Bukan Bisikan 18 & 19


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

*18*
Anak-anak kecil itu sudah lena beradu. Termenung panjang Mia Adyla di depan komputer ribanya. Sesekali rambut si kembar itu dibelai.

Kasihnya tertumpah ke situ. Pada si anak yang dilahirkan.



Hidup bukan semudah bicara ..

Hati bukan serapuh kaca ..
Sembuhnya luka bukannya menggunakan plaster ..
Sembuhnya luka perlukan masa ..

Makin hari .. daddy semakin berusia ...
Aku belajar mendaki dari masa ke masa ...
Gunung korporat ..

Di sini .. aku belajar bertatih ..
Disini .. aku belajar merangkak ..
Hingga aku mampu berdiri .
Hingga aku mampu berlari ..

Tapi ...
Tegarkah aku ?
Mampukah aku ?
Merintangi jalan berliku ?

Lima tahun ku tuntut ilmu di sana ..
Akanku jadikan dasar ..
Akanku jadikan landasan ...
Pemangkin kejayaan FNM Sdn. Bhd ...

***

“Cik Mia, ini fail yang cik minta tadi. Ada apa-apa yang Cik Mia perlukan lagi?” Atiya menyoal seraya tangan kanannya menghulur sebuah fail berwarna hitam.
Lembut sahaja bicara gadis berlesung pipit itu.
Mia Adyla mendongak. Sebuah senyuman diukir lalu, fail bertukar tangan.
“Rasanya tak ada apa-apa,”
“Kalau macam tu, saya minta diri,” ujarnya seraya memulas tombol pintu.
Mia Adyla kembali menatap kertas-kertas yang bersepah di atas meja. “Atiya!” panggilnya lembut.
“Ya, Cik Mia. Ada apa?”
“Petang ni, saya ada temujanji dengan mana-mana wakil?” Mia menyoal kembali.
Tumpuannya terhadap kertas-kertas kerja menumpulkan ingatannya.
“Tak ada, Cik Mia,” jawab Atiya seraya senyum.
“Oh, kalau macam tu .. awak boleh keluar,”


Atiya sudah mengukir senyuman manis saat kelibat Ikram Hafiz menapak. “Cik Mia ada di dalam,” balasnya cepat.
Ikram Hafiz ketawa kecil.
Belum sempat dia menyoal gadis bertudung lilit itu sudah memberi jawapan.
Okay!” Jawabnya sepatah seraya melabuhkan punggungnya diruang menunggu.
Atiya sengih memandang tuan doktor berwajah kacak itu.
Bertuah Cik Mia dapat boyfriend seperti tuan doktor ni.
“Encik Ikram tak kerja ke? Bukankah kalau doktor hidupnya sibuk memanjang?” sibuk gadis itu menyoal.
Ikram Hafiz ukir senyum. Bergetar hati Atiya jadinya.
Jangan senyum tuan doktor. Cair saya nanti.
“Saya kerja kat Australia, dik,”
Adik?? Hancusss harapan!
“Buka klinik sendiri kat sana,”
Pastu? Klinik kat sana sape yang jaga?”
“Dia jaga diri sendiri la,” seloroh Ikram Hafiz selamba.
Atiya gelak kecil.
“Tak de lah. Saya cuti 3 bulan. Habis je cuti, saya kembalilah ke sana,”
“Oh, jadi nanti Cik Mia sorang-sorang jelah kat sini? Encik Ikram tak takut tinggalkan buah hati yang cantik macam Cik Mia kat sini? Tak takut dikebas orang?”
Terkekeh Ikram Hafiz ketawa.
Buah hati? Dalam mimpilah kut
Atiya memandang hairan. “Kalau macam tu, awak jadi spy saya,” balasnya seraya menyambung tawa.
“Amboi, seronok you ketawa? Macam tak ingat dunia, jep,” tegur Mia Adyla. Tersenyum manis.
Tak lekang senyuman dibibirnya.
Ikram Hafiz bangun seraya bibirnya menguntum senyuman.
Beruntung Cik Mia dapat lelaki hensem macamni.
So .. jom pergi lunch?” pelawa jejaka itu nada romantis.
Mia Adyla angguk.
            Baru dua tiga langkah ke depan, derap kaki seseorang menapak datang. Lelaki kacak berdada bidang semakin mendekat. Terpesona Atiya memandang.
Segak lelaki itu berjeans hitam, bert-shirt putih.
“Hai,” sapanya ringkas.
Terperanjat Mia Adyla buatnya.
Mana pulak dia tahu aku kerja kat sini. Dia ni spy aku ke?
Ikram Hafiz pandang Mia Adyla dan lelaki yang baru sahaja muncul itu berkali-kali. Kening dijungkitkan ke arah wanita bergaya itu.
“Hai, cari siapa kat sini?” balasnya ringkas. Dipanjangkan sedikit soalannya.
“Cari awaklah. Nak ajak awak keluar minum,” ujarnya selamba. Diendahkan terus Ikram Hafiz yang setia berdiri disebelah wanita yang sarat dengan senyuman itu.
Ikram Hafiz tarik muncung.
Potong line la pulak mamat ni!!
"Wah! Cik Mia, 2 sekaligus? Mana satu boyfriend Cik Mia ni?" monolog Atiya.
Mia Adyla melirik ke arah Ikram Hafiz. Nampak riak lelaki itu. Kurang senang. Mia Adyla garu tudung.
Adess .. camner nak buat ni?
“Tetiba I rasa tak laparlah. Maybe, hari lain kita keluar,” ujar Mia Adyla seraya melirik ke arah jam ditangan kanannya.
“Emm .. pukul 3 pm nanti, I ada meeting. So, I rasa betul-betul tak boleh ...,”
Belum habis Mia Adyla mereka alasan, Ikram Hafiz menyampuk, “sekarang baru pukul 12.30, sempat lagilah. Nanti, I hantar you. Before pukul 2.30 you dah ada kat office you. Encikk ....,”
“Aiman Haikal .. panggil Aiman,”
“Ye, Aiman, kami nak pergi lunch. Joinlah sekali,”
Mia Adyla pamer riak terkejut kemudian, cepat-cepat mengawalnya.
Macamnipun kira boleh ke?


*19*


Aiman Haikal dan Ikram Hafiz menarik kerusi serentak. Mempelawa wanita 28 tahun itu duduk. Penuh gentleman.
Erk .. adess ..
Mia Adyla menggeleng. Dilabuhkan punggungnya di kerusi di tengah-tengah meja. Malas mahu berfikir panjang.
Aiman Haikal dan Ikram Hafiz saling memandang tidak senang. Mia Adyla telan tak kenyang. Nasi goreng pattaya yang dikunyah langsung tiada rasa.
Tiada enaknya.
Macamlah dia tak perasan. Kedua-dua lelaki itu saling bertukar jelingan.
“Kenapa? Tak sedap ke?” Ikram Hafiz menyoal.
“Awak nak tukar yang lain? Saya tolong orderkan,”
“Eh? Tak-tak! I dah kenyang. Tak perlulah, Aiman. Saya dah kenyang,” ujarnya. Cepat-cepat menggeleng.
“Oh! Ok,” balas kedua-dua jejaka itu hampir serentak.
Aiman Haikal dan Ikram Hafiz masih lagi meneruskan suapan. Mia Adyla sekadar memerhatikan gelagat sekeliling. Sesekali pandangannya dihala ke arah dua jejaka itu.
Automatik, keningnya terangkat bila melihat riak wajah Aiman Haikal. “Kenapa?” Mia Adyla menyoal.
“Cuba awak rasa, saya rasa macam mee goreng ni semacam je rasa dia,” ujarnya seraya menyua sesudu mee ke dalam mulut Mia Adyla.
Erk ...
Mahu tidak mahu dibuka jua mulutnya.
Ikram Hafiz yang melihat kepanasan. Resah semacam!
“Rasa dia camner? Macam pelik je, kan?”
Ujar Aiman Haikal dengan kening terjungkit.
“Saya rasa biasa je. Okey je,”
Maybe, saya tak biasa makan kat sini kut,”
Achooom!!
Bersin Ikram Hafiz tanpa sengaja. Pantas, Aiman Haikal dan wanita berbaju kebaya itu menoleh.
You tak sihat ke? Or pedas sangat tomyam tu?” Mia Adyla menyoal.
I’m going to get fever,” ujar seraya menutup hidungnya dengan tisu. “You nak I  hantar you pergi klinik?” Mia menyoal. Prihatin.
Aiman Haikal buat tidak peduli. Terus menghabiskan makanannya.
“Tak payahlah. Kat rumah parents I ada banyak stok ubat,”
Mia Adyla gelak perlahan. “Rumah parents you dah jadi farmasi ke?”
Ikram Hafiz tarik sengih. “Tak la. My sis ada klinik kedai farmasi sendiri. Tu yang kat rumah dah jadi farmasi gak. Ubat apa nak, semua ada,”
Apasal pulak aku sorang-sorang? Dorang duk seronok bercakap. Tak boleh. Tak boleh.
Aiman Haikal tak puas hati. Ligat otaknya berpusing. Mencari idea.
“Lama awak tak ke kedai? Dah tak buat gelang lagi?” soalnya pantas.
Mia Adyla menggeleng. Ikram Hafiz tercengang. Tidak faham. Kedai? Gelang?
“Tak. Saya ambil alih syarikat daddy jadi, tak sempat nak buat semua itu. Lagipun, anak-anak perlukan perhatian saya,”
“Oh! Anak-anak awak macammana? Sihat?”
“Adik dan kakak? Alhamdullilah, sihat,”
Oh, adik dan kakak!
“Bilalah agaknya saya dapat jumpa anak-anak awak? Mesti comel macam mak dia kan?”
Berdehem Ikram Hafiz sengaja.
Ceh, nampak sangat nak mengayat!!
Mia Adyla bangun tiba-tiba. “I nak ke toilet kejap,” ujarnya seraya mengatur langkah.
Aiman Haikal dan Ikram Hafiz mengeluh hampir serentak.
“Nama kau apa?” Aiman Haikal menyoal.
 Ikram Hafiz .. panggil Ikram je,”
“Kau dah lama kenal Mia?” Ikram Hafiz menyoal. Ingin tahu.
Aiman Haikal angguk. “ Aa ... sebelum kau kenal dia. Dia customer tetap aku,”
Customer?” Ikram Hafiz menyoal.
“Aa .. dulu Mia buat perniagaan internet. Jual gelang manik. Jual aksesori-aksesori manik. So, dia nak dapatkan manik-manik tu, dia beli kat kedai aku,”
“Oh, kau ni tauke kedai la!”
“Aa .. aku tak sehebat kau. Kau doktorkan?”
“Aa, aku doktor. Alah, kau lagi hebatlah. Ingat senang nak usahakan perniagaan sendiri?”
Aiman sekadar tersengih. “Kau suka Mia?” Aiman Haikal menyoal terus. Malas berdalih-dalih lagi.
“Kaupun sukakan dia, kan?” soalan dibalas soalan.
“Kau suka dia. ... aku suka dia ...,”
Keluhan berat dilepaskan. “Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama?”
Best man win,” balas Ikram Hafiz ringkas.
“Maksud kau?”
“Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hati dia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia,”
“Oh, okey! Aku setuju,”



Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH