Review Novel Kekal Abadi (Siri Novel Ringan Magic Bean)





#129/2020
18/05/2020
#PKPBBacaBuku

Ulasan: Kak Ogy

pil untuk kehidupan kekal abadi? biar benar profesor anas. kenyataannya yang mahu mencipta pil tersebut supaya golongan cerdik pandai tidak terkubur bersama ilmu dipandang sebagai kerja gila.

semua itu buatkan anaknya, yuna terkena tempias. yuna juga yang mewarisi kebijaksanaan ayahnya belajar di elegant academy teruk dikecam oleh rakan sekelas buatkan dia ambil keputusan untuk bercuti seketika dan pulang ke kediaman ibunya.

penulis Sharina Elisa memang bijak mengolah susunan cerita buatkan pembaca tekun walaupun banyak istilah sains yang pelik-pelik. beb, memang cerita ni sangat mengujakan. terasa macam sama pandai jugaklah kiranya.

bayangkan masuk rumah yang penuh dengan kebijak suaian dengan keperluan manusia. nak on komputer pun hanya guna dna. walaupun semua hebat di fantasi fikiran, tapi penulis letakkan fiksyennya di logik akal.

yuna. bila ayahnya disahkan meninggal dalam letupan besar di rumahnya, dia mula mencari kebenaran. ibunya pun beritahu ada sesuatu yang ayahnya sorokkan. tapi dalam menjalankan misi itu, ibu yuna pula yang hilang.

muncul joey, anak didik prof. anas. dia mahu membantu sekaligus mengawal keselamatan yuna kerana dia tahu ada ancaman untuk yuna. cuma joey perlukan kesabaran yang optimum kerana yuna bukanlah seorang gadis yang mendengar kata. disamping kepandaian yang dia ada, kedegilannya juga di tahap yang susah hendak dijangka.

apa sahaja dalam dunia ini, bersederhana. walaupun mahu lakukan untuk kepentingan sejagat, ada batas dan hadnya. watak profesor anas contoh manusia bijak tapi terlalu gopoh mahu merungkai misteri kejadian.

kekal abadi

hanya DIA.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH