Pencapaian tahun 2017

Karya 2017


1. Bila Cinta Milik Dia (Karnadya Publishing)
Cc: En.  Wan Arief Ramli, Pn.  Norlaila Salleh, Cik Karnadya

Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup.  Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.

Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.

Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.

Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka.
Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah  orang yang sama.

Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? - Maliqi
Aku ada misi - Rania
Misi? Misi apa? - Maliqi
Misi mencari suami - Rania

#bilacintamilikdia
#karnadyapublishing


2. Nalar (Buku SO)
Cc: Tn Shah Othman, Pn Rusilla Ruslin, Cik SO

Fella diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya. Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas kebolehan manusia.

Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof. Amelia, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki. Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd Feldrick. Imanina yang gusar melihat perkembangan intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu mengeluarkan cip tersebut dari otak anak kecil itu. Namun, hasil kajian mendapati cip itu akan meletup sekiranya dikeluarkan. Fella yang mendapat tahu dia akan diserahkan kepada pihak tentera mula melarikan diri jauh ke dalam hutan dan menyahaktifkan sistem keselamatan rumah mereka tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa.

~ ~ ~

Tapi penjahat tu masih ada dua orang. Mereka akan nampak kita. – Fella.

Memang papa nak mereka nampak kita. – Imanina.

Bagi Fel pistol tu papa. Fel boleh tembak mereka tanpa buka lampu. Fel boleh tahu kedudukan mereka. – Fella.

Tidak, sayang. Tangan kamu bukan untuk dikotori dengan darah. Papa ajar kamu menembak bukan untuk membunuh. Kamu tak boleh jadi pembunuh. Buka lampu dan pergi sejauh-jauhnya. – Imanina.

#jombelinovelnalar
#bukuso


3. Siri Cerpen Terengganu (Fufu Terbit)


4. Apa Jadi Dengan Sekolah Kita?  (Gempakz Star)

Review oleh kak Ogy Yusof:
20/12/2017

APA JADI DENGAN SEKOLAH KITA?
SHARINA ELISA
MAGIC BEAN (GEMPAK STARZ) / 235 ms

haa.... bagi anak-anak baca buku ni. bukan anak-anak saja, bahkan dewasa macam kita ni pun boleh baca. semangat juang mahu membetulkan keadaan dan semangat setiakawan tergambar jelas pada keseluruhan penceritaan. tahniah puan penulis Sharina Elisa kerana mampu mengolah kisah dengan baik dan seronok sepanjang pembacaan...

sandra, ketua MPP yang sangat berkebolehan dalam pertahanan diri dan juga pemimpin yang amat disegani dikalangan pelajar dan juga guru sekolah. kehadiran leon dari planet urases mula menghuru harakan keadaan sekolah. watak leon ni kira macam ketua yang sangat hampas sebab pentingkan diri sendiri. sewaktu planetnya ditimpa musibah, dia lari teleport ke bumi sedangkan kaumnya di planet itu musnah bersama-sama planet bila dihentam meteoroit.  bila tercampak di sekolah genius star high school dia mula memasang agenda lain..

selain sandra, wildan dan rafael adalah antara pelajar genius di sekolah tersebut. masing-masing dengan kepintaran yang luar biasa. bermula dengan kebijaksanaan semua pelajar diserap oleh leon yang menumpang jasad pengetua, tuan ramsid sebagai perumahnya. sandra, wildan dan rafael pada mulanya terperanjat melihat keadaan di sekolah mereka mula bertindak mahu memulihkan keadaan dan mencari punca apakah yang berlaku sebenarnya. curiga dengan pengetua mereka, wildan dan rafael ditugaskan untuk mengekori pengetua. sandra saja yang mampu melihat fizikal leon yang sebenar dan mereka mula mencari jalan mahu menumpaskan makhluk itu...

sangat teruja baca kisah semangat pelajar genius yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ini yang mahu menumpaskan makhluk asing. pelajar diberi tanggung jawab sepenuhnya daam pengurusan diri dan guru hanya membantu memantau dan memberi nasihat. ada sekolah di Malaysia ni macam ni tak? suka dengan olahan dan cara penyampaian puan penulis yang mampu buat pembaca terpaku dan tak sabar untuk tahu apa jadi seterusnya. logik? jangan di cari kelogikan tapi cari pengajaran yang terselit beb...

bintang? 🌟🌟🌟🌟

#240/2017
#bukusenangdapatdi7E
Kadokawa Gempak Starz

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u