Baby ke-8

Baby ke-8
Sebuah karya dengan genre psiko romance

“Betul kata along, angah. Adik tak layak lawat kubur mama. Tak layak datang tahlil mama. Adik ni
pembunuh.”

“Dah tau kau tu pembunuh, hadap lagi kau ke sini setiap tahun?” Suara garau mencelah dari belakang.

Kaki Airiz pegun. Dia tidak mampu memusingkan kepalanya ke belakang. Dia tahu, itu suara Jae.

“Adik pergi dulu, ngah. Assalamualaikum.” Airiz tidak berani memandang ke wajah Jae. Sambil memandang ke arah lain, dia melintasi lelaki itu.

Jae menyambar tangan Airiz. Terjatuh jaket kulit dari kepala gadis itu.

“Adik!” Jae tergamam. Sebelum ini, setiap kali terserempak di lokasi yang sama saban tahun, gadis itu akan datang dengan baju kurung dan kain selendang di kepala tetapi hari ini...
Airiz memberanikan diri menentang mata si abang.
Sepatah kata tidak diungkap.

“Airiz!”

Riz senyum sinis. Kalau tidak kerana Jae, dia tidak akan membenci diri sendiri sebegini. Dia membuka langkah.
Meninggalkan Jae yang sedang tercengang melihat dia yang sebenar.

#hanyaaku
#penulisan2u
#karyaseni
#psikoromance

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u