Teaser: prolog (Nalar)





“Mereka nak cip ni!”

Prof. Amelia ketap gigi. Kenapa payah sangat suaminya nak faham? Memanglah mereka sama-sama usahakan tapi kalau boleh mengancam keselamatan, buat apa?

“Tak, Lia! Abang tak mungkin sia-siakan usaha kita selama ni.”

“Tapi mereka nakkan cip ni! Dah berapa ramai yang mereka bunuh sebab nakkan benda ni! Abang, sebelum semuanya terlambat, kita musnahkan je. Biar tak ada seorang pun yang dapat. Kalau mereka dapat, bukan sahaja Malaysia, tapi satu dunia boleh musnah!”

Prof. Amelia gengam penumbuknya kuat. Kalaulah di hadapannya itu bukan suami, sudah lama dia layangkan penumbuk. Susah sangatkah mahu hadam  apa yang dia cakap?

“Tak! Tak! Tak boleh! Kita kena fikirkan cara lain!”

Prof. Farhan berkeras. Imanina duduk menghadap beberapa skrin komputer di hadapannya. Mengawal keadaan di sekeliling. Bimbang ada penceroboh.

“Cara macam mana lagi?”

Prof. Farhan pandang bayi yang sedang lena di dalam buaian. Pandangannya beralih kepada Imanina. Akal geniusnya pantas berfikir sesuatu.

“Kita implankan cip ni dalam otak anak kita.”

“Apa? Abang dah gila?”

“Tak! Ni saja caranya.”

“Kalau mereka tahu, mereka takkan teragak-agak bunuh Fella! Abang tak sayang nyawa anak perempuan kita?”

Prof. Farhan sentuh jari-jemari isterinya. Pandangan mereka bertaut.

“Percayakan abang. Abang tahu apa yang abang buat. Mereka takkan tahu kalau kita tak buka mulut.”
Prof. Amelia mengeluh. Dia mengangguk, lambat-lambat.

#prolog
#5babawalnalar
#nalar
#sopublishing

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH