Posts

Showing posts from January, 2019

Free Postage?

Image
Delina dalam perjalanan ke rumah saya!!! Jadi, kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan delina, ini harganya kalau beli sendiri melalui penulis 😉 Rm18 +rm6(semenanjung)|rm10(sabah sarawak) Tapi kalau ambik sekali dengan Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? FREE POSTAGE Mereka ni adik-beradik :p Dua-dua ni sains fiksyen ya 😍 ***boleh juga didapati di kedai-kedai buku, 7eleven dan laman web kadokawa gempak starz  https://shop.gempakstarz.com/MB14-MY Terima kasih 😍😍😍 #MisiBongkarKesMisteri #SharinaElisa #DapatkanSegeraNovelSiriMagikBeandan

Masuk kedai?

Image
See! Dah masuk kedai 😍😍😍 Apa lagi, jom beli!

Nak angpau tak?

Image
Siapa nak angpau? Pi beli dekat kedai kgs sekarang Klik sini untuk pembelian  novel Delina 😉

Panas! Panas! Delina on the way!!!

Image
Tengok ni! Delina dalam perjalanan 🤭🤭🤭 Jadi, kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan delina, boleh bagitahu ya 😉 Rm18 +rm6(semenanjung)|rm10(sabah sarawak) Tapi kalau ambik sekali dengan Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? FREE POSTAGE

Teaser: Delina - 2

“ Dimamah cacing? ” Delina terpinga-pinga.  Otaknya menggeledah data mengenai proses penguraian manusia selepas mati.  “Ah, abaikan si Sera tu! Dia dengkilah tu. Maklumlah mana ada budak lawa masuk sekolah ni.”  PRUT! PRUT! Bau busuk mula merebak. Wajah Zubaidah berubah. Dia yang terkentut segera berlari mencari tandas. Lubang hidung Delina yang dilengkapi deria bau manusia kembang kuncup. Hujung telinganya bergetar. Panggilan daripada ibu pejabat Malaysia Secret Robot Investigator (MSRI) diterima. Dia mula bergerak sendirian dan menjauhkan diri daripadakelompok orang ramai.  “Ada apa-apa yang mencurigakan setakat ini? ” tanya Cynthia dari pusat kawalan inginkan perkembangan.  “Aku menerima maklumat satu kes kematian berlaku minggu lepas di mana seorang mangsa terjatuh dari aras dua akademi ini. Punca kejadian masih tidak diketahui.” Delina membuat laporan. “ Aku bukannya suruh kau jadi wartawan. Misi kau selidik dan siasat siapa yang lakukan jenayah dan apa motifnya! ” Cynthi

Self Healing - Delina

Image
Gais… tahu tak apa benda ‘self healing’ tu? 🧐 Ha… meh min cerita sikit. ‘Self healing’ ialah struktur bahan yang mampu pulih kembali kepada bentuk asal di bahagian dalam dan luar setelah berlaku kerosakan seperti retak atau kemek. Tapi mesti korang curious apa kena mengena ‘self healing’ dengan kisah ni kan? 👀 Kalau korang nak tahu, kejap lagi novel DELINA karya Sharina Elisa ni akan keluar di pasaran tau! 😍 #MisiBongkarKesMisteri #SharinaElisa #DapatkanSegeraNovelSiriMagikBean

Aku Dari MSRI - Delina

Image
Tanggunggjawab dan tugas yang digalasnya bukan biasa-biasa. Macam mana Delina mampu tangani kes pembunuhan menghantui penghuni Diamond Academy saban malam Jumaat? 😲 Mampu ke dia bongkar rahsia ngeri yang bagai diatur teliti oleh si pembunuh? Kadangkala dia seperti sengaja dipermainkan. Arghhh… apa nak buat? Itulah tujuan dia dicipta!😓 Fuh… persoalan demi persoalan belenggu otak admin ni? Korang tak teringin nak tahu??? 🧐 #AkuPerisik #SiapaDalangSebenar? #SiriNovelRinganMagicBeanTerkini

Teaser: Delina - 1

Sera merasa terganggu mendengar kicauan burung. Laju tangannya menyambar haiwan bertubuh kecil sambil tersenyum sinis. Tangan kanannya menekup kepala si sambar biru manakala sebelah lagi memegang badan. Dua bahagian badan berlawanan burung naif itu ditarik hingga putus dua. Habis darah menitis di atas meja dan terpercik pada buku Delina. “Sera!” “Burung ni memekak!” Sera mencampakkan haiwan yang sudah tidak bernyawa ke luar jendela. Delina tidak pasti perasaan yang sepatutnya dia pamerkan pada waktu sebegini tetapi dia yakin perbuatan gadis itu boleh disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusian. Sera menjeling ke arah Delina. Dia pasti wajah tampak tenang itu sebenarnya menggigil melihat perbuatannya.  “Kau kotorkan buku aku.” Nada Delina sekata. Tidak mahir menutur nada marah. “Bukan salah aku!” Sera mencebik.  “Salah kaulah! Kalau kau tak bunuh burung tu, buku aku tak kotor.” Delina tidak puas hati.  “Kalau burung tu tak masuk dalam bilik ni, buku kau mahupun buku aku.

DELINA Aku Antropomorfik

Image
Sera todak beriak. Gadis itu berdiri di sebelahnya seolah-olah lupa langsung amarah tadi. "Jatuh ke?" "Entah. Tapi orang kata, otak lembu kalau sedut waktu segar, sedap. Otak manusia mesti lagi sedap, kan? Sayang betul. Boom! Berkecai," Kata Sera sambil tangannya membuat aksi seperti letupan. Tregedi bunuh diri setiap malam Jumaat berlaku tanpa sebarang bukti. Delina, robot perisik dari Malaysia Secret Robot Investigator (MSRI) ditugas menyiasat bagi membongkar misteri pembunuhan di Diamond Academy. Namun kematian terus berlaku seolah-olah mencabar Delina sehingga dia buntu. Adakah dia sedang bermain permainan yang dia sendiri adalah mangsanya?