Novel "My Best Buddy" karya Sharina Elisa



Buku "My Best Buddy" baru sahaja keluar dari oven. Panas! Sebuah kisah bertemakan persahabatan. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

๐Ÿ˜ buku ni dah masuk stor lunch tadi. Sesiapa yang nak beli boleh bagitahu saya ya. Sabah ke Sarawak ke semenanjung ke, I bagi harga sama. RM 10 ya ๐Ÿ˜‰ tapi postage berbeza ya RM 7|RM10 ya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Teaser:
 โ€œTak, Koci! Awak tak faham! Kulit saya ni, hitam. Hodoh. Hingga semua orang tak nak kawan dengan saya. Saya tak cantik macam orang lain. Adik saya sendiri pun, si Mila tuโ€ฆ jijik nak tengok saya. Mereka semua berkulit cerah. Saya ni macam anak tiri. Macam arang!โ€

Koci menutup tudung bekas makanan. Kepalanya diangkat lalu matanya memanah tepat ke arah alis lentik milik Yaya.

โ€œAwak tahuโ€ฆ Awak sebenarnya cantik, Yaya. Tapiโ€ฆ awak tak pernah sedar dan orang lain tak berpeluang melihat kecantikan awak. Awak punya budi bahasa yang cantik. Biarlah adik awak sendiri hina awak, asalkan awak percaya pada diri sendiri. Awak ada apa yang orang lain tak ada. Awak budak pandai, Yaya. Lagipun, kalau awak termakan kata-kata orang, sampai bila-bila pun awak takkan maju.โ€

Yaya menjulingkan bola matanya ke atas. Tidak senang mendengar pujian dari orang yang beberapa jam baru kenal itu.

โ€œMana awak tahu saya ni pandai? Serkap jarang!โ€

โ€œAwak duduk kelas pertama. Tentulah awak antara mereka yang pandai.โ€

โ€œPandailah awak, kan?โ€

Koci senyum nipis. โ€œYayaโ€ฆ biarlah mereka nak mengejek. Lelah nanti, mereka akan berhenti. Waktu tu, awak dah jauh tinggalkan mereka.โ€ Koci bangun dan mendekati pili. Usai mencuci tangan, dia kembali menghampiri Yaya.

โ€œSaya, Koci. Saya nak jadi kawan awak. Awak sudi?โ€

Yaya menjungkit bahu. โ€œTak pernah ada syarat untuk sesiapa yang nak jadi kawan saya. Soalnya, saya tak pernah ada kawan. Kalau awak sudi, silakan.โ€

#mybestbuddy
#bookiut
#imprinpts
#novelremaja
#sharinaelisa

Comments

Popular posts from this blog

Novel Mukbang Girl, naskah ke-11 (Bookiut imprin PTS)

Bukan Bisikan 1, 2 & 3

Bukan Bisikan 9 & 10