NOVEL Bila Cinta Milik Dia




Bakal muncul di pesta buku disember nanti, Insyaallah. Di bawah terbitan siapa, biarlah rahsia dulu :p
“Aucak!” usik Maliqi mengagah sebaik sahaja menguak daun pintu bilik Rania.
Terjerit kecil Rania dek terkejut. Mini skirt yang dipegang, tercampak ke atas lantai. Dia ketap gigi.
‘Inilah jadinya kalau terlupa nak kunci pintu. Iqi ni, memang suka betul aci sergah saja masuk ke dalam bilik! Tak beragak!’ monolognya tidak puas hati.
Terbuntang Maliqi melihat gadis itu sedang mengemaskan pakaian.
“Kau nak lari dari rumah ke?”
Rania berpeluk tubuh dengan matanya mencerlung tajam. Tanda tidak suka lelaki itu pakai main serbu sahaja.
“Boleh aku masuk?” tanya Maliqi meminta kebenaran.
“Reti pulak nak minta kebenaran?”
Maliqi ketawa kecil. Dia menyandarkan badannya ke muka pintu sambil berpeluk tubuh.
“Sorry.”
“Lain kali jangan serbu camtu. Mahunya aku menyeksi, kau pulak yang pengsan!”
Maliqi tepuk dahi. Perempuan bernama Rania ni bukan ke yang sepatutnya rasa malu?
“Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni?”
“Aku ada misi.”
“Misi? Misi apa?” tanya Maliqi, tercengang.
“Misi mencari suami.”
“Hah?”
Rania keluarkan pakaian-pakaiannya dalam almari dan sumbat ke dalam bagasi.
“Aku tak faham. Kau nak ke mana ni?”
“Terengganu.”
“Buat apa?”
“Kan aku dah cakap. Nak cari suami.”
“Kepala kau ni dah tak betul ke? Ada wayar tak bersambung, eh?”
“Kau ni nak ke luku ke? Suka-suka hati cakap macam tu kat aku?”
“Dah tu, sampai ke Terengganu nak cari suami. Aku depan mata ni, kau tak nampak?”
Maliqi gelak. Rania pura-pura gelak sebelum ketawanya mati. Dia pandang Maliqi dengan riak serius.
“Oit, jangan pandang macam tu! Tembus sampai ke hati.”
Maliqi gelak lagi. Rania menggeleng kemudian, mengeluh.
“Malas nak melawak. Malas nak gelak. Kau punya pasallah ni.”
“Apa kaitan dengan aku pulak?”
Rania bangun dan mendekati Maliqi.
“Mama dengan papa bagi cadangan tak masuk akal. Ada ke patut mereka cadangkan supaya aku ni menikah je dengan kau.”
Maliqi jungkit kening.
“Cuba kau fikir. Logik ke cadangan tu? Langsung tak logik!”
“Tang mana yang tak logik? Aku ni tak cukup sifat manusia ke?”
“Kau tu abang aku. Sejak bila adik-beradik boleh menikah?”
Maliqi mengangguk-angguk tanda faham sebelum tangannya mengosok-gosok rambut Rania. Sengaja!
“Iqi!” jerit Rania geram.
Habis serabai rambut jadinya. Rania memuncung geram. Mata Maliqi tertancap pada bibir Rania yang berkilat itu. Malam-malampun nak kena pakai shine lipstick ke?
“Depan lelaki lain, jangan muncung macam tu.”
Maliqi palingkan wajahnya ke arah lain. Dia terbatuk-batuk.
“Kenapa?” tanya Rania bingung.
“Kalau orang larang tu, janganlah buat. Dah ni, mama dan papa tahu kau nak ke Terengganu?”
“Mereka tahu.”
“Tapi kenapa pilih Terengganu?”
“Sebab Nis tinggal kat sana. Dia cakap nak tolong carikan kerja.”
“Pergi sana, kerja jugak? Habis, kerja kau kat pejabat, siapa nak buat?”
“Kau kan ada?”
Rania ketawa geli hati. Suka hati dia melihat wajah cemberut Maliqi.
“Nia, serius ke ni?” tanya Maliqi bertukar nada.
Intonasinya mula serius. Rania angguk.
“Aku nak buktikan dekat mama dan papa yang aku boleh cari calon suami sendiri. Aku boleh dapatkan cinta sejati. Mama ingat aku cakap kosong agaknya?”
“Kalau dengan muka cantik macam tu, memanglah senang nak dapat jodoh.”
Rania menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. Dia kembali ke almari pakaiannya. Beberapa helai pakaian yang bersaiz amat besar dikeluarkan.
“Aku dah tempah yang ni!” tunjuk Rania sambil gelak.
Jatuh rahang Maliqi. Lagi terperanjat lelaki itu apabila Rania menunjukkan beberapa set alat mekap kepadanya.
“Apa maksud kau ni?”
Rania senyum sambil menjungkit-jungkit bahu.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH