada pintu suka hati tapi saya ada pintu hati,” balas Aril seraya menguntum senyuman. Rindu di hatinya terubat.

“Pintu laci ada?”

“Bukan pintu laci je saya ada, buah laicipun saya sanggup cari,” seloroh Aril.

“Buah laici nak buat apa?” cebik Insyirah.

“Buat makan la.”

 “Makan mana ada orang buat.” Insyirah sudah malas nak melayan.

“Kalau tak buat makanan macam mana nak melantak?”

“Beli yang dah siaplah.”

“Makanan tu turun dari langit ke, sayang?”

Sayang? Terus bibir merah jambu Insyirah terkunci. Wajahnya tiba-tiba membahang malu.

‘Aish! Kenapa ni?’ Hatinya mula berdegup kencang.

Aril sembunyikan senyuman melihat reaksi malu-malu Insyirah itu.

‘Ada chance ni!’

“Awak tak teringin nak duduk kat atas pelamin tu ke?” Aril menduga.

“Teringin? Tak. Dari semalam lagi saya dah duduk,” balas Insyirah selamba. Kuku jarinya pura-pura dibelek-belek.

“Eh! Mana boleh orang lain duduk sebelum pengantin guna pelamin tu. Hilang serinya.”

“Saya yang buatkan pelamin tu semalam. Tak tidur saya semalaman tau. Penat.” Tanpa sedar, Insyirah melontarkan  intonasi manja.

“Alalalala… ciannya kat dia. Nak suruh saya urutkan ke?” Aril menyoal dalam nada gatal yang dibuat-buat.

“Lempang kang!”

 “Amboi, garangnya!”

“Pernah rasa kena pelempang tak?”

“Kalau kena tampar boleh lembutkan hati awak untuk saya tak pe juga,” gumam Aril perlahan. Bibirnya sudah tersenyum-senyum.

Insyirah yang melihat sudah terjungkit-jungkit kening. Lantas, telefonnya dikeluarkan.

“Awak nak call siapa?” Laju Aril menyoal.

“Saya nak telefon hospital sakit jiwa.”

“Hah?”

“Dah ada orang kat sini tercabut wayar.”

Meletus tawa Aril.

“Tak malu betul dia ni! Malu la orang duk tengok tu,” desis gadis itu bengang.

Aril pandang sekeliling. Ramai yang menjeling. Ramai juga yang tersenyum-senyum.

“Kalau untuk awak, saya sanggup pergi hardware cari wayar banyak-banyak suruh awak sambungkan.”

“Fuh! Awak ni, tercabut fius!”

“Saya beli fius sekali.”

“Malas saya layan!”

‘Hahaha! Kalau dia tiga suku tak pe, orang tercabut wayar tak nak layan. Nak merajuklah!’ Aril tarik muncung.
Konon-konon merajuk.

Insyirah tahan tawa melihat gelagat manja lelaki itu. Namun, pura-pura tak nampak apa-apa.

Aril jeling Insyirah. ‘Huh! Dia ni! Hati batu. Simen. Kayu. Konkrit!’

“Awak pernah terfikir nak kahwin?” Sengaja Aril menduga lagi. Raup wajah gadis itu yang didandan cantik diperhati dalam diam.

“Hmm... siapa yang tak nak kahwin? Semua orang inginkan keluarga sendiri,” balas Insyirah tanpa nada.

So, bila awak nak kahwin?” Aril gigit hujung bibir. Terlajak soalan. Dia tidaklah sampai kemaruk sangat nak tahu sampai macam tu sekali tapi mulut dia yang lebih laju dari akal.

“Bila sampai masanya, kahwin la saya.”

“Agaknya, bila sampai masa tu?” Mahu sahaja Aril tampar bibir sendiri. Alahai mulut, kenapa laju sangat?

“Bila sampai rombongan meminang ke rumah saya. Mommy and daddy terima pinangan tu, kahwinlah saya.”

“Macam tu je?”

Insyirah angguk. “Saya letih! Penat nak sayang sesiapa lagi. Biarlah sayang dan cinta saya nanti hanya untuk insan
bernama suami je.”

“Hmm?” Jungkit kening Aril. “Maknanya, kalau ada orang pinang awak and then parents awak terima, awak akan
kahwin je dengan orang tu?”

 “Kenapa? Encik Aril nak masuk pinang saya ke? Hahahahaha... esok lusa encik datang rumah saya. Bawa bos dengan puan bos sekali. Confirm saya terima. Hahahahaha adoii, lawak-lawak! Okeylah, Encik Aril! Saya kena layan tetamu ni. Mintak diri dulu!” Seloroh Insyirah seraya berlalu.

Terukir senyuman manis di bibir Aril. Terangka pelan di otaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku