Couple 3 Suku
*2* Hatinya rasa tenang tatkala usai membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Matanya dipejam rapat. Merasai kenikmatan sepi malam dalam keadaannya tangannya masih lagi memeluk kitab suci itu di dalam pelukan. Kelopak matanya terbuka serta-merta apabila mendengar getaran telefon yang diletakkan di atas meja. ‘Cik Sepupu Aimi Suhana’ muncul di skrin telefon. Lekas sahaja, dia menjawab panggilan. “Kau kena tolong aku, Ins!” suara Aimi Suhana dihujung talian kedengaran cemas. Tanpa salam, terus menyergah. Aimi Suhana ni memang jenis tak menyempat macam tu. “Waalaikummusalam. Kut ya pun ada hal penting, takkan tak sempat nak bagi salam?” perli Suraya Insyirah sambil bangun. Meletakkan Al-Quran di atas rak. “Yelah! Assalamualaikum.” “Waalaikummusalam. Ada apa kau telefon aku malam-malam macam ni? Tak habis lagi ke rindu kau tu kat aku? Simpanlah sikit rindu tu untuk esok-esok. Nanti, habis rindu tu nak beli kat mana?” Suraya Insyirah meloyar buruk sehingga Aimi Suhana mengetap gigi. “K...