PESERTA-PESERTA CONTEST NOVEL BUKAN BISIKAN FEBRUARI 2013


Senarai nama Peserta contest Bukan Bisikan kali ke-2




♥ ♥ ♥ CONTEST NOVEL BUKAN BISIKAN KALI KE-2 ♥ ♥ ♥



Jom join Contest REVIEW Novel Bukan Bisikan. Syaratnya mudah saja

2. Review Novel Bukan Bisikan

contest ini akan berakhir pada 28/02/2013
*bagi sesiapa yang tidak pasti bagaimana me review sesebuah novel, bolehlah rujuk di group review novel, https://www.facebook.com/groups/294512680575170/

**Review mestilah di pos di group Novel Bukan Bisikan


1. Robiah Mohamat Sarif

kak Sharina Elisa, alhamdulillah saya dh tamat membaca BUKAN BISIKAN (1hari aje tau)....tahniah buat kak lisa atas kelahiran BB...sebenarnya saya agak keliru sikit dgn watak ILI dan DATO'EIDE sbb saya x berkesempatan utk membaca TENGGELAMNYA WARNA PELANGI, jadi watak mereka ini yg buat saya keliru sikit...keliru juga yg cerita dr AIMAN kpd IKRAM yg dia kehilangan kakak kandungnya akibat dibunuh oleh bapanya....tapi tiba-tiba wujud pulak kakak kandungnya dipertengahan cerita...lagi saya keliru disitu...saya suka sgt bila kak Lisa wujudkan persaingan yg sihat diantara AIMAN dan IKRAM utk merebut hati MIA..akhirnya MIA memilih DR IKRAM sebagai pelengkap hidupnya walaupun berbagai dugaan yg dihadapi oleh mereka utk bahagia...terperanjat juga saya rupanya selama ini papa IKRAM yg menjadi dalang disebalik kisah hitam yg ditanggung oleh MIA...saya juga tertanya2 kenapa kak Lisa matikan terus watak IRFAD setelah dipenjarakan???....apa2 pun saya mmg suka sgt dgn BB dan benarlah apa yg kak Lisa nyatakan bahawa kita kena belajar menerima pasangan kita seadanya, sebagaimana si dia menerima kekurangan kita dan jgn bertindak terburu-buru dlm menjatuhkan hukuman...itulah yg terjadi kpd IRFAD yg menjatuhkan hukuman pd MIA..benarlah bahawa cinta bukanlah umpama menanam tebu mencungkil gula. Cinta blh jadi seindah pelangi dan cinta blh menjadi racun yg paling berbisa...isteri adalah amanah dan tanggungjawab yg dipikul oleh suami tatkala melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA...bukan ditendang atau ditolak terajang bila tidak diperlukan...sesungguhnya cinta itu bukanlah sekadar bisikan tapi cinta adalah anugerah..anugerah yg diberikan kpd hambanya...sayanggg kak Lisa


2. Izara Ersalina

Bukan Bisikan. Cerita yang mantap, penceritaan penuh debaran dalam melepaskan diri dari sisa siksaan seorang suami. Watak yang nampak mengagumkan apabila seorang wanita cuba untuk berhijrah mencari arah yang lebih baik. Satu pujian besar kepada penulisnya. Kehadiran watak dua lelaki menghantar cabaran untuk mendapatkan Mia Adyla adalah satu kejutan yang bisa diolah sebagai satu perestasi yang mengimpakkan lagi cerita Bukan Bisikan. Membuahkan satu pertanyaan, melonjakkan sesuatu cerita agar pembaca tertanya- tanya untuk siapakah titipan cinta itu? Tahniah...

3. Sha Mslvoe

Kisah ini sambungan dari karya beliau yang pertama. Kita boleh tahu ending cerita Tenggelamnya Warna Pelangi.

Bukan Bisikan mengisahkan Mia yang selalu dipukul oleh Irfad. Irfad sakit hati sebab pada malam pertama dia baru mengetahui Mia sudah kehilangan dara. Sikap Irfad yang melulu tanpa bertanya membuatkan Mia kecewa. Irfad berlaku kejam pada Mia. Merogol, mengherdik, memukul didepan orang... kasihan sungguh nasib Mia.

Sewaktu Mia membeli peralatan untuk bisnes membuat gelang, tuan kedai Aiman jatuh cinta pada Mia tanpa mengetahui Mia adalah isteri orang. Aiman menolong Mia setelah dia menyaksikan bagaimana Irfad memukul Mia. Mia nekad untuk meminta cerai dari Irfad dan meninggalkan bumi Malaysia.

Mia kembali ke Malaysia bersama Ikram dan anak-anak Mia. Irfad mencari Mia dan cuba merogolnya tetapi diselamatkan oleh Aiman dan Ikram. Siapa sangka Aiman dan Ikram menjadi sahabat yang baik dan ingin menawan hati Mia. Mereka bertanding secara baik.

Kisah Eide dan Nazmi ada diceritakan. Akhirnya mereka berkahwin dan sedang menunggu anak pertama. Ili Sarafina masih single sejak kematian abang Ed. Cintanya pada abang Ed belum hilang. Eide mencari adiknya yang telah hilang sewaktu kecil. Tak disangka, Aiman adalah adik kandung Eide.

Berbalik pada kisah Mia, akhirnya Mia mengaku mencintai Ikram. Ikram pula kembali ke Malaysia dan bekerja di syarikat ayahnya diatas kehendak ibunya.

Aiman telah jatuh cinta pada Ili Sarafina. Fina pula malu-malu. Aiman mengingatkan dia kepada Abang Ed. Aiman akui cintanya pada Mia tapi Mia bukan miliknya. Allah telah temukan dia dengan Fina. Fina pula bila berdepan dengan Aiman, jantung berdegup tanpa henti. Kisah mereka menarik, sweet sangat.

Sha mengambil masa satu hari untuk membacanya. Kisah ini begitu pantas sekali diceritakan. Seperti buku pertama beliau, kita tidak perlu berfikir. Segala masalah diselesaikan dengan begitu cepat.

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil ikhtibar, kasih sayang tidak boleh dinilai dengan wang. Sabar dengan dugaan Allah, insyaAllah Allah akan membimbing kita ke arah yang lebih baik.

Dialog yang sha suka

" Kau menangis? - AimanAku sayang kau - IkramEeee... pleaselah. Gelilah - Aiman"

hahahahha kelakar pulak sha membacanya.


4.Eca Sahira

bukan bisikan... kisah sambungan novel tenggelamnya warna pelangi... kalau tak baca twp, pening jugaklah... bukan pe, tetibe je muncul watak eide, nazmi n ili... p, nasib saya dah baca, so... congrats buat kak lisa for both novels... best!

bukan bisikan ni pasal mia adyla yang terpaksa harungi liku hidup yang penuh duri.. terlalu banyak derita yang dia tnggung... first, before tempuh alam rumah tangga, mahkota kegadisannya diragut tanpa belas, ni semua pasal hasad dengki orang kat ayah mia... 

then, lepas bergelar isteri pada irfad hakimi, dia dengan tabahnya harungi lautan hidup dek sikap irfad yang baran and kuat cemburu.. masa jadi wife si irfad ni, mia macam patung bernyawa.. macam bola, belum dpat direbut, bila dapat dilontar, disepak.. tnpa mia tahu apa silapnya, dia didera dari segi mental and fizikal.. sampailah satu tahap, mia mintak cerai and bawak diri ke oversea.. time tu, dia mengandungkan si intan safira and kembarnya.. mujur ada dr.ikram...

before mia bawa diri tu, dia berkenalan dengan pemilik kedai ni sorang, namanya aiman haikal.. mereka kenal sebab mia beli manik dari kedai si aiman ni.. then, tanpa diduga, aiman jatuh cinta kat mia...

berbalik pada dr.ikram.. lepas mia balik ke malaysia semula, bersama anak kembarnya, berlaku persaingan merebut hati mia antara ikram dan aiman.. lepas macam-macam terjadi, akhirnya mia dan ikram disatukan... aiman pula dapat tahu yang sebenarnya dia adik kepada datuk tengku eidena alaisya, tokoh korporat termashyur seantero dunia... aiman jatuh cinta dengan sahabt karib eide iaitu ili sarafina, anak pemilik syarikat penerbangan... then, mereka kahwin... 

happy ending! :) saya suka novel bukan bisikan.. jlan ceritanya sebenarnya mudah difahami.. tiap konflik yang terjadi tak berpanjangan.. ketabahan mia dalam merempuh ranjau hidup beri semangat baru buat para pembaca... congrats akak!! teruskan usaha...


5. Asrieqa Kamal

Kisah suka duka seorang wanita yg bernama Mia Adyla.Mia seorang wanita yang cantik ,ayu dan seorang isteri yang penuh penderitaan angkara seorang lelaki yang tak layak digelar suami. Irfad Hakimi lelaki yang menikahinya atas dasar cinta berubah laku selepas bergelar suami. Lelaki yang selama ini berjanji mahu menjadikan Mia sebagai bidadari hidupnya. Namun janji tinggal janji, hidup Mia penuh dengan keperitan. Di seksa sesuka hati. Aiman Haikal pemilik kedai aksesori secara tidak langsung menjadi saksi kekejaman Irfad terhadap Mia,sekaligus menjadi penyelamat Mia. Tapi sementara cuma, Mia ingin kembali kepada Irfad untuk membuat perhitungan.Kasihan Mia, dia hanya dijadikan tempat melempiaskan nafsu oleh Irfad dalam keadaan marah dan mabuk.Mia di rogol berkali kali.Irfad hanya menganggap Mia sebagai PELACUR tanpa mendengar penerangan dari Mia.
Mia selalu meluahkan rasa hatinya di dalam laman blog miliknya.Dan Aiman adalah insan yang selalu mengikuti kisah duka Mia.Akhirnya Mia mengambil satu keputusan nekad iaitu meninggalkan Irfad dan Malaysia.Aiman menemui Irfad untuk menunjukkan sebuah kebenaran. Tapi semuanya sudah terlambat buat Irfad walaupun air mata egonya menitis.Lima tahun berlalu...Mia sudah bersedia pulang semula ke tanah air untuk kehidupan yang baru.Mia kembali bersama pasangan kembar Intan Safira dan Intan Dania.Irfad Hakimi datang menemui Mia setelah mendapat tahu kepulangan Mia, tetapi hati Mia sudah beku untuk Irfad.Kini hidup Mia hanyalah ingin berbahagia di samping kedua Ibu Bapa dan anak kembarnya.Kini Mia mengambil alih syarikat bapanya.Tanpa Mia sedari Aiman juga sudah tahu tentang kepulangannya dan kehadiran Ikram Hafiz. Siapa Ikram akan di selidik oleh Aiman.Dan yang pasti Aiman akan cuba memiliki hati Mia.

Siapa sangka Aiman dan Ikram menjadi sahabat baik sejak pertemuan pertama keduanya di pejabat Mia.Mereka berdua telah bersetuju untuk bersaing merebut hati Mia dengan cara yang baik.
Irfad lelaki yang tak pernah insaf dengan kekhilafannya, kedatangannya ke pejabat Mia dengan bertindak kasar dan ingin merogol Mia telah menyebabkan kenangan lima tahun lalu terimbau kembali. Mujurlah Aiman dan Ikram datang tepat pada masanya.
Mia berasa terhutang budi dengan Ikram dan Aiman.Ikram pemberi semangat dan sentiasa berada di sampingnya sejak Mia di sahkan mengandung.Aiman pula pemberi kekuatan kepada Mia melalui kiriman2 emelnya. Tanpa mereka berdua Mia mungkin tidak dapat meredah ombak kehidupan.
Aiman dan Ikram juga sebenarnya telah melalui suka duka kehidupan, namun kecekalan mereka telah menyebabkan Mia ,Ikram dan Aiman menjadi sahabat yang baik.
Kehadiran Datuk Eidena Alaisya dan Ili Sarafina menceriakan lagi kehidupan mereka.
Mencintai tak semestinya memiliki tetapi beerti menerima dan melupakan. Sesungguhnya cinta itu bukanlah sekadar satu bisikan tetapi adalah anugerah. Anugerah yang di berikan kepada hamba-hambaNYA.Semoga Mia Adyla, Ikram Hafiz dan Aiman Haikal menemui cinta mereka.

6. Bica Bie

BUKAN BISIKAN 
PENULIS : SHARINA ELISA 
 NOVEL NO.502

SEDIKIT REVIEW DARI BIE

DAHULUBISIKAN CINTAMU MENGETAR NADIKU,LALU KUTITIPKAN KATA CINTA BUATMU !!!!!!!!!!!!!!AKAN TETAPI SEKARANGSABAN HARI HATIKU MERINTIH DESAKAN HIDUP BUATKU PERIT KENAPA AKU DIPERLAKU SEBEGINI ?????????????

KISAH MIA ADYLA YANG TERSEKSA HIDUPNYA APABILA BERNIKAH DENGAN IRFAD HAKIMI,

KEJAMNYA HATI SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI MENGHINA DAN MENCACI ISTERI SENDIRIYANG DAHULUNYA DICINTAI SEPARUH MATI. KENAPA KAH KAU TAK MAHU BERTANYA WAHAI INSAN BERNAMA SUAMI?KENAPA BEGITU MUDAH DAN TEGA KAU MENYAKITI? ANDAI DULU, AKULAH YANG DIPUJA, AKULAH MAHARANI.JIWAKU MERINTIH PILU KENAPA TIDAK PERNAH SESEKALI KAU BERTANYA AKAN KENAPA DIRIKI SEBEGINI? UNTUK PENGETAHUANMU… UNTUK MENJELASKAN SITUASI. SABAN HARI KAU MENIPISKAN RASA SAYANG SABAN KALI KUDILUKAI OLEH RASA CINTA YANG SEMAKIN HILANG . BIARLAH AKU TITIPKAN CERITERA DISINIKESUCIAN DIRIKU DIRAGUT NGERI SAAT AKU MENUNTUT DI IPT SEBAB ITU KUBERHENTI STUDY…..

MIA ADYLA YANG TAK TAHAN DISEKSA TEKAD TUNTUT CERAI DAN BERHIJRAH KE LUAR NEGARA,

SELAMAT TINGGAL MALAYSIA.PETANG INI KISAH TERCERITA TAMAT ADANYA BIAR SEMUANYA KEKAL RAHSIANANTIKAN KEHADIRANKU AUSTRALIA.PERITKU LALUI….ATAS NAMA CINTAYANG SIA-SIA.CINTA…. SEBENARNYA WUJUDKAH IA UNTUK SELAMANYA?ADAKAH CINTA ITU HANYA RASA SEMENTARA? 

SETELAH LIMA TAHUN MIA ADYLA KEMBALI KE MALAYSIA BERSAMA ANAK KEMBARNYA SERTA IKRAM HAFIZ SEORANG DOKTOR MERANGKAP KAWAN.IRFAD HAKIMI DATANG MINTA MAAF DENGAN MIA DAN MENDAPAT TAHU PASAL ANAK KEMBARNYA,

AIMAN HAIKAL DAN IKRAM HAFIZ BERSAING MEREBUT HATI MIA DENGAN SIHAT, DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA MIA APABILA IRFAD HAKIMI MUNCUL DAN CUBA MEMPERKOSA MIA SEKALI LAGI DI OFFICE MIA,

*MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI TETAPI BERERTIMENERIMA DAN MELEPASKAN, KEBAHAGIAAN ORANG YANG KITA SAYANG ADALAH KEBAHAGIAN.

*NAFSU MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR RUPANYA.AKAL MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR ILMU DAN KEPINTARANNYA.DAN HATI MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR AKHLAKNYA.

AIMAN HAIKAL RELA BERUNDUR APABILA MELIHAT CAHAYA KEBAHAGIAN DIMATA MIA TIADA JODOH ANTARA MEREKA KERANA JODOH AIMAN HAIKAL BERSAMA ILI SARAFINA SAHABAT BAIK KAKAKNYA EIDENA ALAISYA. ARISA CAMELIA MENANTU PILIHAN MAMA IKRAM HAFIZ DATIN SALINA TETAPI BUKAN PILIHAN IKRAM HAFIZ, JODOH IKRAM HAFIZ TETAP KUAT DENGAN MIA .

CINTA…. SEBENARNYA WUJUDKAH IA UNTUK SELAMANYA?ADAKAH CINTA ITU HANYA RASA SEMENTARA? 

SESUNGGUHNYA CINTA ITU BUKANLAH SEKADAR BISIKAN TETAPI CINTA ADALAH ANUGERAH. ANUGERAH YANG DIBERIKAN KEPADA HAMBANYA.

…………………….CINTA SUCI PENUH DENGAN KASIH SAYANG…………………


7. Maizatul Azlina Hj Arshad

BUKAN BISIKAN... Sharina Elisa

Sebelumnya ucapan tahniah utk Sharina Elisa kerana menghasilkan satu karya yang dapat memberi pengajaran kepada yang membaca bahawa cinta itu sebenarnya indah seandainya kita menyuburkannya dengan kasih syg dan segala rencah utk memekarkannya...melalui BUKAN BISIKAN kita akan dapat berkenalan dengan pelbagai watak...

MIA ADYLA
Seorg insan yg dilahirkan dgn serba kemewahan namun suka melakukan kerja sendiri utk kepuasan diri tanpa bergantung pd keluarga..Kejadian hitam yg terpalit pd dirinya menybbkan timbulnya pelbagai cabaran dalam dirinya untuk mengapai cinta yg tulus..Kehadiran seorg suami yg tidak pernah memahami dan tidak pernah ingin berterus terang memberi seribu kekecewaan dan cabaran hidup sbg seorg isteri. Namun batas kesabarannya smkn pudar bila sering kali tingkahlaku dicurigai oleh sang suami. Segala rintihan hati hanya akan dikongsi dlm blognya saja. Itulah kepuasan dan caranya utk meluahkan apa yg terbuku dihati. Apabila terlerai ikatan perkahwinan terlerai dia terus membawa diri ke Australia dengan berbekalkan tanda kenangan drpd suaminya.Selama 5thn dirantauan akhirnya pulang dgn bertemankan seorg teman dan anak kembar yg comel. Dia terpaksa meneruskan hidup dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran sebelum menemui cinta sejati. Berkat kesabaran yang kuat dalam diri..Mia akhirnya bertemu dengan anugerah cinta sejati.IKRAM HAFIZ

IKRAM HAFIZ
Untuk Mia..dialah seorg doktor dan sahabat yg sentiasa ada disisinya ketika menghadapi cabaran hidup di Australia. Teman utk berkongsi segala suka dan duka. Seorg yg penyayang terutamanya pd anak2 Mia. Terlalu mencintai mia namun agak sukar utk meluahkannya wpun hatinya hanya terisi dgn kehadiran mia dan anak2nya. Telah ditunangkan sejak kecil dgn pilihan ibubapanya dan anak kesygan mamanya. Seorg yg tidak mementingkan kebendaan tp lebih mementingkan kasih syg sehingga sanggup menipu mamanya demi menjaga maruah ayah tercinta.Ikram mempunyai sifat yang menarik kerana penulis bijak mencipta wataknya..terlalu istimewa.Dengan sikap yg sedemikian secara diam2 dia dicintai oleh wanita yg amat dicintainya.

AIMAN HAIKAL
Seorg anak muda yg sangat cekal dalam menghadapi cabaran hidup. Sentiasa bersikap positif dlm memastikan dia berjaya dlm menentukan arah hidupnya. Percaya dengan cinta pandang pertama. Sanggup berkorban demi wanita yg dicintai terutamanya semasa menolong mia drpd suami yg tidak bertanggungjwab. Sentiasa memahami masalah mia hanya melalui coretan yg mia luahkan. Tapi seorg lelaki yang matang kerana sanggup bersaing secara sihat dlm merebut hati wanita yg dicintai dan sanggup mengalah bila tidak dijdkan pilihan kerana baginya mencintai bkn semestinya memiliki..namun berkat ketulusan hatinya dia dipertemukan dgn sahabat, kakak kandungan dan cinta sejati.

Disamping watak2 sampingan yg lain digarap dgn begitu baik untuk menjdkan jln cerita BUKAN BISIKAN ini jd lebih menarik..TAHNIAH!!!


8. Deq Nor

Bukan Bisikan karya Sharina Elisa.....

Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya membuat saya menghabiskan novel ni...sebenarnya saya bukan kaki novel,tp kakak saya suruh cuba baca dulu dan akhirnya tak sangka saya boleh terpikat dengan kisah hidup Mia Adyla,Irfad Hakimi,Ikram Hafiz,Aiman Haikal dan watak2 sampingan..

Mia
Walaupun anak kepada seorang hartawan tetapi dia bukanlah anak manja yang suka mengadu masalahnya kepada kedua ibu bapanya.Suka duka yang di tempuhi sejak bergelar isteri Irfad Hakimi dilaluinya dengan tabah.Segala kisah dukanya di luahkan dalam laman blog miliknya.Dua tahun Mia menanggung derita akhirnya Mia nekad untuk meninggalkan Irfad Hakimi dan bumi Malaysia demi sebuah kehidupan yang baru.Setelah lima tahun Mia tinggal di Australia akhirnya Mia pulang bersama anak kembarnya hasil dari kekejaman Irfad terhadap diri Mia.Kepulangan Mia juga ditemani oleh Ikram Hafiz yang merupakan doktor,sahabat dan pemberi kekuatan semasa Mia di negara asing.Mia memulakan hidup baru bersama anak2nya dan menjalinkan persahatan bersama Aiman Haikal teman yang pernah menyelamatkannya lima tahun lalu.Persahatan Mia dan Ikram bertambah erat setelah Mia menyedari hatinya mula menyintai Ikram.Namun Mia sedar dia tidak layak untuk bersama Ikram ,kerana Ikram sudah ditunangkan sejak kecil lagi dengan sepupunya Arisa Camelia.

Irfad Hakimi
Seorang suami yang terlalu cepat bersangka buruk terhadap isteri setelah mengetahui Mia tiada dara lagi.Sedangkan sebelum menikahi Mia,Irfad berjanji akan menjaga dan melayan Mia seperti seorang bidadari.Kerana egonya Mia di perlakukan sesuka hati dengan memukul dan menghina Mia.Mia dirogol berkali kali dan dia menganggap Mia hanyalah sebagai pelacur.Apabila kebenaran terbongkar,air mata egonya sudah tiada makna lagi.Mia sudah pergi jauh dan akan menuntut fasakh.Lima tahun berlalu,Mia kembali dan Irfad tanpa rasa malu datang menemui Mia untuk memujuk Mia kembali kepadanya,nekadnya makin kuat setelah mendapat tahu mempunyai anak kembar bersama Mia.Kerana ketegasan Mia untuk tidak mahu bersamanya lagi,Irfad telah melakukan satu lagi kesilapan dengan mencuba merogol Mia.Kehadiran Ikram dan Aiman ke pejabat Mia telah menyelamatkan Mia dari mrnjadi mangsanya dan menyebabkan Irfad telah di penjara.

Ikram Hafiz
Doktor yang telah merawat dan menjaga Mia serta anak2 Mia semasa di Australia.Ikram benar2 menyayangi dan mengasihi Mia dan Anak kembarnya.Demi Mia,Ikram menolak pilihan ibunya,Datin Salina bersungguh-sungguh untuk mengahwinkan Ikram dengan gadis pilihannya iaitu Arisa Camelia kerana tamakkan harta.Ikram juga melalui hari2 yang sukar bilamana Datin Salina demam teruk dan adiknya Erika terlibat dalam kemalangan.Datin Salina meninggal dunia manakala Erika pula hilang ingatan.Mia selalu di samping Ikram untuk memberi semangat.Walau banyak dugaan yang di lalui Ikram,dia tidak mudah patah semangat malah dia sentiasa tabah menghadapi dugaan dari Allah Swt.Akhirnya kehidupan keluarga Ikram menjadi semakin baik.

Aiman HaikalPemilik kedai aksesori tempat Mia selalu membeli manik untuk pelanggannya yang menempah gelang2 melalui online.Aiman terpikat dengan keayuan Mia dan sikap Mia yang selamba,yang selalu datang ke kedainya dengan memakai seluar jean berwarna putih.Aiman telah menjadi penyelamat Mia dengan melarikan Mia yang sedang di pukul teruk oleh Irfad.Aiman sentiasa mengikuti perkembangan Mia melalui laman blog milik Mia,yang Mia berikan kepada Aiman.Dalam diam Aiman mencintai Mia.Aiman juga selalu memberikan kata2 semangat kepada Mia melalui kiriman2 emailnya.Setelah kepulangan Mia ke Malaysia,Aiman mendapat tahu tentang Ikram.Aiman berjanji dengan Ikram untuk bersaing secara sihat dalam merebut hati Mia.Semasa Ikram pulang semula ke Australia,Aiman mengetahui isi hati Mia.Lalu Aiman nekad melepaskan cintanya.Dalam waktu yang sama Aiman telah di temukan dengan kakak kandungnya Eidena Alaisya.Tanpa di duga hati Aiman terpaut pula dengan sahabat baik kakaknya iaitu Ili Sarafina.Bagi Aiman mencintai tidak semestinya memiliki,tetapi beerti menerima dan melupakan.

Semoga Mia, Ikram ,Aiman dan Ili Sarafina mendapat cinta yang mereka bisikan.Sesungguhnya cinta itu bukan sekadar bisikan tetapi cinta itu adalah anugerah Allah yang di berikan kepada hambaNYa.

Kadang2 Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan hujan dan petir,kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari.Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH