Teaser: Delina - 2


“ Dimamah cacing? ” Delina terpinga-pinga.
 Otaknya menggeledah data mengenai proses penguraian manusia selepas mati.
 “Ah, abaikan si Sera tu! Dia dengkilah tu. Maklumlah mana ada budak lawa masuk sekolah ni.”
 PRUT! PRUT! Bau busuk mula merebak. Wajah Zubaidah berubah. Dia yang terkentut segera berlari mencari tandas. Lubang hidung Delina yang dilengkapi deria bau manusia kembang kuncup. Hujung telinganya bergetar. Panggilan daripada ibu pejabat Malaysia Secret Robot Investigator (MSRI) diterima. Dia mula bergerak sendirian dan menjauhkan diri daripadakelompok orang ramai.
 “Ada apa-apa yang mencurigakan setakat ini? ” tanya Cynthia dari pusat kawalan inginkan perkembangan.
 “Aku menerima maklumat satu kes kematian berlaku minggu lepas di mana seorang mangsa terjatuh dari aras dua akademi ini. Punca kejadian masih tidak diketahui.” Delina membuat laporan.
“ Aku bukannya suruh kau jadi wartawan. Misi kau selidik dan siasat siapa yang lakukan jenayah dan apa motifnya! ” Cynthia memandang beberapa skrin maya sekali imbas. Laju jari-jemarinya berlari di papan kekunci maya.
 “Baik, puan.”
“Pastikan kau recharge energy. Jangan sampai kau breakdown pulak!”
“Selagi matahari ada, selagi itu aku masih berfungsi, puan.”
“Tahulah kau tu pakai tenaga solar tapi kalau tiga empat hari asyik mendung, kau nak terbongkang dalam bilik asrama tu je ke? Atau terperangkap kat mana-mana tak boleh bergerak?” Cynthia menjegilkan mata. Banyak cakap pula robot ciptaannya itu. Semakin ditambah input, semakin banyak idea untuk melawan setiap tuturnya.
 “Baik, puan. Arahan diterima.”

Bakal berada di pasaran tak lama lagi 😍😍😍

#MisiBongkarKesMisteri #SharinaElisa #DapatkanSegeraNovelSiriMagikBean #delina

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u