Siapa nak order novel BILA CINTA MILIK DIA, boleh PM saya ya. Saya nak order dengan penerbit ^_^ 

“Aku bimbang sebenarnya. Kalau aku balik, aku takut mama dengan papa dah tak bagi aku buat semua ni lagi.”
“Baguslah tu kalau tak bagi. Akukan ada. Apa susah-susah nak cari calon suami lagi? Cuba kau bagitahu aku, apa yang kurang dengan aku ni?” seloroh Maliqi sambil matanya memandang lurus ke arah jalan.
Rania mencebik.
“Tak lawakpun. Nak gelakpun rasa malas. Kau ni, asal hujung minggu je datang jenguk aku. Kau tak rasa bosan ke?”
“Taklah. Mana ada.”
“Kalau macam tu, akulah yang bosan tengok kau.”
“Hah? Ish, kau ni! Sampai hati betul cakap macam tu kat aku.”
“Itu baru sampai hati, kalau sampai kaki, tak ke naya kau?”
Maliqi tertawa kecil.
‘Rania! Rania! Macam manalah aku tak jatuh suka dekat kau?’ Maliqi senyum dalam hati.
“Aku ada benda nak cakap dengan kau tapi nantilah aku bagitahu. Hmm.. sekarang ni, apa perkembangan misi kau?”
“Aku buat deal dengan seorang doktor ni. Dia cakap dia hasilkan produk empat dalam satu. Menguruskan, mencantikkan, memudakan, dan memutihkan.”
“Kau deal untuk apa?”
Maliqi tidak faham. Gadis itu hendak kurus macam mana lagi? 43 kg pun masih nak kuruskan badan lagi? Tak cukup cantik? Tak cukup putih?
“Aku rasa dah penghujungnya aku buat macam ni. Rasanya, sampai bila-bilapun aku takkan jumpa calon suami kalau macam ni. Tapi sekurang-kurangnya, aku tahu. Semua lelaki yang aku kenal, semuanya plastik. Pandang kecantikan je.”
“Akupun termasuk? Sebab tu aku tak termasuk dalam senarai calon pilihan hati kau?”
“Kau nak kena hempuk dengan aku ke tanya soalan luar alam macam tu?”
“Alah, aku dengan kau bukannya adik-beradik betul-betulpun. Boleh menikah apa?” jawab Maliqi sambil mengembungkan pipinya.

Blurb:
Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.
Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.
Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.
Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka.
Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama.

Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? - Maliqi
Aku ada misi - Rania
Misi? Misi apa? - Maliqi
Misi mencari suami - Rania

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku