Couple 3 Suku

Bakal terbit: Oktober 2016


*1*

Aimi Suhana mengetap bibirnya geram. Lagi bengang apabila melihat Suraya Insyirah yang sedang ketawa geli hati. Suka sangat bila dia tidak berjaya mengejar.
“Siap kalau aku dapat kau! Aku gigit telinga kau! Biar jadi sup!” ugut Aimi Suhana sambil bercekak pinggang.
Makin terkekeh Suraya Insyirah ketawa dibuatnya.
“Kalau telinga dijadikan sup, jadi sup telingalah? Kau dah makan sup telinga ke? Tahi telinga macam mana? Masak sekali ke?”
Sengaja Suraya Insyirah melayan sehingga kembang tekak Aimi Suhana membayangkan kuah sup yang dipenuhi dengan tahi-tahi telinga. Mahu termuntah dia.
“Uwekkk!”
Aimi Suhana tahan mulutnya dengan telapak tangan. Cuba menghalang muntahnya daripada terkeluar. Tergesa-gesa dia hendak ke tandas. Tersadung kakinya. Tersepak bantal kusyen yang bersepah di atas lantai. Tersemban pula ke badan sasa Mikail Haziq yang masih mamai.
“Suhana!” jerit Mikail Haziq terperanjat apabila habis basah bajunya dek muntah si tomboi itu.
Matanya dipicingkan ke arah adik sepupunya. Si Suraya Insyirah ni suka betul menyakat.
“Ni apa pula yang dia buat sampai termuntah-muntah ni?
“Adoi, budak-budak bertuah ni!”
Mikail Haziq tepuk dahi. Nakal tak ingat dunia. Perangai macam budak darjah tiga. Aimi Suhana lekas-lekas bangun.
“Kejap lagilah Aimi minta maaf dengan abang. Nanti, Aimi cuci baju abang tu!” laung Aimi Suhana sambil berlari ke tandas.
“Err ... Sakit perut! Sakit perut! Tandas! Tandas mana tandas?” soal Suraya Insyirah kalut.
Idea mahu melarikan diri. Kelima-lima jari halusnya menutup mulut. Menyembunyikan tawa daripada terus meletus keluar.


Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH