Teaser Bila Cinta Milik Dia



“Hujan macam ni, kau nak balik dengan motor?” soal Raqib terperanjat melihat Rania sudah siap memakai baju hujan.

“Habis tu? Dah aku datang dengan motor. Memanglah balik dengan motor jugak! Macamlah aku boleh tahu hari ni nak hujan ke tak, kan?”

“Dah-dah! Mari aku hantar.”

“Eh, tak payahlah! Lagipun, rumah aku dekat je.”

“Janganlah degil sangat. Orang nak tolong hantarkan pun susah ke?”

“Aku tak nak susahkan kau.”

“Memang menyusahkan akupun.”

Rania ketap gigi.

‘Sampai hati betul mamat seorang ni sungguh berterus-terang! Tak perlulah nak jujur sangat jawapan tu!’
Dia hidupkan enjin motor. Raqib yang berpayung menghampiri motor Rania. Enjin motor dimatikan. Kunci motor ditarik keluar lalu, dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Dah! Naik kereta aku. Kau suka ke orang lain tengok badan gajah kau ni bila basah kena hujan?” perli Raqib sambil menjeling bentuk badan Rania.

Rania bercekak pinggang. Lelaki seorang ni memang tak reti nak jaga mulut!

“Bagi balik jelah kunci aku tu!”

Raqib buat tidak endah. Menonong dia masuk ke dalam kereta. Mahu tak mahu, terpaksalah dia menumpang kereta si Raqib tu.

“Hilang motor aku, siap kau!”

“Kau tu yang patut berterima kasih dekat aku. Sebab aku sanggup cemarkan kereta aku ni sebab nak tumpangkan kau. Kau tu patut rasa beruntung. Dapat naik kereta dengan orang hensem macam aku ni!”

Rania mencebik. Rasa hendak termuntah pula dia mendengar lelaki itu memuji diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH