Hanya Aku, bakal di pasaran!


“Adik, jangan degillah! Along dah cukup rendahkan ego along. Tak boleh ke kau campak ego kau tu?” Telinga Jae merah dek marah. 

Airiz mematikan langkah. Terasa mahu meletup dadanya mendengar tuduhan Jae.

“Aku dah lupa ego tu macam mana bila aku pernah selongkar tong sampah di tepi kedai-kedai makan semata-mata untuk mengisi perut. Along, pernah tak kau fikir walau sekali aje pun, macam mana aku ni...”

Airiz menekan dadanya menahan rasa sakit dalam hati.

“Macam mana aku ni hidup selepas kematian arwah angah? Pernah tak kau fikir, kat mana aku tinggal? Kau tak fikir pun semua tu, along! Kau tak peduli pun soal aku! Aku tahu la! Yang kau memang dah buang aku lama daripada hidup kau. Jadi, aku ni tak naklah bebankan hidup kau dengan memaksa kau terima aku. Relakslah, aku bukannya budak kecik macam dulu lagi.”

Airiz senyum melihat riak terperanjat kedua-dua lelaki itu.

“Tak payah terkejut sangat. Tu tak struggle lagi. Kau tak ada masa aku hampir-hampir ‘dijual’ bila mana aku nak berjalan pun tak larat sebab tak makan. Aku kena serang dengan asma yang teruk sebab kesejukan tidur tepi jalan kena hujan. Dah banyak yang aku lalui, along. Thanks dekat kau sebab ajar aku erti dunia ni.”

“Along! Along...” Jae kelu. Perkataannya tidak terluar.

Luke baru hendak membuka mulut tetapi lekas dipintas oleh Airiz.

“Kau tak payah campur, Luke. Kau tak ada kaitan darah pun dengan aku. Kau kawan baik along. Stay hubungan kau sampai ke situ. Lagipun, kau tak ada masa angah pergi tinggalkan aku. Kau dah fly ke overseas. Aku tahu...” Airiz tidak lupa sikap Luke yang suka membuli dan menjaganya dalam waktu yang sama, dulu. Airiz mendongak memandang langit yang cerah sambil mengerdip-ngerdipkan bulu matanya yang panjang.

“Okeylah. Bye!” Airiz menghadiahkan senyuman sambil mengangkat tangan tanda melambai. Terus dia keluar dari pagar.

Lutut Jae lemah. Hampir dia rebah.

#hanyaaku
#psikoromance
#penulisan2u
#karyaseni

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u