BILA CINTA MILIK DIA

Keretanya diparkir elok. Alarm kereta ditekan. Tidak sangka yang Rania akan bersetuju dengan tawarannya. Hari tu, bersungguh menolak. Sehinggakan terus angkat punggung. Blah! Adel memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Sambil matanya menangkap sesuatu. Serta-merta, dia tersenyum sendiri. Sengaja dia berjalan kalut. Seperti orang ingin cepat. Langkahnya tergesa-gesa. Raqilla yang sedang berjalan di hadapan disaingi langkahnya. Terpukau mata lelakinya melihat lenggok bekas isterinya itu dengan stiletto hitam. Dia cuba menganggar sendiri. Mungkin dalam tujuh inci. Kalau terjatuh, macam mana. Hatinya diterjah rasa risau. ‘Perempuan ni tak kira kerja kat mana pun hendak bergaya ke? Jadi tukang jahit pun nak berstiletto ke?’ desisnya dalam hati. Kalau tidak salah ingatannya, pernah dulu dia memarahi Raqilla kerana berstilleto. Apa perempuan itu tidak dapat mencerna kenapa dia melarang? Tapi silapnya jugak. Marahkan isteri sendiri berstilleto tapi bila per...