Teaser: Delina - 1

Sera merasa terganggu mendengar kicauan burung. Laju tangannya menyambar haiwan bertubuh kecil sambil tersenyum sinis. Tangan kanannya menekup kepala si sambar biru manakala sebelah lagi memegang badan. Dua bahagian badan berlawanan burung naif itu ditarik hingga putus dua. Habis darah menitis di atas meja dan terpercik
pada buku Delina.
“Sera!”
“Burung ni memekak!” Sera mencampakkan haiwan yang sudah tidak bernyawa ke luar jendela. Delina tidak pasti perasaan yang sepatutnya dia pamerkan pada waktu sebegini tetapi dia yakin perbuatan gadis itu boleh disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusian. Sera menjeling ke arah Delina. Dia pasti wajah tampak tenang itu sebenarnya menggigil melihat perbuatannya.
 “Kau kotorkan buku aku.” Nada Delina sekata. Tidak mahir menutur nada marah.
“Bukan salah aku!” Sera mencebik.
 “Salah kaulah! Kalau kau tak bunuh burung tu, buku aku tak kotor.” Delina tidak puas hati.
 “Kalau burung tu tak masuk dalam bilik ni, buku kau mahupun buku aku... takkan kotor. Dan kalau kau tak buka buku kau tu, ia takkan terkena darah burung! Jadi, bukanlah salah aku!” Sera menjongket bahu.
“Tapi kau yang seksa burung tu sampai mati.” Delina berkeras. Dia cukup tidak faham dengan perangai Sera. Sudah jelas gadis itu bersalah tetapi masih mahu menuding orang lain pula.
“Tak payah nak bisinglah! Burung macam tu berjuta lagi kat dunia ni. Aku cuma membantu kurangkan kadar populasi. Kalau dia tak mati kat tangan aku, nanti kena baham dengan pemangsa semula jadi, tamat juga nyawa dia!”
Sera menyiat helaian bukunya yang kotor. Dikeronyok lalu dilempar ke dalam bakul sampah. Tisu dalam almari besi ditarik beberapa helai dan digunakan untuk mengelap meja.
“Mental!” Delina menggumam. Dia bangun dan berkira-kira mahu keluar dari bilik. Tidak berminat untuk mendengar
Sera merapu.
“Apa kau cakap?” Sera mengeraskan nadanya. Baju bahagian belakang Delina direntap dan sepantas itu sekujur badan robot terhentak atas lantai. Namun seperti ada kuasa magnet amat kuat, telapak kaki Delina lurus mencengkam lantai sebelum badannya terangkat sendiri. Tepat pada sudut 90
darjah.
 ‘Dia ni bukan manusia? Mustahil manusia boleh merentap badan aku yang penuh dengan logam ni?'

Klik link untuk membuat pembelian. https://shop.gempakstarz.com/MB14-MY
Terima kasih 😍😍😍

#MisiBongkarKesMisteri #SharinaElisa #DapatkanSegeraNovelSiriMagikBean

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u