Bukan Bisikan 15

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi 

      Bunyi kanak-kanak itu berkejar-kejaran menghentikan bicara. Perhatian mereka beralih ke arah si kembar. Si kakak berlari sambil tangan kirinya diangkat tinggi. Si adik sudah tercunggap-cunggap nafasnya. Letih benar barangkali. Beruang putih bereben merah jambu dijadikan bahan menyakat. Terkekeh ketawa si kakak. Suka benar mengusik si adik.
“Atuk ... nenek .. tengok kakak ni. Usik adik lagi,” Intan Dania merengek. Mengadu manja.
“Kakak, kenapa suka sangat menyakat adik. Kesian kat adik, tau,” Puan Nadia menegur.
Intan Safira sekadar tersengih. Bahunya dijungkit berkali-kali sebelum kepala Intan Dania digosok-gosok sengaja.
“Ala, adik yang manja,” tambahnya. Masih tidak menyedari kelakuan mereka berdua diperhatikan.
Mia Adyla buat muka tanpa perasaan apabila Irfad Hakimi memandang tajam ke arahnya. Inginkan penjelasan.
Mia Adyla meraup mukanya kasar.
Kenapa kau masih nak datang sini? Kenapa masih nak sakitkan hati aku? Kenapa perlu wujud manusia seperti kau? Kenapa aku pernah dipertemukan dengan orang macam kau? Kenapa? Kenapa?
Nafasnya dihela lemah. Ekor matanya melirik kosong ke arah lelaki tak tahu malu itu.
So, you dah tengok I kan? So, apa lagi? Berambus!!” Mia mengawal nadanya.
Tangan disilangkan ke dada. Memeluk tubuh.
“Atuk? Nenek?”
Terjungkit kening Irfad Hakimi menyoal.
Pandangannya dihala ke arah bekas isterinya.
“Hmm ..,” acuh tak acuh Mia Adyla membalas.
“Itu anak awak ke, sayang?” lembut Irfad Hakimi bertanya.
What?? Sayang?? Eeee .. pleaselahhh .. geli tau! Bernanah telinga I dengar. Go to helllah dengan you punya sayang. Pergi mati dengan sayang you!”
“Mia ...,” panggil Puan Nadia perlahan.
Rasanya tidak elok seorang wanita berbicara seperti itu meskipun hatinya bersarat benci. Mia Adyla mendengus.
“Mama .. kenapa mama marah? Pak cik ni buat mama marah? Pak cik jahat! Pak cik balik! Pak cik pergi balik! Kenapa buat mama Fira marah? Mama dah buat apa kat pak cik? Pak cik balik!! Fira tak suka orang buat mama Fira macam ni! Pak cik jahat!!”
Menangis si kecil Intan Safira. Tubuh langsing mamanya dipeluk. Melihat si kakak memeluk ibunya, si adik menurut. Mengikut perbuatan si kakak. Tanpa sebab, si adik turut menangis.
Mia Adyla tahan sebak.
Mama sayang adik ... mama sayang kakak .. thanks sayang mama ..
Tuan Fairus dan Puan Nadia diam. Bertindak menjadi permerhati. Yakin yang anaknya mampu uruskan wayang yang bermain didepan mata.
“Anak ... anak kita?” soal Irfad Hakimi seraya menghampiri si kembar. Mengabaikan kata-kata yang berkeliaran.
Fokusnya lebih terarah kepada si comel dua beradik. Si adik mirip benar dengan wajahnya. Si kakak pula seiras dengan Mia Adyla.
Irfad Hakimi mendekat. Menghampiri dua beradik.
Hati bapanya bergetar. Terasa dadanya sebak.
Kemarahan Mia Adyla datang tanpa diundang. Tanpa dipinta. Tanpa dirancang. Tubuh Irfad Hakimi ditolak kuat.
Nafasnya turun naik. Dadanya bergelombang kencang. Amarahnya berkeceramuk.
“Anak?”
Mia Adyla ketawa buat-buat.
Tembok kesabarannya membengkak.
“Ya! ANAK HASIL DARIPADA APA YANG KAU DAH BUAT KAU AKU DULU! KAU DAH LUPA?”
Pucat. Bagaikan jantung Irfad berhenti mengepam darah buat sesaat. Bagaikan tiada darah mengalir.
Terperanjat melihat amukan perempuan yang selama ini lemah-gemalai. Terkaku melihat kelantangan suara perempuan yang selama ini amat mengawal bicara.
“Apa? Kau dah lupa apa yang kau buat kat aku, lima tahun yang lalu?”
“Mia,” panggil Irfad Hakimi lembut.
Mahu melontarkan kata maaf.
“Kalau kau nak tahu, kalau kau tak tahu, biar aku beritahu, si kembar ni bukti perangai syaitan kau! Bukti kau rogol aku! Bukti kau rogol aku! Kau tahu? BUKTI KAU ROGOL AKU!! Aku tak nak lihat muka kau lagi Irfad. Berambus kau dari sini!!” menjerit Mia Adyla.
Menggigil seluruh tubuhnya.
Pengsan!

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u