Bukan Bisikan 20 & 21
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi “Cantik kedai kau,” puji Ikram Hafiz Ikhlas. Ke sana ke sini kakinya melangkah. Matanya melilau ke setiap sudut. “Taklah. Biasa je,” “Besar. Macam-macam ada,” Kagum Ikram Hafiz. “Tak payah nak puji-puji. Kan kembang semangkuk, aku jugak yang susah,” Kedua-dua jejaka itu ketawa terkekeh-kekeh. Sejak ‘lunch date’ bertiga hari minggu lalu, jejaka berdua itu rapatnya seakan saudara. Melepak di kedai milik Aiman Haikal sahaja kerjanya. “Kau tak sambung belajar?” soal Ikram Hafiz tiba-tiba. Aiman Haikal senyum kelat. Malas membuka hikayat lama. “Aku datang dari keluarga miskin, Ikram. Tak macam orang lain. Aku nak belajar kat sekolahpun tak larat nak bayar yuran. Kau tahu, aku apa yang aku buat supaya aku dapat sekolah?” “Kau kerja?” “Aa .. aku kerja. Macam-macam kerja aku buat. Kerja kat warung makan. Kutip besi buruk. Kutip t...