Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy







07/02/2019

DELINA AKU ANTROPOMORFIK
SHARINA ELISA
MAGIC BEAN / 312 ms



mula-mula akak cari, apa maksud antropomorfik. uuiii... sepanjang hidup, tak pernah jumpa perkataan tu. nak sebut pun tergagap tau. ok, bila dah tahu maksud baru best nak baca. dan memang akak tak salah duga, karya penulis muda Sharina Elisa memang tak pernah mengecewakan. korang yang suka baca kisah yang bukan biasa-biasa boleh cari karya penulis cantik ni.

delina, diarahkan ke diamond academy kerana setiap minggu ada saja kematian yang berlaku. dia dapat mengesan tapi masih tidak dapat sabitkan kesalahan pada sesiapa. uniknya kisah ini, korang memang payah nak agak siapa dalang sebenar. boleh kata sama saja halimunan dengan penjenayah yang lakukan semua pembunuhan. suspek seperti sera, yang tak punya perasaan memang boleh dicurigai, tapi betul ke teman sebilik delina tu yang lakukan semua? tapi bagaimana, sebab pembunuhan tetap berlaku walaupun sera ada depan mata delina?

cantik perjalanan kisah, walaupun ada rasa naik angin juga bila baca kematian demi kematian tetap berlaku tapi tak ada tindakan dari ku ali, pemilik akedemi. lebih senang percaya pada kefahaman tahyul yang berleluasa iaitu siapa saja yang masuk dalam akedemi tak boleh keluar dah kerana sumpahan kematian tetap akan mengekori dan terus libatkan keluarga. adoi! pihak berkuasa pun buntu. kejahatan yang dirancang sangat sempurna!

watak robot delina, sebagai peneraju utama kisah mampu mengerakkan seluruh hala pandang pembaca padanya. walaupun kisah di diamond academy macam lenyap begitu saja, tapi watak utama ini mampu bawa pembaca ke fasa seterusnya tanpa fikirkan, eh.. dekat akademi tu apa yang jadi seterusnya? jangan risau. akhir nanti tau juga apa jadi.

dendam. perasaan dalam jiwa manusia yang senang tumbuh bila ada perasaan tak puas hati, bila ada rasa terpaksa dan bila sesuatu yang dimahukan tidak dapat dipenuhi. dendam inilah barah yang paling bahaya sebenarnya. tahniah penulis untuk comparison yang sangat menarik antara manusia dan robot. sesempurna mana pun ciptaan manusia, tetap tidak mampu menyaingi kejadian manusia itu sendiri.

bintang? 🌟🌟🌟🌟

#27/2019
Siri Novel Ringan Magic Bean
#ReviewMagicBean
#cabaranbacanovel2019
#malaysiamembaca
#KLWBC2020

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH