Alat pengimbas kod bar sebesar telapak tangan dipegang Cynthia dibawa kebelakang leher Delina. Automatik laptop-nya berjaya disambungkan dengan sistem pangkalan data Delina. Pada skrin komputer muncul imej Delina berwarna hijau dari kakihingga kepala. Ia merujuk kepada peratusan bateri Delina yang penuh. “Apa puan buat ni? Ni kawasan akademi!” “Kau risau?” Cynthia mengangkat kening. “Aku ini robot, puan. Mustahil aku risau!” Cynthia tertawa kecil. Dia tahu Delina tidak tahu membezakan emosi sendiri. Inputdata yang terhad membuatkan robotnya agak jauh untuk dikategorikan setaraf manusia. Dia mula mengeyakan kerisauan Tan Sri Ibrahim sekiranya terdapat sebarang lompongyang boleh menyebabkan kegagalan mencapai visi dan misi penubuhan MSRI. “Puan buat apa kat sini? “ Kau diamanahkan dengan misi yang besar, Delina. Jadi, kau tak boleh biarkanorang meragui kau. Manusia ni bila dia marah, riak muka dia lain. Bila dia dengar bendasedih, dia nangis. Bila dia dengar benda law...
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi *9* CERAIKAN saya atau saya akan tuntut FASAKH Terus button send ditekan. Kali ini biar dia bertegas. Nampaknya cara berlembut langsung tidak mendatangkan kebaikan. Malah, harganya dirinya dilambung dipijak. Irfad Hakimi yang sedang leka dengan kerja-kerjanya terperanjat apabila Sony Ericson nya bergetar. Whatt?? Gila!! Perempuan ni!! Tombol pintu biliknya dipulas kasar. Sekali lagi dia terperanjat apabila kelibat bengis Aiman Haikal muncul di dalam biliknya. Huh! Budak miskin ni nak apa lagi ni? Terus dia bangun. Mendekati si jejaka yang membara mengalahkan panasnya gunung berapi. “Kau datang sini, apahal?” terus disergahnya kasar. Dicekak kasar kolar baju Irfad Hakimi. Kuat direntap semula oleh Irfad Hakimi. Diperbetulkan kedudukan bajunya. “Kau datang sini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernah be...
“Kau duduk dalam penjara tu belajar apa, hah? Belajar dengan orang jahat sampai… .” “Kalau bukan kerana mak cik, saya tak meringkuk ke dalam sana! Sekarang, mak cik cakap! Mana mak?” “Aku cakap mak kau dah mampus! Kau pekak ke?” Tanpa sedar, laju tangan Elva menampar pipi Katrina hingga tersembam di atas lantai. “Mak cik! Elva!” Bergegas Aida mendapatkan tubuh tua itu. “Anak derhaka!” Katrina mengigil takut. Nampaknya, dia perlu lakukan sesuatu sebelum Elva menguasai segalanya. Dia tidak boleh biarkan Elva bebas di rumah itu. Orang asing seperti Elva tidak berhak mendiami rumah pusaka milik arwah suaminya itu. #soul #fantasi #sharinaelisa #kejoubook #novelmelayu
Comments