Review Novel My Best Buddy (Bookiut imprin PTS)

#128/2020
17/05/2020
#PKPBBacaBuku

Ulasan: Kak ogy



yaya. digelar arang atas sebab kulitnya yang hitam. sering dibuli dan dicerca. dia bertahan sekuatnya. baginya tak guna dilayan semua itu. azamnya mahu belajar ke peringkat tertinggi dan mahu perbaiki kehidupan keluarganya.

oci. itik putih yang menjadi kesayangan yaya. mereka membesar bersama. tapi ada saja yang mahu membuat yaya kecewa. oci cedera dilastik. tak cukup dengan itu, oci dibunuh dengan kejam!

kecewa lara yaya. dia kehilangan sahabat seumur hidupnya. walaupun oci haiwan, tapi itik itu sering menjadi tempat luahan hati dan sering ada dengan yaya.

kemudian, kemunculan koci, pelajar lelaki baru di sekolah menjadi rebutan anak gadis. tapi anehnya koci lebih selesa memilih yaya untuk berkawan.

adakah benar koci ikhlas atau hanya pergunakan kebaikan yaya?

penulis Sharina Elisa tahu bagaimana mahu mengambil hati pembaca yang baru meningkat umur. kisah luar alam diselit celah-celah kehidupan manusia.

bila bersahabat seikhlasnya, semua akan menjadi indah.

jadi seperti syuhada pun bagus. jika maya, adik pada yaya yang sebelum ini kuat melawan dan nakal menjadi insaf dan mahu berubah menjadi baik, kenapa harus meninggalkan syuhada, sahabat yang sudah berjanji susah senang bersama? ajaklah untuk sama-sama menuju kebaikan.

setiap manusia ada landas ujian masing-masing. usaha, redha, tawakal. semua yang baik-baik akan datang jua.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH