Lagi Review Novel NALAR

01/09/2017

NALAR
SHARINA ELISA
SO PUBLISHING / 268 ms

serius, sangat suka dengan idea cik puan penulis Sharina Elisa. sesuatu yang segar dan teruja dari awal sehingga akhir helaian. sikit jer la. pembahagian kisah agak tidak seimbang bagi akak. kan best bila fella dan fathul berumur 25 tahun itu kisahnya lebih banyak diaksikan dan dikomputerkan.. hehe...

fella, bayi yang ditanam cip di dalam otak oleh kedua ibu bapanya punya kepintaran yang luar biasa. cip tersebut tidak boleh dikeluarkan. dia dibela oleh doktor imanina bila ibu bapanya dibunuh dan mereka berdua berlagak seperti lelaki kerana tidak mahu dikesan.

fella, berumur 4 tahun tapi tidak seperti rakan sebayanya yang baru belajar mengenal huruf. selain dari kepintaran luar biasa yang ada, doktor imanina turut melengkapkan fella dalam keadaan sentiasa bersedia dengan segala bentuk seni mempertahankan diri termasuk menembak dan memanah. mereka juya tinggal dirumah yang fully computerised dengan segala bentuk keselamatan yang ada.

pembaca yang mahukan kisah moden tapi santai dan ringan mungkin akan rasa cukup dengan olahan penulis ini tapi akak ni kan tamak, akak berasakan yang sebenar cik puan penulis mampu menghasilkan olahan yang lebih meletup. yang ini boleh dikatakan sekadar surface cuit-cuit manja jer tau. kalau cik puan penulis olah lebih dalam dan konfliknya lebih berat dengan penjahatnya yang lebih kejam, wahh... the best novel terbitan SO Publishing tahun ini.. even, ini adalah salah satu masterpiece yang boleh dibanggakan.

fella dan fathul, mereka dalam pelarian  setelah ayah fathul yang baik hati, tuan firhan dan abang fathul yang pentingkan diri sendiri, azhan ditembak mati oleh penjahat yang mahukan fella. adalah fella berjaya melunaskan dendamnya? rahsianya sebagai seorang gadis bagaimana pula sedangkan dia ke mana-mana sentiasa bersama fathul.  kejahatan di mana-mana dan ketamakan juga sentiasa ada. jaga diri, jaga hati dan Allah sentiasa ada...

bintang? 🌟🌟🌟🌟

#162/2017
#oneofthebestnovel2017
Buku SO

Comments

Popular posts from this blog

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u

Review Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Farhain

Novel Soul OFFICIAL COVER