Bukan Bisikan 9 & 10
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*9*
*10*
*9*
CERAIKAN saya atau saya akan tuntut
FASAKH
Terus button send ditekan.
Kali ini
biar dia bertegas. Nampaknya cara berlembut langsung tidak mendatangkan
kebaikan. Malah, harganya dirinya dilambung dipijak.
Irfad Hakimi
yang sedang leka dengan kerja-kerjanya terperanjat apabila Sony Ericsonnya bergetar.
Whatt??
Gila!!
Perempuan ni!!
Tombol pintu
biliknya dipulas kasar. Sekali lagi dia terperanjat apabila kelibat bengis
Aiman Haikal muncul di dalam biliknya.
Huh! Budak
miskin ni nak apa lagi ni?
Terus dia
bangun. Mendekati si jejaka yang membara mengalahkan panasnya gunung berapi.
“Kau datang
sini, apahal?” terus disergahnya kasar.
Dicekak
kasar kolar baju Irfad Hakimi. Kuat direntap semula oleh Irfad Hakimi.
Diperbetulkan kedudukan bajunya.
“Kau datang
sini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernah berurusan dengan orang
macam kau! Orang miskin macam kau ni, tak layak nak pijak lantai pejabat aku
ni! Buat kotor je!”
“Ya, aku
miskin! Tapi lebih baik dari kau yang miskin segala-galanya! Miskin ilmu!
Miskin budi bahasa! Miskin penglihatan pada kaca mata yang sebenar! Aku
ada urusan dengan KAU!”
Dahi Irfad
Hakimi ditunjal kuat.
Terundur
kebelakang lelaki itu jadinya.
Lelaki
lawannya lelaki! Apahal nak tunjuk jantan depan perempuan? Nak tunjuk hebat
dengan perempuan?
“Urusan apa? Urusan nak ganggu wife aku lagi?”
Aiman Haikal
pura-pura menghamburkan tawa.
“Wife? Apa ke lawak wife! Layak ke kau panggil dia isteri kau?”
Ketawa
mengejek.
Irfad Hakimi
‘panas’.
“Kau nak
apa, hah?”
“Kau ni,
bukan lelaki kau tau! Kau binatang!!”
Perut Irfad Hakimi ditumbuk.
Terjatuh lelaki itu ke atas sofa.
Irfad Hakimi
mengerang kesakitan.
Kalau kau
tak reti nak jaga Mia, ceraikan dia. Aku akan kahwin dengan dia. Jadikan isteri
aku. Kalau dia tak mahu, jangan nak perkosa dia! Dia manusia! Lebih tepat
lagi isteri kau!”
Dah pandai
betina tu mengadu kat jantan lain! Siap kau aku balik nanti! Betina sial!
“Kurang
ajar, kau!” diterkam Aiman Hakimi.
Bergelut
mereka seketika.
Aiman Haikal
geram. Terus dikunci pergerakan lelaki itu. Tidak berikan peluang lagi.
“Kalau kau
tak mahu kena lagi, kau ambil laptop kau sekarang. Buka blog Mia aka bini kau
kononnya tu ..,” arah Aiman Haikal lantang seraya melepaskan kasar badan Irfad
Hakimi.
Auch!
Sakit badan-badan aku!
Cepat-cepat,
Irfad mencapai laptopnya. Seminit kemudian, mukanya didongakkan. Memandang
tepat ke muka Aiman Haikal.
“Cepatlah!” Aiman menjerit.
Terketar-ketar
jari Irfad Hakimi. Gerun dengan wajah bengis Aiman Haikal.
“Erk .. aku
tak tahu link blog dia,”
Aiman
membuntangkan matanya. “Macammana kau boleh jadi laki dia nih?”
“Dia keluar this blog is open to invited
readers only .. If you are a reader of this blog,
tell us who you are! Sign in using your Google Account,”
“Dah tu? Sign in jelah,”
“Password?”
“Kau nikan!! Bikin aku panas je. Huh! Taip smile
..,”
“Kejap! Loading,”
Aiman
Haikal mendengus kasar.
Diam
je? No respon?
Reaksi
daripada jejaka berkemeja putih kemas bertali leher coklat dikerlingnya tajam.
“So?” soal Aiman Haikal sepatah.
Malas
membuang masa.
Irfad Hakimi mengangkat mukanya. Memandang tepat
ke muka Aiman Haikal yang sejak tadi menunggu bibirnya meluahkan bicara.
Bergenang mutiara jernih di tubir matanya.
“Aku tak
tahu apa yang aku dah buat selama ni. Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah ... Aku
bersalah dengan Mia .. aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyak
lukakan hatinya ... aku .. aku .. aku layan dia macam .. macam perempuan
murahan .. aku .. aku tak tahu .. kenapa aku tak pernah nak tanya dia kenapa??
Silap aku!! Semua silap aku .. tadi .. dia paksa .. dia paksa aku ceraikan
dia,”
Menitis air
mata si ego selama ini. Kalah pada kenyataan yang benar.
Senyuman
sinis terukir dibibir Aiman Haikal. Tangan disilangkan ke dada lalu punggungnya
dilabuhkan ke sofa. Automatik, kakinya disilangkan.
Lagak bos
besar sahaja gayanya.
“Memang patutpun
kau ceraikan dia,”
Dijeling
jejaka yang masih lagi pegun dimeja pejabatnya sebelum menyambung bicara.
“Lepas kau
ceraikan dia, aku akan hantar rombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kau tak layak untuk perempuan sebaik dan
secantik dia,” sinis sahaja nada Aiman Haikal.
“Kau yang
tak layak untuk dia!!” naik nada Irfad Hakimi seoktaf. Berani!
“Kau tahu
tak taraf kau dengan dia ibarat langit dan bumi. Setakat kau, pemilik kedai
mana layak dengan anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kau hanya
tertarik pada paras rupanya,”
“Kau tahu?
Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja dengan kemewahan tapi
melayannya dengan kasar dan selalu lukakan hati dia. Kau buat macam tu, kau
fikir kau layak untuk terus jadi suami dia? Aku tahu! Aku hanya ada sebuah
kedai yang menampung hidup aku selama ini tapi aku rasa aku berganda-ganda
lebih baik daripada kau yang bergunung-gunung hartanya .. and one more thing .. ya, aku jatuh cinta dengan dia kerana paras
rupanya yang jelita .. tapi kau? Kau ikhlas cintakan dia??”
“Ya. Memang
aku ikhlas cintakan dia!!”
“Hotak kau
ikhlas!! Bila kau tahu yang dia bukannya anak dara kau layan dia macammana??
Kau dah lupa apa yang kau dah buat kat dia?? Kau tahu kau dah buat dia sudah
tak percayakan cinta lagi. Kau tahu??”
Dihentak
kuat meja kaca dihadapannya. Kuat. Berderai pecahnya.
Terbeliak
mata Irfad Hakimi memandang. Geram bermaharajalela namun, dia hanya mampu mendiamkan
diri. Tidak berani untuk terus bersuara. Bimbang dirinya dipukul lagi.
“Aku nak
cari dia ! Aku nak minta maaf. Nak dia kembali disisi aku,” ujarnya antara
dengar dan tidak. Semangatnya tiba-tiba menjadi lemah.
Aiman Haikal
gelak jahat.
“Nak ke dia
kembali kepada kau?” ujarnya seraya mengatur langkah keluar.
Tak guna!!
Gumam Irfad
Hakimi bengang.
Comments