SOUL & LIFE AFTER DEATH

 





💞 PRE ORDER KINI DI BUKA 💞

KEJOU BOOK & RC PUBLICATION 💞💕 GABUNGANMANTAP
)🌟 Free Gift 200 orang terawal (pembelian terus menerusi kejouPenerbitan Kejou Book
❤️❤️
LIVE AFTER DEATH - Adhara syakil
Pernah kau rasa diri kau diperhatikan sedangkan kau berseorangan dalam bilik? Pernah kau bayangkan dunia yang mempunyai tujuh dimensi ini bersatu dengan hanya pandangan mata?
​Mungkin kau fikir ini cerita hantu, tetapi kau silap. Memang mataaku istimewa tapi ada yang lebih istimewa dari mata aku. Dia, gadis yang aku tak tahu muncul dari mana, tetapi sekali pandang, terus menyelinap pada saraf hati.
​Hadirnya dia melekakan aku, dia bimbing aku keluar dari realiti dan masuk ke fantasi dia dan aku. Siapa dia? Itu yang sedang aku cari. Di sebalik kewujudan dia dalam hidup aku, aku tahu dia perlukan aku. Untuk apa, aku tak pasti.
​Tanpa aku sedar, niat aku bukan sekadar menolongnya. Niat aku untuk mendekatinya kerana aku suka jantung aku mengepam darah laju. Otot pipi pula akan suka buat senaman senyum dan paling penting, hati aku penuh dengan wajah dan nama dia hinggakan aku dibutakan oleh cinta dia.
​Ternyata, realiti itu pahit. Kenyataan yang menghentam aku buat hati aku hancur. Sekelip mata, aku rasa aku tak patut hidup, sungguh.
​“I love her but she doesn’t exist.” – HAZEEM ZULFAHMI
💚💚
SOUL - SHARINA ELISA
“Mesti kau ingat kau ni manusia, kan?”
Elva terperanjat. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang.
"Kau ni siapa? Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa?”
Adam ketawa lagi. “Serius kau ingat kau manusia?”
Elva mahu pergi. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lelaki seperti Adam mesti seorang yang gila. Kalau dia bukan manusia, habis dia golongan apa? Hantu syaitan?
Elva, puteri bunian yang dibesarkan oleh manusia. Kerana satu insiden, dia telah dihumban ke dalam penjara.
Adam, si panglima bunian yang telah lama memerhati. Hadirnya dia demi satu amanah yang besar. Dia telah ditugaskan untuk membawa Elva kembali ke dunia asal.
Kalau kita bukan manusia, kita ni apa? – Elva
Bunian - Adam
💘💘💘
Berminat whatsapp :

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u